Assalamualaikum :)
Bila kita hidup , kita selalu rasa macam kita punya semua benda . Rumah aku . Phone aku . Kereta aku . Family aku . Boyfriend aku . Hidup aku . Then slow slow kita mula lupa pada siapa pemilik sebenar semua ni . Dan bila kita diuji , baru lah akan dengar ayat "Sabar ya . Semua ni pun pinjaman je . Kalau Dia nak tarik , sekejap je boleh hilang." Dan waktu tu baru kau akan tersedar , yang semua ni bukan kau yang punya . Allah yang punya .
Semalam aku baru balik dari Putrajaya . Dua hari temankan kawan aku pergi melawat boyfriend dia kat Hospital Putrajaya . At first aku macam terkejut jugak bila kawan aku call pukul 1 pagi nangis nangis mintak temankan dia pergi Putrajaya . Dalam hati terdetik , eh biar betul si A tu sakit . Entah entah prank je tak . Sebab diorang ni jenis gaduh sikit acah acah sakit lah apa lah . Masa otw ke Putrajaya tu pun kami sempat lagi berprasangka buruk dalam kereta . Eh entah entah dia saja je kot . Nanti dah sampai buat surprise , tipu je . Haish Husna , cuba belajar husnuzon sikit .
Bila dah sampai hospital , jumpa dengan mak si A , naik atas sendiri tengok keadaan si A , baru lah aku percaya . Semua orang terkejut dan tak sangka . A ni tiba tiba pening kepala lepas maghrib so his mom bawak pergi klinik . bila check doctor cakap there's something wrong and kena bawa pergi hospital kerajaan immediately . Sampai hospital A dah meracau sebab sakit kepala sangat . Even doctor dah bagi ubat tahan sakit dan ubat penenang pun tak jalan jugak . Sampai tahap overdose pun dia still sakit , last last terpaksa ikat kaki and tangan untuk elakkan dia jatuh katil . Then dia hilang sense belah kanan and his ability to speak . IN ONE FREAKING NIGHT !
Padahal petang tu elok je sengeh sengeh . Mula mula doctor suspect pendarahan otak , bila check lagi , rupanya stroke otak . Tapi punca tak tahu apa . Tiba tiba je . Subhanallah . Selama ni aku baca je kisah orang tetiba sakit macam ni kat Facebook , dalam novel . Ni nampak sendiri depan mata . Dapat bayangkan tak betapa risau dan sedihnya kawan aku and family dia . Yang paling penting si A tu . kalau benda ni jadi kat kau , apa kau rasa bila tiba tiba kau tak boleh bergerak separuh badan and tak boleh bercakap .
Aku cuma mampu doakan A , family dia and kawan aku sabar hadapi ujian Allah ni . Well , setiap ujian tu pasti ada hikmahnya kan . And Allah tak kan uji hamba dia di luar kemampuan kita . Aku yang jadi watak sampingan dalam drama tragis ni pun dapat lah jugak sikit kesedaran , yang nikmat kesihatan tu pinjaman je . Jadi selama kita sihat ni , syukur lah . Even kita jaga kesihatan kita , exercise hari hari , makan bayam seguni pun , kalau Allah nak tarik balik sekelip mata je boleh jadi . Nauzubillah .
P/S : identiti dirahsiakan demi menjaga keselamatan negara Husnaland . Sekian :P
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)