Sambungan kisah abang stranger

Assalamualaikum :D

semalam aku saja tinggalkan blog sehari . saja nak buat sesiapa yang baca entry lepas suspen apa yang jadi lepas si abang stranger tanya aku boleh tak nak duduk kat meja tu . ahahaha . nampaknya taktik aku berhasil . Abang Po pun siap perli perli lagi cakap aku dating dekat KL central . cik naga (Mimi) pun siap mesej lagi suruh sambung cerita .


suspen eaaaaaaa . ihiks :P

kepada sesiapa yang terpinga pinga, sila baca previous entry dulu ya . bole klik SINI



ok sambung cerita . lepas dia mintak nak duduk tu, aku pun macam tak tahu nak cakap apa . tambah pulak dengan tengah loya nak termuntah . so aku macam "haa duduk lah"
penat tau aku nak cover diri dari nak termuntah depan orang tu ! rupanya dia nak mintak aku isi borang survey daaa . ahahahaha . apa korang ingat apa ? dia akan tanya aku ok ke tak ? dan temankan aku makan dan hantar aku pergi stesen bas ? hoi memang tak lah ! aku bukannya gojes macam Fazura sampai nak jadi macam tu . kah kah !

tapi aku pelik lah dia tak nampak ke muka aku macam orang nak pitam ? boleh pulak dia approach aku mintak isi borang survey . then sembang punya sembang eh panjang pulak sembang dia . rupanya dia dulu pun budak pasum . budak alam bina . baru grad last year . rasanya dia tak degree dekat UM kot . and dia orang klate . dia anak ke dua mungkin dan ayah dia umur 46 =,=''

ya ini sangat random . I don't even know his name .


pulak tu borang survey tu pasal kesihatan . boleh pulak dia tanya aku,
"awak ada sakit apa-apa tak?"
"hmm tak de pulak."
"takkan takde sakit apa apa langsung ? period pain?"


I was like.... yasssss , timing perfect gila broooo . aku tengah period pain lah ni wey dan kau datang mintak isi borang survey T_T

dan aku just jawablah , mestilah ada . dan dia tanya awak rasa normal ke orang yang ada period pain ni ? bagi aku normal sebab almost every woman alami kot benda ni . tapi dia cakap benda tu tak normal sebab kalau kita rasa sakit dekat badan kita , maknanya ada something yang tak kena . well , ada betul jugak kan . tapi nak buek cem mano lai . dah ditakdirkan begini nasib wanita lemah seperti kami . lols .asalkan aku tak masuk hospital sebab period pain , maknanya normal lagi la tu . ahaha .


pot pet pot pet eh dah pukul 6.40 . dan aku tak makan lagi . yes , nampaknya terpaksa la aku batalkan niat nak makan kat situ . bungkus jelah cerita dia . so aku pun bangun nak pergi beli kfc . then dia cakap tak pe , dia boleh tolong jagakan beg besar gedabak aku tu . aku malu sebenarnya.. sebab aku memang dari tadi tinggal je beg tu dekat situ . sebab dalam tu just ada baju kotor aku untuk seminggu je . ahahaha . tapi dah dia nak jaga, takkan lah aku nak cakap "eh tak pe lah . dalam ni ada baju kotor je pun . ohohohoo *gelak macam mama sin chan*"

so aku pun pergi lah beratur beli kfc . beratur nak beli kfc dekat kl central tak pernah tak lama . so aku expect dia dah blah la tinggal je beg aku kat situ . tiba tiba lepas aku siap beli aku tengok dia dah tak ada kat meja tu . bukan dia je yang tak de . dia dengan kerusi yang dia duduk . dengan beg aku beserta kerusi yang aku dudukkan beg aku tu pun dah hilang ! rupanya dia dah duduk sekali dengan kawan kawan sekerja dia semula . dan dengan tak semena mena, beg aku pun jadi ahli meja tu . kau bayangkan , ada satu meja yang penuh dengan orang orang yang pakai smart , tetiba ada satu kerusi yang diletak satu beg besar bapak . yang isi kandungannya...... sangatlah privite . HAHAHA


aku malu gila nak ambil bag aku balik . siyesly malu . tapi kalau aku tinggal je beg tu kat situ , mesti dia akan bukak untuk cari contact aku . dan kalau dia bukak , habislah ! hahaha . so nak tak nak , kena la ambil jugak , so dengan keselekehan tahap paling maksimum, aku pun datang dekat meja tu . dan mintak bag aku . cakap nak gerak dah ni . dan dia pon macam haa ok ok . nanti saya mesej . dan aku pun cakap ok . dan terus blah .



rushing nak kejar bas . dan aku lah orang yang last naik bas tu . semua tunggu aku . hehe . tapi aku tak lambat pun dari 7.30 . kira on time lah .


mesti korang tertanya tanya kan dia mesej aku ke tak . kau rasa ?
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

mesti lah tak ! kau ingat aku Fazura ? hahaha (Sekali lagi)

dan aku harap dia tak contact aku . even contact promote datang kursus kesihatan syarikat dia pun aku tak nak . sebab aku tak nak jadi kenalan dia . sebab nanti dia akan ingat detik first time dia jumpa dan kenal aku . dan masa tu aku buruk sangat . so aku tak nak . hahahahaha .
Photobucket

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)