Kakak lagi comel

Assalamualaikum ya habibi ya maulana ~

haa ko . bulan puasa ni mood dia lain macam sikit . kadang kadang grumpy semacam je kadang kadang dok sengeh memanjang . cakap pasal grumpy , adik aku yang Huda tu , masyaAllah.... dia bulan puasa ni dah macam PMS doploh pat jam ! muka berkerut mulut muncung je . pantang tegur sikit terus menjerit jerit mengamuk sakan . kau jangan lah peduli kat dia before buka puasa . masuk je waktu maghrib , siap je makan mood dia dah ok . gelak macam gila. haa time tu la kalau kau nak gelakkan benda yang kau dah pendam satu hari untuk digelakkan pun .

waktu aku berjaga pun dah huru hara . macam sekarang ni , ni kira rare nak mati la ni aku update blog pukul tujuh pagi .

btw , semalam aku pergi bazaar ramadhan . yea , finally . setelah seminggu merengek nak pergi , baru semalam ayah free nak bawak . hujan pun hujan lah . aku sanggup redah jugak . tak kira . hahaha . masa tu aku jalan dengan Huda lah . time tu nak beli chicken wing , tetiba makcik jugak chicken wing tu tanya ,

"Adik beradik ke?"

mmm , aah... (soalan rare ni. jarang orang tanya kami adik beradik ke pasal muka tak sama)

and then makcik tu pun owhhh kan je la . pastu tetiba dia sambung...

"tapi kakak lagi comel la.. haha" sambiil pandang dekat Huda..

kami pun hehe hehe jelah kan.. siap beli tu Huda dah pasang muka jeles sambil cakap bangga la tu orang cakap kau lagi comel ! Eh mesti lah ~~ hahaha . tapi kan , aku ada musykil sesuatu... siapa yang makcik tu maksudkan sebagai kakak ? pasal dia cakap kakak lagi comel , tapi dia pandang Huda sambil sengeh . itu pandangan membawa maksud i-mean-you atau pandangan supaya si adik tak terasa hati atau apa ? yelah , kalau kita bercakap dengan dua orang , if kita pandang salah sorang maksudnya sama ada kita cakap dengan orang tu atau kita cakap pasal orang lagi satu jadi kita akan pandang yang sorang lagi sambil sengeh .

err , apa yang aku cuba sampaikan ni ?

sebab lagipun *sedih nak mengaku tapi..* tinggi aku dengan adik aku dah lebih kurang sama . walaupun beza umur tujuh tahun pfffttt . but of course muka aku nampak matang sikit . eh yeke ? tapi kadang kadang  tu orang ingat kami kawan . bila cakap adik beradik mesti orang tanya Huda form berapa ? padahal baru darjah . bila dia cakap darjah enam mesti orang expect aku tua setahun dua dari dia . and bila bagitahu aku 19 tahun orang akan macam.....

19 tahun macam ni ?!?!?! apasal adik besar kakak kecik ??

dan inilah titik permulaan punca kenapa aku suka bangga diri cakap aku awet muda . hahahahha .

btw , lepas aku cakap benda ni dekat Huda terus dia sengeh memanjang . konon konon konpem makcik tu maksudkan kakak tu dia dan dia lagi comel . oh pelisss ! apa apa pun , siapa kakak sebenarnya masih kekal misteri....

i dont have any appropriate picture to show tapi rasanya yang ni bolehlah kot.




Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)