Ni hao



Assalamualaikum :)

Faham tak perasaan bila dikelilingi manusia manusia yang bercakap dalam bahasa lain yang sepatah haram pun kau tak faham ? dan tertanya tanya apa yang diorang borakkan tu ? entah entah kutuk aku #bersangkaburuk #astaghfirullahalazim


But it is true actually . kadang kadang aku pun kalau cakap dengan foreigner lepas tu diorang macam tak faham faham aku pon cakap dalam bahasa melayu eh geram pulak aku dia ni tak faham faham bahasa dari tadi . dan diorang cuma mampu kebil kebil and say what ?

dekat sini ramai chinese . dan sama ada diorang speak english or chinese . kadang kadang tu kalau kena buat discussion lepas tu terpaksa masuk group majority chinese . they gonna talk with each other in chinese and bila kita tanya nanti dia bagitau sikit sikit je . memang rasa panas jelah kan like weyy please discuss in a language that everyone can understand lah . karang aku sembang banjar dengan korang baru tau . (cakap macam aku pandai cakap banjar je)

maka dengan itu sesungguhnya justeru oleh yang demikian , aku pun berhasrat untuk ambil kelas mandarin . but where ? when ? how ?????

alhamdulillah Allah buka jalan , tetiba je ada kawan aku offer nak join tak kelas bahasa mandarin dekat Kolej 10 . RM30 for 7 weeks . satu minggu ada dua kelas , satu kelas dalam satu jam setengah . not bad lah . so why not kan ? even kolej 10 agak jauh dari kolej aku dan kelas tu pukul 8 malam , aku cuba jugak usaha untuk join . kalau bukan sekarang bila lagi .

so kelmarin aku dah masuk first class dia . not bad la . cuma problemnya cikgu dia tu memang chinese from china . She can't speak malay lah of course ! her english pun macam ermm ermm je . kami punya english pun macam ermm ermm . so it's a bit hard lah to communicate . tapi lantak pasal broken english . main point nak belajar bahasa mandarin . hahahaha . masa dia mula mula masuk tu dia perkenalkan diri and kami pun terdetik dalam hati , dia ni macam bukan orang malaysia je . sekali dia buka laptop dia semua bahasa cina ! nampak macam laptop masuk virus pun ada . sebab semua aku tak faham . hahaha . dan maka itu memang sahih lah dia dari china . lewls .


but apa apa pun it is fun to learn other language . tanpa paksaan . walaupun kau feeling macam tengah cakap bahasa alien . tapi percaya lah , omputih rasa kita cakap bahasa alien , kita rasa orang russia cakap bahasa alien , orang russia rasa orang jepun cakap bahasa alien . alien fikir apa ?? alien tak kesah pun . sebab mereka tak wujud . eh yeke ? entah .



xie xie ni, baibai.

Photobucket

Albino everything


For no reason , tiba tiba je aku rasa curious pasal albino . aku tahu lah albino tu is some kind of penyakit tak ada pigment dalam badan . so everything is white . dan aku pernah tengok orang albino . tapi kan , tiba tiba terfikir , macam mana kalau chinese albino ? diorang dah putih , nak putih macam mana lagi ? or african albino ? so I google up everything . jadi memandangkan aku rasa benda ni menarik , aku nak share dengan korang . kenapa ? eh ni blog aku sukatigualah !

chinese albino


african albino

omputih albino

beruk albino

tupai albino

penyu albino


rusa albino

merak albino

dolphin albino

buaya albino

ikan albino




untuk hidupan albino lain , sila google sendiri . hahaha





Photobucket

Productive November

Pernah tak , kau ada banyak sangat kerja nak buat . sampai orang lain mintak kau buat apa apa semua kau tolak dengan alasan kau banyak kerja , nak buat kerja . lepas tu masuk bilik , duduk atas katil , fikir nak buat kerja mana satu dulu . lepas tu sebab banyak sangat kerja , kau end up pening kepala confuse tak tahu nak start dari mana . then , slow slow nak lunjurkan kaki , dan baring . dan berfikir sambil pejam mata . tengok tengok........


eh dah tiga jam kemudian ~XD


ya . tu lah yang sentiasa terjadi dekat aku . cuti midsem aku memang langsung tak productive . jet jet banyak boleh study kat rumah . nak siapkan tu siapkan ni . last last satu pun tak jalan . jalan penyelesaiannya , aku balik UM hari sabtu sebab tak nak buang masa kat rumah . kengkonon nya lah . padahal hari ahad tu aku tidur sampai tengah hari , petang tu main game pokemon . malam baru lah kedek kedek buat kerja sambil merengek malas serta gosok gosok mata yang dah mengantuk .


sehubungan dengan itu, (chewahhh . rindu pulak nak tulis karangan bahasa melayu) aku bertekad untuk jadi produktif . tempoh percubaan yang diberi ialah sebulan . so mulai bulan november , aku akan maksimumkan produktiviti masa aku semaksimum mungkin . haaa gittew . lagi pun aku ada banyak assignment yang due date bulan 11 . so memang baguslah kita jadikan bulan november bulan produktif sedunia . kalau berjaya , sebagai ganjaran aku akan belikan diri sendiri hadiah hari jadi . hahaha nampak tak sadis dia beli hadiah untuk diri sendiri . (padahal memang nak beli tapi jadikan alasan kengkonon birthday present untuk diri sendiri . puih !)

hadiah apa ? here's a clue



tapi jangan risau , walaupun bulan november bulan produktif , blog takkan diabaikan . InsyaAllah . tak janji . lewls .




so , siapa nak join aku ? chaiyok chaiyok ! hmm tak ada siapa ok bye.


Photobucket

Cute little handbag



setiap kali nak beli bag , the only thing matters is the size . I always look up the size . always . bila tengok oang pakai beg kecik kecik nampak macam alahai , comel je . cakap sambil jeling dekat bag aku yang boleh muat seorang bayi yang baru lahir . bila pilih pilih nak beli beg baru pun selalu geram tengok beg yang comel comel . tapi yang comel selalunya mesti kecik . and I will go like arghhh dammit kenapa kecik ???


orang selalu tanya aku kenapa bag aku besar nak mati ? like kau nak bawak apa dohh bawak beg besar besar ? 


bawak apa ?


semua .


setiap kali aku nak pilih bag , aku akan pastikan bag tu muat untuk aku sumbat buku dan file untuk bawak pergi kelas , muat sumbat pencil box yang besar gedabak , kalau nak pergi shopping muat untuk aku sumbat segala bag plastik so that bila aku balik orang tak nampak macam aku dah shopping banyak walhal dalam handbag berkepuk kepuk barang  . bila nak balik kampung muat untuk aku sumbat charger , perfume , barang make up , purse yang juga besar gedabak , phone yang juga besar gedabak dan segala barang yang aku perlukan .


so say goodbye to cute little handbag . nanti kalau ada dinner kita beli awak ye..

walaupun mereka tak secomel beg kecik , tapi merekalah life saver.
dan selalunya mereka ni gojes jugak . 



haaaa , kalau tetiba aku buat entry pasal bag ni maknanya apa ?
















yaaaaaas tepat sekali .. aku tengah scroll online store untuk beli beg baru . lagi . urghhh >,<





Photobucket

Just be what you want to be

Hello guys . It's 3 a.m. in the subuh and I decided to make a motivational blog post instead of sleeping . yeah . maybe there are some people out there searching for motivation at 3 a.m. in the morning . who knows ? hahaha >,<

you know , makin aku besar , makin aku kenal dunia dan makin aku tahu arah tujuan hidup . walaupun aku masih belum tahu apa cita cita sebenar aku and just follow the flow , tapi aku sedang follow the flow yang aku suka . just enjoy learning what you learn now . jangan pening sangat fikir kerja apa kau akan dapat dengan apa yang kau belajar sekarang . perancangan tu mesti , tapi janganlah terlalu stick dengan perancangan tu . make it flexible .

if I ever had a chance , I would go to schools , tell all the students to not to listen to your friends , to your teachers , of what you should learn or be when you grow up . NO ! just be what you passionate about . just go .

kalau kau suka sastera , suka penulisan , suka bahasa . even kau pandai PMR dapat straight A's , don't listen to anyone ! jangan ambil sains , pergi ambil sastera . tak kesah lah orang akan kutuk kau cakap eleh sastera ni untuk budak yang tak pandai je . yang tak mampu bawa subjek sains . tapi kalau kau minat , just go .

kalau kau suka arts , suka fashion, pergi ambil kelas arts masa form 4 . kalau kau nak jadi business man , nak jadi accountant , pergi ambil account . atau pun ambil kelas perdagangan kalau nak sambung study business in university .

kalau kau suka make up , pergi ambil course yang untuk dandanan ke apa masa nak isi UPU . tak kesah lah kau SPM straight A's ke apa . just go .

kalau kau suka main alat music , ambil course music . kalau kau suka sukan , pergi ambil sains sukan .

like siyesly , jangan terikat dengan sains sebab itu yang kita perlu belajar masa sekolah . no . jangan dengar cakap orang lain . orang selalu cakap course macam tu untuk orang yang tak pandai . nanti dapat masuk universiti yang cikai cikai je . tak pun kena masuk privite university . no . even dekat UM pun ada fakulti sastera . diorang boleh jadi lecturer , boleh jadi editor , and all . fakulti kebudayaan pun ada . ada students yang ambil course drama . so they learn everything about drama . ada yang ambil course piano . all they learn is about piano . and rupanya ada pusat asasi kebudayaan dekat UM . aku ingat ada pusat asasi sains je . so selain PASUM , ada PAKUM .

ada yang dari fakulti akademi pengajian islam , bab pengurusan jenazah . ada yang ambil course tarian atau nyanyian , siap ada yang majoring in Kpop lagi . ada yang ambil undang undang . ada yang dari fakulti akademi pengajian melayu , belajar bahasa purba . ada yang dari fakulti pusat sukan , main basikal bmx .

bila aku dapat tau semua ni aku macam... what the hell . banyaknya course yang aku tak pernah terfikir pun ada . dulu kena brainwash , nak masuk universiti , kena belajar sains . sekarang baru aku nampak macam , owhh , sebenarnya semua orang boleh berjaya dalam apa apa bidang sekalipun . siapa kata yang main music tu tak pandai . diorang ada degree , in music ! siapa kata yang urus jenazah tu tak pandai , diorang ada degree , in pengurusan jenazah ! siapa kata yang menari , yang berdrama tu semua tak ada kelulusan , semuanya ada degree dalam bidang masing masing .

So feel flexible . be flexible . aku bercakap kepada those yang hati dan minat diorang ke arah lain , tapi terikat dengan science stream di sekolah . bila korang masuk tingkatan empat , choose wisely . ini sedikit sebanyak akan menentukan laluan korang masa nak pilih course di universiti nanti. jangan takut untuk ambil tingkatan 6 , untuk ambil diploma . memang lambat dari kawan kawan yang ambil sains , masuk matrik masuk asasi . tapi kalau itu minat korang , just go . tak payah lah dengar apa cikgu kaunseling kau cakap suruh cepat cepat habis belajar , suruh ambil course gempak gempak . dah kalau kau minat pengurusan jenazah , eh kesah pulak kan ?

dan for those yang memang selesa dengan sains , teruskan je lah . jangan risau , kalau nak belajar sains tapi minat sukan , minat seni , nanti dekat universiti masih boleh join kelab kelab sukan atau seni . masih boleh jadi wakil kolej , even wakil universiti sekali pun .

dan last sekali jangan fikir pasal taraf , course mana lagi hebat . nanti bila kau masuk universiti, orang tanya , course apa ?

A: chemical engineering . kau ?
B: pehhhh tough gila . aku ambik pengajian bahasa purba je.
C: pehh lagi ah . gila lah nak belajar bahasa purba semua tu .
A & B : kau C ambik apa ?
C: aku fakulti kebudayaan . belajar main piano .

semua orang : pehh pehhh pehhh



Photobucket

Menjatikan diri

Assalamualaikum uolls !

bagi sesiapa yang tak tahu , haaa ni nak bagi tahu . aku tengah cuti midsem sekarang ni . ihiks . so boleh lah bermalas malasan di rumah . jyeahhh . tapi aku start cuti midsem lewat dua hari dari orang lain . sebab aku ada program jati diri kat port dickson dari hari jumaat sampai lah ahad . but no regret . so far inilah kem atau program yang paling superb aku pernah join . siyes wa cakap sama lu *cakap sambil main angkat angkat kening*

basically program jati diri (Fasa kedua) ni is a program under HEPA universiti . It is a three days program , at Port Dickson . duduk resort cantik nak mati . makan sedap nak mati sampai bulat tergolek dog aku kat sana . dan yang paling membahagiakan ialah....... satu sen pun gua tak payah bayar . It's free beb ! free wa cakap sama lu * main kening lagi*

Nama resort tu is Eagle Ranch Resort . dia macam bertemakan cowboy . memang tu resort paling unik aku pernah pergi . memang on point gila dia punya design . kalau korang tengah cari mana mana tempat untuk berfamily day , I suggest tempat ni . dia ada go-cart , paintball , horse riding , swimming pool of course , bbq , dan ada lah pantai untuk buat cukup syarat . dan dia ada macam benda-benda-halangan-yang-macam-latihan-tu . hahaha . aku tak tahu apa nak panggil . alah , yang macam dalam plkn or kem latihan askar ke apa tuuu . yang ada tembok tembok , jaring jaring palang palang , flying fox semua tuuu .

hari first , petang tu kami semua kena buat aktiviti halangan ni . tapi nasib baik , kumpulan aku tak sempat buat sebab hujan . yeay for lemak lemak ! tapi terkilan jugak la sebab tak merasa kan . second day is the best . aktiviti dalam dewan pun best . banyak jugak la input berguna yang aku dapat . and buat aku rasa makin bersyukur duduk universiti . selama ni asyik merungut shuttle bas kedek kedek , wifi lembab lif kolej sangkut sangkut itu tak de ini tak de . tapi after explaination dari pihak HEP baru aku faham betapa banyak kos nak run a university .

petang tu pulak kitorang main paintball . yeahh best gilos ! luckily aku tak lebam sikit pon . sebab aku just kena shot sekali dekat kepala and kena mask . nasib baik tudung glitter iolls tak kotor . ahli team aku yang lain semua lebam lebam kena tembak . err , aku tak pasti aku tak kena tembak sebab aku hanya menyorok belakang barrel atau sebab aku memang pakar mengelak tembakan . lewls .

lepas main paintball kami bebas . so masing masing boleh merayau sekitar resort . masa tu lah aku cepat cepat ambik kesempatan pergi naik kuda , pergi terjun kolam semua . hahaha . rugi weh tak try semua . nanti balik menyesal . after that kami makan bbq ramai ramai kat tepi kolam . makanan kat sana sumpah heaven gila . dah la asyik makan je . memang kau tak sempat nak merungut lapar dia dah serve . tempat tidur pun even macam dorm tapi tilam empuk bantal selimut semua gebu gebu aircond pun ada . heeee , bahagia gila . kalau kem macam ni buat sebulan pun aku sanggup . haha .


eceyhh . ini acah acah je . stock gambar untuk post dekat instagram . yang orang tak tahu gambar seterusnya ialah ini...

beserta sound effect "arrghhh , dia nak makan tangan aku!"




malam tu pulak ada satu slot tu nama dia war simulation . tiba tiba je datang orang pakai sarung muka conduct kitorang , mula mula tu kena beratur panjang dekat padang . masa tu cuaca pulak nak hujan . angin kuat gila , dah boleh rasa tempias hujan tu . komandor tu pulak garang semacam . eh memang rasa macam nak perang betul betul je . kami kena buli berguling atas padang , merangkak bagai . lepas tu dia cakap nak buat simulasi perang . kami akan dilengkapkan dengan senjata M16 . I was like... siyesly M16 ??? lepas tu sarjan kumpulan kena pergi ambil senjata... dapat dapat kau tau apa ?? pistol air yang kecik tu. masa tu semua orang dah gelak gila . lepas daripada tu kitorang dah tak siyes dah . komandor tu bagi arahan pun kitorang jawab main main . baik tuan ! yela tuan ! bila dia bersalah cakap , tersasul tuan ! bila dia buat lawak hambar , kami pun haha tuan !


real M16 vs our 'M16' *emoji ketawa sampai menangis*






my group members with fasi and HEPA family.





banyak sangat tempat cantik nak mabik gambar arghhhhh 

dan gambar gambar seterusnya hanya gambar gambar syok sendiri yang layak dihadiahkan kaki . bear with me . ihiks








after this dalam 50 orang antara kami akan dipilih untuk pergi ke program kembara inspirasi pulak di Taman Negara Pahang . siyesly kat sana nanti laaaaaagi seronok . even tak de lah dapat tilam empuk macam jati diri ni . tapi aktiviti dia best . harap harap dapat pergi lah . tapi harapan nak dapat tu macam tipis je sebab group aku selalu tak sempat nak buat semua benda . dapat present kat depan pun sekali je itu pun just 3 orang ahli group yang pergi . yang lain semua tak sempat sebab slot dah habis masa . so chance untuk tonjolkan diri tu tak ada . sedih jugak la . tapi dapat peluang join jati diri ni pun dah best . thanks to HEPA UM . love you muah muah . hahaha .

Photobucket

End of Organic I Lab

Tak ada benda yang paling aku tunggu selain dari week 5 . dari aku register course lagi aku dah macam eh cepatlah week 5 . tak sabarnya nak habis week 5 . bila nak week 5 ni ? and so on . 

dan maka tamatlah week 5 . yeeeeaaahhhh !


kenapa aku tunggu tunggu minggu ni ? sebab habis minggu ni bermakna habislah tempoh jadual padat nak mati aku . segala lab habis minggu ni . So baru lah aku boleh bernafas dengan kadar yang separa normal . heh , belum cukup normal lagi . dah habis lab tapi still banyak aktiviti kolej yang aku join . setakat ni aku dah join 3 kelab and satu projek mega . so basically life aku sekarang malam malam ada je meeting apa apa . sabtu ahad ada je event apa apa . next week dah cuti mid sem but still hari jumaat sampai ahad aku ada program kem jati diri dekat Port Dickson . haa , nampak macam students yang berdedikasi tak ? busy je memanjang . blog pun tak update update . ahaks .


ok hari ni actually nak cakap pasal lab je . haha . so sem 1 ni aku ambik lab organic chemistry . orang lain punya nak ambik subjek ni lambat lambat sebab tak suka organic chem tapi aku tak sabar sabar nak ambik sebab dalam chemistry ni lah yang aku suka . dah cakap aku memang pelik dari orang . jangan tanya .

dan buat pengetahuan rakyat jelataku sekalian , lab chemistry beta start pukul 10 pagi dan tamat pada pukul 5 petang . for those yang tak ambil chemistry , reaction diorang selalunya macam...
bapak ah kau buat apa doh lab sampai 7 jam ?????

tapi kan... kalau kau buat benda yang kau minat.... tak rasa pun 7 jam tu... hihi . lagipun lab dia relaks je . senang cerita kau masukkan satu chemical dalam beaker , kau boleh tangkap gambar beaker tu dulu. pastu sempat selfie sekali . pastu menguap kejap . and then proceed step 2 . haa , lebih kurang macam tu lah tahap relaks dia . hahaha . tapi ada lah certain experiment yang kena buat cepat cepat sikit .



ini contoh experiment recrystalization . bahagia bunga bunga hati bila result dapat crystal cantik bling bling . glitter shawl pun kalah tau !



ini pulak experiment untuk test functional group of organic compound . experiment ni banyaaaaaak gila test so aku tak sempat nak tangkap gambar semua sebab nak cepat . dan disebabkan hot plate dekat belakang tu terkena tangan aku maka terhasil tindakan reflek yang menyebabkan beaker dekat depan hot plate tu tumbang lalu tumpah segala chemical dekat aku . habis lab coat iolls warna warni ! dah la kesan dia tak boleh hilang . ceit ! haaa ni la sebab kenapa dekat lab wajib pakai lab coat . bagi mengelakkan pelajar comel yang cuai macam titew ni mandi dengan chemical lah .


ada jugak experiment yang lek lek kita main pasang pasang model molecule je .


and also some other experiments yang semuanya menarik . bagi aku la sebab ini minat aku . bagi orang lain mungkin apa lah yang minah ni bebel satu entry tayang lab apparatus bagai. kan.




and of course , aktiviti rasmi setiap kali lab . hahaha ~XD

meet my lab mates . that chinese guy standing at the right is actually from china . and he like to jet jet cakap melayu setiap kali lecturer suruh buat kerja lebih like "tidaaaaaaaa" k tak sampai . LOL .
and that girl with hijab, 3rd from the top left is actually mix of malaysia-libya and duduk Malaysia sejak umur 5 tahun . tapi sampai sekarang tak pandai cakap melayu . dah la banyak cakap laju pulak tu kadang kadang rasa macam eh penat nye nak susun ayat cakap dengan perempuan ni ! belajar cakap melayu plis !

and the others are just..... crazy chemist-to-be :)











terima kasih sudi baca entry nerd ni . kbye !

Photobucket