Crappy Friday & Abang Stranger

Assalamualaikum :)

Selalunya friday lah hari paling heaven . kelas lambat sikit daripada biasa . and then satu kelas je lepas tu aku free untuk berjimba . jyeahhhh ! tapi semalam aku mengantuk sangat lepas subuh tu so aku tidur balik . and for the first time ever in this whole sem aku tak datang kelas pagi sebab terlajak tidur . hahaha . ingatkan dah nineteen makin better . guess not . lewls .


lepas tu aku pun terus bangun dan bersiap nak balik rumah . pukul 11 lebih tu aku dah siap siap pakai tudung dah pun . tinggal kemas barang je lagi . sekali tengah kemas kemas, time tu pulak lah nak period pain . akibatnya aku tergolek atas katil selama tiga empat jam nak tunggu sakit perut hilang . hilang je sakit perut laju laju aku blah nak pergi stesen bas . dah la tiket tak beli lagi . tengah hari tadi call stesen bas tu dia cakap banyak lagi tiket . tapi tu masa tengah hari . sekarang dah pukul 4 lebih hoiii ~

sampai je dekat stesen bas . tiket dah habis . masa aku dah macam..... mampus deh gue ! nasib baik ada satu lagi bas yang still ada tiket . tapi tiket dia pukul 7.30 malam . nak tak nak beli lah jugak .  masa tu dah pukul 5 lebih dan aku baru sedar yang aku tak makan pape lagi untuk hari tu . disebabkan takut nak berkeliaran sorang sorang kat situ , aku decide tu pergi makan dekat kl central . even jauh sikit tapi aku rasa tempat tu selamat.

sampai sampai dekat kl central yang sesak gila nak mati (maklumlah , time orang balik kerja) boleh pulak aku menonong pergi masuk NU central . pergi cium cium perfume victoria secret dulu . pusing pusing dulu . dengan muka comot tarik beg besarnya . hahahaha . siyesly aku tak nak bayangkan macam mana rupa aku sebab aku dah bersiap dari tengah hari dan aku tidur tahan sakit perut bertudung . and then hilang sakit aku terus blah . tanpa touch up dulu . terbaik .


dan pukul 6.15 baru lah aku ada kesedaran dan pergi kfc nak beli makanan . kengkonon nak makan kat situ je lah . tapi tetiba masa beratur aku dah rasa lain macam . macam dah tak larat gila . rasa k termuntah pun ada . so aku keluar je dari barisan and duduk dulu . masa tu aku dapat rasa yang muka aku dah pucat gila .

dekat dengan meja aku duduk tu , ada satu group ni . diorang nampak macam rakan sekerja lah . semua pakai office outfits . tetiba ada sorang laki ni pusing pandang kat aku and senyum . tapi masa tu aku tengah tahan diri dari nak termuntah . so aku cuba balas senyum tu tapi macam senyum tak sampai . nak gerak otot pipi pun dah tak larat . so aku buat tak tau je lah kan .


tetiba dia bangun and pergi dekat meja aku......
"boleh saya duduk?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jeng jeng jeng .

sebenarnya aku tak mandi lagi dan nak keluar beli barang jap . nanti aku sambung cerita . hahahaha kbye !



Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)