Assalamualaikum
It's July !
and Ramadhan yaww ~
I can't sleep after sahur tadi . So I just baring atas katil pandang siling , pura pura tidur . Then tiba tiba teringat kes kes gaduh . Ya , aku baru je throwback semua memori gaduh yang pernah berlaku dalam hidup aku . tak pasal pasal kan...
Tak banyak . rasanya sepanjang aku hidup , aku cuma pernah gaduh dua kali dengan kawan kawan . Ini kiraan selepas mumayyiz lah . maksudnya lepas aku cukup waras untuk fikir baik buruk . gaduh tarik tudung , gaduh tumbuk tumbuk cakar cakar masa sekolah rendah tu tak payah lah cerita . tu zaman gangster aku . tapi gaduh hari ni esok lusa baik semula . kids... tapi sekarang kita cakap gaduh siyes. gaduh orang besar . haa gittew ~
Aku mungkin kawan yang jahat mulut . aku sangat sangat sangat sarcastic . kalau lepak dengan aku , sila tahan kena bahan . sebab aku akan cakap benda benda jahat je . tapi bukannya siyes , cuma melawak je . err , kadang kadang ada kutukan yang memang ikhlas dari hati tapi pura pura gurau sebab taknak gaduh . hahaha . tapi aku tengok orang jugak lah . kalau orang tu macam manja manja berjiwa lembut macam tu takde lah aku nak sarcastic dengan dia . aku akan cuba jaga hati kawan aku supaya tak terasa dengan aku . aku tak kan cakap benda sensitif yang boleh buat orang sentap sampai mati . sentap separa mati tu banyaklah . kehkehkeh . dan aku tak pernah marah kawan kawan aku . never . aku taknak orang terasa hati dengan aku . so kalau aku bengang sangat pun mungkin aku akan kurang bercakap dengan dia . kau buatlah salah apa sekali pun . rasanya if one day ada kawan aku ter-rosak-kan phone aku pun aku akan diam and cakap... "tak pelah . benda dah nak jadi...tak marah pun.." walaupun dalam hati dah menyumpah , kurang asam kau rosakkan phone kesayangan aku ! ya , benda benda macam ni dah banyak kali jadi , tapi semua aku tak pernah marah . tak tahu kenapa .
first time aku gaduh masa form 3 . masa tu aku ada agak ramai kawan . aku jenis yang berkawan dengan semua orang . tak kesah lah budak kelas bawah ke , budak nerd ke budak wanted ke hot stuff ke , semua aku kawan je . so bila rapat dengan ramai orang ni , dia ada dua isu . nombor satu jeles . nombor dua kau kawan siapa sebenarnya . benda ni jadi bila geng aku yang aku lebih rapat sejak form 1 tak puas hati bila aku mula baik dengan orang lain dan dah renggang dengan diorang . ni semua sebab dua orang dari 'geng' tu masuk kelas lain . dan kami semua duduk asrama . jadi mereka mungkin expect akan berkepit together forever . tapi malangnya kebanyakan masa tidak . lagi lagi bila aku kena study dengan budak budak target time prep . jadi cuma jumpa dekat sekolah . kelas pulak lain . kebetulan aku baru start couple time tu jadi diorang tuduh aku mula jauhkan diri dan layan boyfriend je . ke@$&%an apakah ini.
tapi aku paling terasa bila ada sorang kawan aku ni, yang aku paling rapat masa tu, dia macam bermuka muka tau . dia layan aku baik je and cakap kawan kawan yang lain nak jumpa malam tu . so aku pun macam ok je lah . tiba tiba malam tu , dia yang marah over . yang lain cakap elok elok je . tapi dia siap tengking tengking maki hamun aku . kau dah kenapa kan.. aku ? aku diam je lah . kan aku tak pandai marah orang . esoknya aku hantar surat (nampak tak betapa aku fail bab cakap cakap ni) explain dekat diorang keadaan aku sebenarnya and minta maaf . and diorang faham and kami baik semula . but not that one . kawan yang sorang tu dia semacam berdendam and tak nak maafkan . bila selisih pun siap jeling maut lagi . aku tak tau apa masalah dia, apa yang dia tak puas hati sebenarnya . tapi lama lama kami baik semula, berbulan lah jugak . but that friendship ended . masih kawan , tapi tak rapat dah .
sejak kes tu aku serik nak ada geng geng ni . tahun depannya just aku and cik naga yang satu kelas and kawan yang pindah sekolah . so there just two of us left . dan tu je lah kawan aku sana sini sampai habis sekolah . sadis . hahahaha
bila masuk university , aku dah lupa macam mana nak berkawan . ada lah dua tiga orang classmate yang aku rapat . tapi rapat kawan kelas macam tu lah . bukan taraf kawan heret sana sini . jadi aku cuma baik dengan roommate aku . luckily dapat yang satu kepala . so balik dari kelas , duduk dengan dia je lah . pergi mana mana mostly dengan dia . sebab tu kami banyak habiskan masa dekat bilik je . sebab tu lah yang paling selesa . in the end kami dua dua tak buat ramai kawan pun dekat PASUM . aku ingat lagi hari last exam , orang lain macam gila bergambar , hu ha hu ha , peluk peluk , confess confess... aku dengan roommate aku just duduk satu spot dengan sangat awkwardnya , cuma perhatikan je semua orang . dan cakap.. "nampak tak kita takde kawan...." "takde ke orang nak confess kat kita?" "lama lagi ke diorang nak bergambar ni . bosanlah nak balik..."
tapi dalam tak ramai kawan tu sempat jugak bergaduh dengan classmate . hahaha . cerita dia sangat complicated . okay aku ada kawan laki nama A sejak sekolah dulu . B pulak awek dia yang aku agak rapat tapi tak pernah jumpa . C classmate aku . A ni sejenis player dan A B C ni satu sekolah time upper form . A ni ada layan ramai perempuan lain dan ada lah jugak mengorat si C . tapi C ni dah berpunya so takde lah layan .
aku pun cuma kesian kat si B , jadi aku pun ceritalah semua semua pot pet pot pet . tapi malangnya si B ni agak bebal dia terus pergi marah si A dengan kadar segera and bagitau , Husna cakap ni ni ni ni ni . mampus aku . si A ni for sure lah mengamuk , aku kawan dia dah lama tapi last last aku macam burukkan dia . habis dengan si C sekali kena bahan . si C yang tak tau apa apa tiba tiba kena maki mestilah bengang dengan aku kan . dia fikir aku macam stab back dia sebab dia ingat aku tuduh dia rosakkan hubungan orang . ah complicatednya !
jadi kami tak bercakap ada lah dalam dua tiga minggu . dah la sekelas . awkward macam sial . tapi kami dah slow talk , walaupun cuma tweet tweet penerangan , tapi masing masing tau yang masing masing baca even tak mention sesiapa. cuma nak take time untuk baik balik. but then lepas tu dah ok balik . baik macam biasa . dia macam baik secara tiba tiba , tak ada cakap pape , terus baik . dan dua dua langsung tak sebut pasal kes gaduh tu . semacam tak pernah berlaku . hahaha . si A dengan B tu aku dah tak tau apa cerita dah malas nak masuk campur . cuma aku dengan si A dengan B sama sama dah minta maaf , no hard feelings . cuma tak delah bertegur sangat dah dekat facebook ke apa . nantilah . lain masa. hahaha .
sekian cerita gaduh pepagi ni . daa ~
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)