December Date



Assalamualaikum.

Hari Khamis baru ni , Abang Po datang KL . yeay ~ So we just went for ice skating dekat Sunway Pyramid. before ni dah banyak kali aku ajak Abang Po pergi ice skating tapi tak pergi pergi . dan akhirnya pergi jugak . and now I know why he always makes excuses....



THIS is why...


HAHAHAHAHAHA
dah macam cicak asyik melekat dekat dinding . masa mula mula masuk ice rink tu dia dah menjerit jerit "aku tak suka tempat ni ! aku nak keluar !" LOL


dan sepanjang sejam lebih duduk dalam ice rink tu kerja dia pegang dinding , berpaut kat orang sebab nak terjatuh , dan kerap menghasilkan bunyi kambing terkejut like mbaaakkk . sadis gila aku tengok dia . dah pusing dua tiga round baru la berani tak pegang dinding . tu pun skate tiga saat pastu kalut cari dinding semula . haih , ni dah terbalik , aku pulak yang kena jaga keselamatan dia . skate belakang dia so kalau dia nak terlentang aku kena sambut dia . tetiba aku rasa cam sado . hmm hmm..


mula mula aku baru je macam nak bangga sebab aku tak jatuh langsung . tak macam hari tu balik rumah lebam lebam kaki and bontot sebab jatuh tergolek . tetiba....

tengah aku sibuk mengawasi Abang Po supaya dia tak jatuh..... bammm ! ada seorang makhluk dia langgar aku dari belakang . apa yang aku sedar ada benda laju gila datang dari belakang langgar aku dan serentak dengan itu aku menjerit dengan sekuat hati secara spontan . "ADOIII !" dan 0.0005 saat kemudian aku dah landing atas badan seorang jejaka yang tak berapa nak tampan . apakah yang telah terjadi kepadaku yang tidak berapa nak tidak berdosa ini ?


luckily tak ada lah sakit mana . sebab aku jatuh ke belakang dan terus hempap budak laki tu . kah kah . padan muka . 45 kilo jatuh atas badan kau . kau rasa ? bila aku sedar aku atas badan orang cepat cepat aku tarik badan aku so bontot aku jatuh atas lantai . hoi mana boleh bagi free free . tapi aku biarkan je dulu kaki aku atas badan dia . kah kah eh seronok pulak kakikan orang ni rupanya . and Abang Po pun macam terpana sekejap sebab aku dah hilang dari sebelah dia . tengok tengok dah atas lantai . tapi dia pun helpless jugak . nak tolong aku bangun pun takut takut . takut dia pulak yang jatuh . aduh fail betul !

dah bangun sapu sapu baju basah , that guy pun mintak maaf . apa yang mennyakitkan hati ialah... "sorry sorry . sorry eh kak?"


kau . panggil . aku . hakak ?
eh iolls muda lagi ok ! tak guna .

this is me cuba bajet cool pakai blade . tapi sumpah tak cool langsung.
 this is me cuba nampak comel masa tengah menketedarah sebijik burger . tapi tak berapa nak comel pun . ada la sikit . sikit . hahaha


and this is me with bangla. bukan saya yang kata . adik bangla yang kata . hahahaha


and me with my flipping eyebag . arghh !



Photobucket

1 comment:

  1. hai husna! wahwah sonoknye die & abangla g main ice skating! kitew x pnh lg main tau x.. kalo kitew ni main mau lg teruk gedebuk jatuh langgar org sana sni haha

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)