Sebagaimana yang rakyat-rakyat kesayangan beta semua sedia maklum, beta merupakan makhluk yang paling kemas di seluruh dunia . setiap barang dan perabot haruslah tersusun rapi dan teratur mengikut saiz dan koordinari warna . setiap sudut juga haruslah berbau harum semerbak kasturi . dan yang paling penting , tiada walaupun sehabuk habuk pun dibenarkan berlegar legar di dalam istana kayangan beta .
nahhhhhh . I lied.
siapa yang berkawan dengan aku and pernah masuk bilik aku tau lah betapa "kemas"nya aku . hahaha . not gonna talk about that . absolutely not something to brag of.
so basically last week, my friend suddenly came and was like...
"Cuna , kau nak join tak pertandingan bilik terbersih?"
and I was like..... are you being sarcastic ? dah terang lagi bersuluh lampu fluorescent yang bilik aku tak pernah tak bersepah . tapi bila tengok muka dia macam desperate cari peserta and lagipun kalau join dapat merit, aku pun layankan je lah . dalam hati macam alah, nanti kemas sikit sikit dah la . bukan nak menang pun. tengok bilik ni macam for sure takkan menang . asalkan aku dapat merit .
ajk projek ni kengkonon nak buat penilaian bilik pukul 5 petang keesokan harinya . dan pukul 2 petang tu aku baru nak kemas kemas dengan roommate aku . mula mula kitorang macam malas kemas , tapi sekali kemas , habis kitorang pergi mop lantai, cuci tingkap, lap pintu , lap segala perabot yang ada , siap cuci longkang balcony lagi . dan tiba tiba jadi super eksaited sampai sembur air freshner setiap 5 minit supaya bau wangi tu stay sampai juri datang . tapi aku tak expect pun akan menang sebab bilik kami crowded . banyak sangat barang . so just bersih la . tak nampak kemas sangat pun.
and ni lah first time sepanjang satu sem ni kami actually kemas bilik ni . dari mula mula datang memang tak pernah mop lantai , tak pernah cuci tingkap pun . just bersihkan kipas je sekali . tu pun sebab dah berat sangat . hahaha .
but well, guess what ?
daripada dua buah buah blok perempuan 9 tingkat, 2 buah blok lelaki 7 tingkat, satu tingkat ada around 50 rooms,
we win the FIRST PRIZE ! whooop whoooop ~
I don't think we won because kemas or cantik . maybe we won sebab bersih . sebab bilik lain ramai yang tak bersihkan tingkap , kipas semua tu.
yeaaah ~ dah la petang semalam dia whatsapp cakap bilik kami menang and kena pergi ambil hadiah . and minta hantar 3 keping gambar bilik . dan masa tu... urm.. well... bilik kami dah pun bersepah balik . bertahan kemas untuk tiga hari je . haha . pulak tu lupa nak tangkap gambar lepas kemas hari tu . so terpaksalah kemas balik and tangkap gambar . LOL FAKE GILA ~
but it is okay . siapa je yang tak fake masa pertandingan kan ? even orang yang masuk pertandingan ratu cantik yang nampak sopan gila jalan catwalk tu pun, balik rumah sanggul rambut , tepek masker, duduk terkangkang depan tv sampai makan jajan . percaya lah . hahaha .
so meh sikit kita belanja gambar "bilik paling bersih"
see... ini paling bersih dan kemas yang kami mampu . tetap nampak messy . ahaha
teka mana satu side aku ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yea of course side yang ada cadar tu sebab most of my photo atas katil . ahaha . dan mesti lah side yang ada Po and Bunny .
so itu je lah . simple je . aku tak de hias pape pun bilik ni . tak macam tahun lepas , habis satu meja study aku balut jadi pink polkadot . ahaha . maybe bilik ni nampak ceria sikit sebab tikar kami yang super ohsem . tadika pun kalah tau !
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)