Finally sampai

Assalamualaikum...

aku kan.. hari tu ada order barang . lepas tu macam biasalah , lepas order barang ni selagi tak sampai selagi tu hari hari duduk depan pintu tunggu bilalah abang GDEX ni nak sampai dengan van beliau . sedih tau penyeksaan batin macam ni . tskk *lap air mata pelesu*

lepas tu tadi baru je check email makcik zalora cakap barang dah on the way . yeah , finally . jadi aku kira kira owh , maybe esok sampai lah kot.. lepas tu semangat check tracking number nak tengok parcel dah sampai mana . tengok tengok dah sampai jerantut . ah ye la nii , esok la ni . kompom . lagi pun masa tu dah pukul lima petang .

aku pun baru je nak update blog dengan tajuk entry "cepatlah sampai" sambil makan biskut oat *i'olls cuti* dengan harapan saja nak bagi korang tertanya tanya apa aku order . hahaha . tetiba kan , tengah seronok mengunyah abang GDEX yang tak berapa nak hensem bersama van putihnya dah hon hon kat luar rumah . eksaited kemain aku terus capai shawl letak atas kepala . dah bukak pintu baru sedar dalam mulut ada biskut . 

pastu nak cover senyum kulum kulum je . dia suruh sign sini sinun aku ikut je diam je tak cakap pape . karang bukak mulut kang terkeluar biskut i'olls . hihik . tapi aku rasa ada je habuk habuk biskut tu kat mulut . ah lantaklah yang penting parcel sampai . ekekeke ~

malam nanti kita share share ada apa dalam kotak jaloghra tuh . nak kena tolong omak masak kalau tak nanti membebel sampai malam tak habis . kbye !


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)