Kenapa perempuan tak kentut

Fakta :
*isikan penjodoh bilangan yang sesuai* kentut mengandungi 59% nitrogen, 21% hydrogen, 9% carbon dioxide, 7% methane and 4% oxygen . dan ini semua adalah odourless .

dan kau pun mula buat muka pelik depan laptop sambil bertanya ; 
"habis tu nape kentut titew bau cam bangkai ??"

ya , ada lagi 1% iaitu hydrogen sulfide yang menjadikan kentut kau bau bangkai.

dan total kentut ialah 101%

Fakta : Perempuan tak kentut . atau buang air besar .


aku paling jeles dengan lelaki sebab diorang boleh melepas dengan sesuka hati tanpa rasa malu pun . kalau busuk mintak maaf lepas tu ketawa . ingat lawak ? cuba kalau perempuan buat macam tu . for sure dalam masa enam milisaat terus kena clash . hahaha . but it's okay , woman doesn't fart anyways .


1 : berwuduk
aku selalu buat benda ni . katakanlah hari tu terjadinya suatu keajaiban di mana wing eyeliner aku perfect gila . ataupun dengan separa sedar aku lilit lilit shawl tak tahu macam mana tetiba je nampak macam lagi cun dari Hana Tajima . ataupun aku nak pergi dinner grand grand dan terpaksa bertolak before maghrib dan dinner tu start pukul 8 malam . 

merujuk kepada perkara-perkara di atas , saya Nur Jannatul Husna akan sedaya upaya menahan kentut dan tidak bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim supaya wuduk saya tidak terbatal dan dapat bersolat dalam keadaan yang paling cun sekali . 


2 : malu

Fakta lagi :
Purata seorang manusia normal kentut dalam sehari ialah 14 kali.

tapi pernah tak kau lepak dengan kawan perempuan kau sehari suntuk dan dengar diorang kentut walaupun sekali ? tak kan ? perempuan dan sifat malu berpisah tiada . ibarat aur dan tebing , pensel dan pemadam , roti dan nutella , handphone dan charger , Husna dan shopping . eh ? kau gila nak kentut depan orang ramai ? aku syak kalau terkentut kuat kuat dekat public nescaya seseorang itu boleh mati akibat malu yang terlampau .


3 : misteri
Fakta jugak :
kalau kau kentut berterusan selama enam tahun sembilan bulan, gas yang terkumpul tu dah cukup kuat untuk menghasilkan sebuah bom atom.

ni siyes ni . tak tipu . so kalau kau ada ternampak kawan kau asyik kentut kentut dan nampak mencurigakan.... beware . janganlah cari pasal dengan dia selama 6 tahun 9 bulan tu . oh , dan disebabkan perempuan makhluk yang baik , jadi kami memang tak buat bom atom . that's why we'olls tak kentut.


4 : pelangi
Fakta terakhir :
sekiranya seorang cewek atau gadis kentut , nescaya bakal terjadinya fenomena di mana keluar gas pelangi serta fireworks bergelimpangan di udara dan tetiba keluar nyan cat berlari lari di awan dan berbau syurga .


jadi bagi mengelakkan individu tidak bersalah sakit jantung sebab terkejut tengok fenomena ni , kami tak kentut.




fakta : kenapa aku buat entry pasal kentut ? sebab aku dah faktap pishang malas study. kbye.


Photobucket

4 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)