Assalamualaikum !
And salam ramadhan ~ so sekarang kita dah masuk separuh masa kedua bulan ramadhan . haa , nampak tak effect world cup kat situ . separuh masa kau . hahahaha. cakap pasal world cup , sorry lah i'olls tak layan bola , tapi usha usha lah jugak kadang kadang lepas sahur tu . yang lawaknya adik aku yang tak pernah layan bola tu tetiba semangat nak tengok Brazil lawan Germany hari tu . kengkonon nak tengok Neymar lah tu . padahal aku tau dia pun baru kenal Neymar pasal dengar kawan kawan dia sebut then google siapa Neymar. puih !
Lepas Brazil kena tibai 7-1 terus dia berpaling tadah sokong Germany pulak untuk final . #lalangsampaimenang
So , korang perasan tak beberapa perkara yang agak klishe sepanjang bulan Ramadhan ni ?
1) Hari hari minum air sedap .
selalunya rumah aku ni dinner tak pernah pun ada air manis . lepas makan pandai pandai sendiri je pergi ambil cawan tadah air masak . air batu pun jarang ada dalam peti . Tapi bulan puasa ni paling kurang mesti ada dua jenis air . air batu berketul ketul . dalam peti penuh ais je . Tak cukup buat sendiri pergi bazar beli lagi . sampai air jagung pun nak beli jugak -,-
2) Bertukar tukar juadah berbuka , kuih muih dengan jiran.
Sebelah rumah aku ada students U tau . sebelum ni jarang jarang je tegur . muka pun tak kenal . tapi semenjak bulan puasa ni dua tiga hari sekali mesti bagi salam hulur kuih muih . dah dapat pinggan orang tu , terpaksa lah pulangkan kan ? nak pulang kosong macam kwangjau sangat je , makanya ibu aku pun terpaksa merajinkan diri masak apa apa untuk balas balik kat diorang . haha .
3) Jemaah maghrib bertambah.
Benda ni selalunya terjadi di masjid masjid atau surau berdekatan dengan university . secara magiknya ramai jemaah maghrib dan semua muka muda mudi yang jet jet suci . selama ni muka kedut kedut je yang ramai . ya , ini semua tak lain tak bukan sebab nak makan free kat masjid . tau sangat dah . tapi tak pelah , dapat pahala lebih berjemaah bulan puasa ni .
4) Happy Iftar
Buka twitter atau facebook pukul tujuh . mesti semua orang tweet or update status happy iftar , selamat berbuka , and post gambar juadah berbuka .
5) Done sahur
dan ya , lepas korang sahur tu cuba buka twitter lagi , mesti semua pakat tweet done sahur . ya , #followerperlutahu
6) Done tarawikh
ini lagi satu penyakit . aku rasa rakyat Malaysia ni memang peramah terlebih , kalau boleh nak satu dunia tahu apa diorang dah siap buat . lagi sakit mata bila orang bagitau done tarawikh beserta berapa rakaat dan witir . tak perlu weh tak perlu !!! dan yang paling comel gurls out there semua berlumba lumba tayang telekung warna warni fesyen terkini . before pergi tarawikh selfie dulu then post kat instagram . klishe sangat ~~
7) Lima minit sebelum subuh....
semua orang akan minum air selagi termampu sampai kembung perut . baru rasa puas hati dan bersedia untuk menghadapi liku liku esok hari tanpa setitis air .
8) pukul 3 petang....
"Husna tolong buat ni !"
"Puasa..... penat.... tak larat..."
9) Satu minit sebelum maghrib....
berdiri dekat pintu dengar bila lah nak azan ni... siapa selalu buat baik mengaku cepat !!!!10) hujung hujung bulan nak dekat raya...
"kenapa ni? main mercun ya ?"
"berlatih berjihad . lepas raya ni nak pergi Gaza"
pesanan penaja:
Pray for Gaza
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)