Masih Awet Muda

p/s : bukan gambar hari ni

Assalamualaikum :)

Lately , aku selalu rasa macam aku ni dah nampak tua . Sebab bila aku pergi mana mana mesti orang panggil aku 'kak' . dah tak ada dah orang nak panggil aku 'dik' . sob sob . mungkin sebab aku pakai makeup kot tu la pasal nampak matured sikit ecehh .


tapi hari ni rupanya terbukti yang aku masih awet muda . muahahahaha .
tadi aku decide untuk ikut parents aku pergi open house pada saat saat terakhir . itu pun sebab tetiba perut aku bunyi bunyi and orang yang buat open house tu pandai masak and buat cake ngehehehe ~ so aku just grab je jubah and shawl yang tak perlu iron (seperti biasa) , pakai bedak sikit , sarung spec and I'm ready to go . tak sempat pun nak pakai lipstick ke nak curl bulu mata ke... sobsob lagi sekali . 


then masa nak balik tu nak tak nak aku kena lah jet jet sopan kejap salam semua makcik makcik kat situ . pulak tu diorang duduk dalam bulatan and location dia macam tepi longkang . namun aku tetap gigih pusing langkah longkang duduk duduk bersimpuh menyalami seorang demi seorang sambil senyum simpul . hah , ingat lagi tak tips open house aku hari tu . baju labuh , and pakai comel comel serta jet jet ayu . KAH KAH . 

tips tu sumpah menjadi weh . semua orang puji aku comel . hahahahahaha oh maigaddd , kalau makcik-makcik tu semua baca blog aku terus tarik balik pujian diorang tadi . dan dengan ini diisytiharkan diameter lubang hidung aku dah bertambah sebanyak 0.005 cm kerana bangga diri termakan puji . tapi bila balik rumah terus kuncup balik sebaik saja aku pandang cermin . baru sedar betapa selekehnya shawl aku. rasa macam eh buruknya aku diorang semua puji ambik hati ke apa =..=''


tapi yang paling tak boleh blah , ada sorang makcik ni cakap macam ni.

makcik : comelnya.. tingkatan satu ke ?
aku : Ehemmm *tahan sengeh* saya dah besar dah makcik.....
makcik : oh dah besar ? dah habis sekolah ?
aku : iya *senyum je Husna... senyum.....*


then masa aku salam salam tu aku dengar makcik makcik yang lain sembang , ohhh dah besar dah ya . kecik nyaa comel je..


Hmm , adakah aku tersalah tafsir maksud 'comel' makcik makcik tu ?
But anyway , yang penting aku masih nampak muda . haha , sumpah aku tak menyesal pergi open house tu . selain dapat mencekik kek sesuka perut , aku dapat tenangkan hati aku yang risau kalau aku dah mula nampak tua . maklum lah , iolls ni dah memasuki alam dewasa dua puluhan . dah tak teenager dah . walaupun orang cakap aku ni macam form 1 , kira ok lah tu . kalau tiga tahun lepas orang selalu ingat aku darjah enam . jadi tiga tahun seterusnya , usia aku baru meningkat setahun . nampak tak bukti awet muda di situ ? kekekeke ~


btw , budak perempuan yang menyelit belakang aku tengah selfie tu ialah adik aku . and dia form 1 . Hmm , nampak betul beza umur tujuh tahun kami kan -,-'


ok , selamat muntah-selepas-baca-entry-perasan aku . ciao !



Photobucket

3 comments:

  1. Assalamualaikum Nur Jannatul Husna,

    Sis tengok masih muda lagi laa..
    Biasalah sampai satu tahap bila kita dipanggil 'Kak', anggaplah ia panggilan hormat bukan sbb tua.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam akak :)
      agaknya macam tu lah kot . sebab even ramai orang panggil 'kak' tapi bila sembang mesti kena tanya tingkatan berapa . hahaha

      Delete
  2. wah Husna nampak muda :-)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)