Di sekitar sudut

Assalamualaikum :)


Sekarang dah pun mula study week . dan itu maksudnya apa ? yaaaaaaa , maksudnya exam is just di sekitar sudut . bak kata pakcik gugel translate lah . bukan saya kata , gugel translate yang kata . so seperti biasa , study week aku haruslah merupakan suatu pembaziran. dia akan jadi macam ni tau...


hari sabtu ahad ;
aku cakap aku nak enjoy dulu . rilek rilek . ambik mood study .


hari isnin sampai rabu;
aku akan terperap dalam bilik konon konon nak study . dan end up duduk atas katil tak buat apa apa sampai ke malam . dan tertidur . macam sekarang lah . duduk atas katil . online. padahal sedar banyak lagi nak kena study .

hari khamis jumaat ;
aku dah gelabah . time tu baru la aku acah acah nak bukak buku . tapi mesti ada gangguan lain . selain daripada laptop yang terbaring seksi di atas katil melambai lambai supaya aku baring sekali sebelah dia sambil menatap dia dengan penuh tekun . dan phone yang menjerit jerit macam baby yang baru keluar dari pintu rahim minta untuk dibelai dan discroll setiap waktu dan ketika . dan nanti datang pula segerombolan kawan kawan minta aku ajar itu dan ini . bukan tak sudi , tapi aku pun ada topic yang aku perlu cover beb . tapi disebabkan tak sampai hati menghampakan para peminat semua , aku pun tolong diorang . lepas tu penat . lepas tu baring sebelah laptop yang dah tersenyum jemput jemput memandang aku . sambil scroll phone yang dah tersengeh macam tiram yang sederhana wangi .

hari sabtu ahad terakhir;
masa ni baru lah aku menyesal dan rasa macam apa je yang aku buat sepanjang minggu ni ??????? sambil selak nota yang berterabur sambil kesat hingus meleleh serta air mata yang berjujuran jatuh . eh , aku menyesal je . tapi tak menangis pun . selalunya perasaan menyesal tu datang bila aku dah penat online , dan pergi toilet . haa masa dalam toilet tu lah baru aku akan mengimbas kembali rentetan kisah hidup sepanjang seminggu tu . hahahha .

tapi masa tu dah terlambat . nak study lagi . nak buat latihan lagi . nak buat soalan past year lagi . cerita dia memang tak sempat . dan end up tidur pukul 4 pagi dan bangun sebagai zombie mengheret diri ke dewan exam .


ya, begitulah sadisnya kehidupan aku sepanjang study week . lagi lagi bila aku duduk sorang sorang dalam bilik, roommate balik . nasib baik kali ni study week dua minggu . so aku harap dua minggu ni aku tak wasted sangat . walaupun semalam dah pun wasted . dan hari ni pun dah wasted separuh hari sebab princess u'olls semua ni bangun tengah hari .



sekian terima kasih .
maaf merapu .
padan muka siapa suruh baca sampai habis.
siapa still baca sampai sini comment Husna cantik.
terima kasih sekali lagi.
kbye.


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)