FREEBIES : Colourful Muctache Cursor


sekarang ni kan femes barangan yang design mustache ni . tapi yang princess teddy pelik ayah pun ada mustache jugak tapi tak dak pulak orang dok tepek gamba misai dia kat baju ke , buat rantai ke . hakhakhak XD

so sesiapa yang guna cursor yang letak code sendiri tu , boleh la guna gamba misai warna warni nih . 


http://free-themes.info/cursor/mustache/pinkmustache.png

http://free-themes.info/cursor/mustache/mustache2.png

http://free-themes.info/cursor/mustache/mustache.png

http://free-themes.info/cursor/mustache/bluishmustache.png

tak nak try design mustache ayah princess teddy ke ? nanti princess teddy tangkap gamba then edit jadi cursor . kalau nak cakap taw . hak hak hak XD
Photobucket

CONTEST CUTE BLOG DESIGN



nak join !
jom join ramai ramai . tarikh tutup hari tau ! 
just click the banner okay :)



Photobucket

TUTORIAL : post template



post template ni , macam (c) cunaa kat bawah setiap entry princess teddy ? jumpa tak ? tu lah dia . tak payah upload gamba tu setiap kali nak post entry . tapi bila kita nak buat new entry je , automatik akan ada . caranya senang je .

\one/
Dashboard ---> Setting ---> Formating

\two/
tengok dekat bawah sekali . korang mesti akan jumpa Post Template

\three/
then , paste kan saja HTML code gamba or anything yang korang nak di kotak kosong sebelah tu . kalau sesiapa yang buat sendiri guna photoscape atau adobe atau pape je lah macam princess teddy , korang masukkan dulu gamba ni dalam photobucket . mesti lah kena ada account photobucket kan . bila dah siap upload , view and ambik HTML code dia . then save .

okay ? nak check jadi ke tak , pergi dekat new post . kalau ada keluar, means dah jadi lah tu . enjoy :D

Photobucket

Cekodok Jahat !



wuuu , sekarang princess teddy sedang dilanda perasaan seram sejuk . terasa tak sanggup nak hadapi hari hari mendatang . kalau boleh tak nak teruskan hidup lagi . terasa macam masyarakat takkan terima diri ni lagi . hinanya dahku . tak sangka hari ini dalam sejarah , princess teddy telah ternoda . astaga . ni semua salah dia . demi ALLAH saya tak bersalah . semua salah cekodok tu !!!


pagi tadi princess teddy dah siap lawa lawa nak pergi kelas . walaupun sebenarnya tak lawa langsung pun (sebab dah bertambah satu kesan calar di muka akibat dicakar haziq malam tadi) , tapi tu masih boleh diiktiraf lawa sikit dari hari hari biasa . bila tengok jam masih ada baki lagi lima belas minit , dengan senang hati princess teddy pun pergi dapur dulu sarapan . ingat nak las perut je makan cekodok . tengah syok syok makan tiba tiba terasa macam ada batu dalam mulut . batu ? takkan ibu tambah ramuan dalam cekodok dia kot ? bila keluarkan tengok macam batu . aik ? ahh , abaikan , buang je lah batu tu . memandangkan nak cepat terus habiskan kunyahan cekodor dengan kadar segera and terus ambil beg nak siap siap pergi kelas . tiba-tiba terasa macam ada something wrong some where jaa . ape yek ? then barulah tersedar yang gigi princess teddy rasa lain macam...

rasa-rasa guna lidah rupanya tampalan gigi tu tercabut . means batu dalam cekodok tadi tu...yucks ! mujur tak sedar time tu . kalau tak selamat cekodok tu keluar balik . yucks... sekarang hati tengah rasa gelisah tak menentu bila mengenangkan esok lusa terpaksa jugak pergi klinik tampal semula gigi geraham ni . tak sanggup tunggu lama lama . takut nanti bakteria serang . tak pasal pasal dok pakai setem kat pipi hari hari . setakat ni princess teddy tak pernah lagi menderita sakit gigi berlubang . and of coz , memang tak nak rasa ! tapi takut jugak nak pergi jumpa dentist merangkap musuh tujuh belas keturunan princess teddy . macam mana ni :'(


P/S : kalau nak tampal gigi dentist tu ada tak bagi ubat pengsan ? senang tak sedar bila dia tengah tonyoh tonyoh gigi ni nanti .


Photobucket

Half of a thousand...



korang perasan tak apa yang princess  teddy perasan ? haa ! salah ! bukan la , bukan . bukan gamba anak patung anjing pakai rambut afro daia tu comel . bukan jugak princess teddy makin comel . tidak sama sekali . 
tapi ... *roll drum plis !*









cuba tengok betul betul










perhatikan










guna mata korang yang macam telan inner shine tuh













tak jumpa lagi ?













haish....












letih la tekan enter je dari tadi ! baiklah . princess teddy bagi tau . tunggu sampai tahun baru pun belum tentu ada siapa akan perasan . hari ni penduduk husnaland dah mencecah 500 orang . yeppiii ~ tak faham ? follower princess teddy dah 500 lah ! tapi macam malu je buat entry ni . orang lain follower dah ribu riban pun tak kecoh . tapi suka hatilah kan . blog aku . aku punya hal lah . hehe . tapi bila fikir balik , satu negara , penduduk ada 500 je . sikitnya ! jadi kepada sesiapa yang terbaca ni baik korang buat banyak-banyak account then follow blog ni cepat ! kalau tak.... beta jatuhkan hukuman penjara sampai lubang hidung tumbuh uban baru boleh keluar . takut tak takut tak ? kalau takut follow lah sekarang ! hehehe

Photobucket

Setiap manusia wajib ada cita-cita...yeke???


perkara yang menjadi pegangan dan matlamat setiap manusia , cita-cita . benda yang cikgu-cikgu tanya masa first day masuk darjah satu , nama kamu apa ? cita-cita ? masa tu dengan penuh yakin lagi bersemangat majoriti perempuan akan jawab guru atau doktor . kalau laki pulak polis , askar . tu je la skema jawapannya . haha .

tapi bila masuk sekolah menengah , time form one cikgu tanya apa cita-cita , dah up sikit . apa barang guru wey . saya nak jadi pensyarah . tinggi sikit dari guru . huhuw . tapi.... bila dah masuk tingkatan empat , princess teddy mula keliru nak jadi apa . masa nak pilih aliran tu , terfikir , nak ambil biology ke prinsip akaun . aku tak nak jadi doktor , juga tak nak  jadi akauntan . start dari situ , krisis identiti dah start . eh bukan krisis identiti , i'm pretty sure i'm a girl . tapi krisis cita-cita . 


sekarang ni bila cakap cita-cita jadi blur . cita-cita ? makhluk apa tu ? tak pernah dengar pun . and bila tulis biodata je cita-cita tak ada dalam senarai . padahal tahun depan nak SPM . lepas tu dah nak kena sambung study . naya wey kalau salah pilih bidang . aiyoo ~

buat masa sekarang , cita-cita tak dak . angan angan ada . saya nak jadi novelis ! muahahaha . tapi nak jadi novelis part time je . nak ada kerja tetap yang lain . lepas tu berangan nak buka kedai . kedai apa jangan tanya . malu lha i nanti . hak hak hak . yang penting bukan kedai jual pakaian dalam ya . and bila fikir fikir balik , nak jadi suri rumah sepanjang masa je . jaga kebajikan suami . masak bekfes untuk anak anak . HAHA . 

orang cakap angan angan tu pun penting . sebab kita akan cuba untuk penuhi angan angan kita . then angan angan tu secara automatik bertukar jadi cita cita . cita cita jadi matlamat . akhirnya kita akan berusaha ke arah matlamat tu la kan ? tapi... kalau SPM dapat straight A tapi last last jadi suri rumah and novelis part time... macam tak payah ambik SPM pun tak pe kan ? argh.... PENING !!

Photobucket

Bored Sunday


Cuti = Hujan
Hujan = Cuti
Cuti + Hujan = BOSAN !


saat ini dahku terasa nak buat gulingan enampuluhempat kali tanpa henti . memang meter bosan dah cecah takat paling dahsyat . blog pun dah mula ada tanda tanda nak merajuk tujuh hari tujuh malam gara-gara tak dihiraukan . memang totally tak ada idea mau update apa . actually tiap-tiap hari taip entry baru . tapi bila dah separuh jalan , terasa macam merepek je entry tu . last last tak jadi publish . memang belambak ah draft . heheh .


bila cakap pasal cuti akhir tahun je , automatik kepala hotak terbayang satu perkataan . VACATION . sekejap terbayang-bayang imej pasir pantai yang putih . ombak yang sepoi sepoi bahasa (ombak ke angin ?) . awek awek cun pakai bikini berlari lari manja . dan ketam yang tak lepas ambik lesen berjalan terkedek-kedek masuk lubang . orang jalan ke depan , dia ke tepi . tiga saat lepas terbayang pantai , terbayang pulak genting . yeah , bestnye ! apa yang pasti kalau princess teddy jejak kaki lagi kat genting princess teddy nak cuba main roler coaster . pasal hari tu kempunan nak naik . tak sempat . then nak main yang menara tinggi tinggi tu . dah lupa pulak ape name dia . sebab dulu tak dapat main pasal tak cukup tinggi . kejamm :'(

lima saat lepas terbayang genting , keluar pulak bukit gambang resort . dah lama tak main air . bestnye bestnye bestnye !! then terbayang pulak i-city . boleh la pozing membajet kiut kat situ kan . dengan cahaya lampu yang bling-bling tu , mesti aura membajet kiut tu makin bertambah . lepas pozing sakan boleh feeling oversea kejap main guling guling atas salji . ohoho ~ last sekali terbayang tengah main ice skate . weee , bestnye .

tapi setelah sembilan hari sebelas jam dan empat puluh satu minit cuti bermula , princess teddy masih tercongok kat rumah melangut kat tepi tingkap menonton hujan yang tak faham bahasa apa itu maksuh 'tolong lah berhenti' . and ayah pun masih tak menunjukkan sebarang tanda-tanda 'jom kita pergi holiday' . tapi malangnya ibu awal-awal lagi pasang muka 'mari kita mengemas rumah sepanjang cuti' .

and yang paling best sekali , semarak jaya yang masih elok landing atas meja and belum berusik tu seakan-akan tengah tersenyum sinis kat princess teddy and cakap 'marilah jawab semua soalan ni . best ~'
and princess teddy pulak terasa nak jadikan slogan 'ayuh kita bakar segala kertas dan buku yang menyemak (termasuk semarak jaya)' sebagai slogan pada minggu ni . tapi malangnya asyik hujan je . huh , ntah pape . kalau tak dah selamat dah abu semarak jaya dikebumikan sekarang . nasib nasib..


Photobucket

I'm in LOVE with the PIANIST



seperti mana yang korang tau (macam ada orang tau je kan -,-) princess teddy memang sangat addict dengan piano , keyboard , organ , atau yang seangkatan dengannya... maka dengan itu ciri ciri lelaki idaman juga haruslah pandai main piano and ada piano yang cool tak ingat . aww ~

maka dengan ini diisytiharkan princess teddy dah pun jumpa pianist yang paling cool seantara dunia . wowweee ~ siyes dah jatuh cinta kali ke patblas kat dia . 




alolo tomeynye...tapi piano dia lagi tomey (mata dah jadi pink and bertukar bentuk love) . tak kisah lah kan lagi muda . alah dua tahun je kott ~ hak hak hak . yang penting suara dia sedap , tak de lah macam justin bieber dah besar gedabaq suara macam adik princess tedy lagi . mujur sekarang dah pecah suara . kalau sampai tua suara macam tu tak tau lah na cakap apa . oppss , peminat bieber jangan serang i okay . kih kih kih . and yang paling sungguh sangat penting nian dia pandai main piano  


P/S : tengah ulang lagu waiting outside the lines buat kali ke tujuh...



Photobucket

What If...



dalam hidup kita ni ada terlalu banyak what if... atau orang london cakap 'macam mana kalau'

what if world without tears...
agaknya orang sedih nak luahkan rasa sedih dia macam mana ek ? melompat lompat mungkin ?
and yang paling penting takkan ada lagu teardrops on my guitar yang taylor nyanyi tuh . maybe tajuk dia akan bertukar jadi hopping on my guitar ? hahaha

what if human doesn't have heart...
agaknya tak ada la gejala cancer jantung , jantung berlubang bagai .
and tak ada istilah sakit hati , makan hati , dan buah hati . mungkin akan ditukar dengan buah pinggang .
bila bergaduh ngan pakwe....
"i nak clash ! i dah lama sakit buah pinggang dengan u tau tak ?! selalu i makan buah pinggang dengan u tapi u tak penah sedar ! i fed up !"
okay fine . tu memang pelik -,-

what if world without rain...
mungkin air hujan akan keluar dalam bentuk yang lain . bentuk yang orang takkan panggil hujan . agaknya mungkin dia akan keluar dari tanah seminggu sekali . tapi.. argh ! korang fikir lah sendiri macam mana . princess teddy pun tak dapat bayangkan .

what if people doesn't need to fall in love...
tak payah la susah susah askit kepala pikir macam mana nak tackle orang yang kita suka kan ?
and yang pailng penting , tak ada la orang yang akan menangis bila orang yang dia sayang buat dia sakit hati . kan bagus macam tu . sebab kebanyakan orang sakit hati tak semestinya akan menangis . tapi bila orang yang dia sayang buat dia sakit hati , kompom meraung . ye tak ? ke tak ? sape cakap tak princess teddy sekeh kepala nanti !! (pasang muka garang)

what if world without school...
wahh , sesungguhnya princess teddy lah orang yang akan paling awal sekali melompat keriangan . hue hue hue ~ seronoknya . enjoy hidup ! bila dah besar , cari kerja . tak perlu sijil segala . bestnyer...
tak ada sekolah means tak ada homework . tak ada exam . yang paling penting , tak ada SEMARAK JAYA . YA ALLAH , kau makbulkan lah doa aku supaya sekolah terbakar esok . aminnn.....

what if blogger doesn't exist...
okay ni nak tacing nih . tak boleh tak boleh . abis princess teddy nak merepek kat mane ? huk huk huk ;'(
dah tak de sape dah yang sudi jadi pendengar setia princess teddy membebel selain dari blog ni . merepek kat kawan-kawan , kompom dorang bosan nak dengar . merepek kat bf ? just forget it . dia terrrrrlalu busy nak layan princess teddy . merepek kat kucing ? dia buat muka toya je ada la . pastu gesel gesel mintak makanan . haih . pokok bunganya memang tak boleh lah kalau tak de blog !

what if saya stop merepek sekarang...
kan ke bagus . baik aku pergi mandi sekarang . dah nampak kelibat lalat makin dekat je nih . daa semua ~ ^_^


Photobucket

TIPS : Study Biar Lepak , Result Biar Gempak , (Blog pun mesti comey tak boleh nak habaq)



sorry kepada sesiapa yang dah berkurun request tips ni . dah start cuti panjang baru nak kasi . orang dah dapat result UPSR dah , dah habis PMR dah , budak-budak SPM pun dah tak de masa nak semak entry terbaru , orang lain pun dah habis final exam dah . ada terasa nak hempuk saya patpuluh kali dengan batu ke ? ehehe ~ rilex . dengan ini saya ingin memohon sepohon dua kemaafan dari kalian dari hujung rambut yang pendek comel ni hinggalah ke hujung kuku kaki yang sentiasa berkilat akibat di polish selalu . sampai ibu pernah tanya princess teddy ni pakai quitick ke . ehh , mane boleh pakai . tak sah air sembahyang . (tapi tahun lepas pernah try pakai kat hostel)

okay melalut !


actually princess teddy tak ada tips yang betul-betul layak dipanggil tips . sebab harus diakui princess teddy bukan pandai sebab struggle study bagai . tidak tidak . tapi ni dah memang rezeki kot . dok brangan dalam kelas pun result ok lagi . and adik princess teddy pun result power . so maybe sebab genetik mungkin ? (dah maybe mungkin lagi)

tapi ni beberapa tips yang memang princess teddy buat..

\first/
pastikan korang mandi pergi sekolah . hahaha . okay kidding . (tapi ada je kan orang tak mandi pergi sekolah?) first of all , pastikan otak korang memang bersedia untuk terima pelajaran . pastikan tak mengantuk . and yang penting , hati tu memang tengah ikhlas nak belajar . sometimes , princess teddy sampai satu tahap memang tak nak belajar . sampai cikgu masuk dalam kelas pun kalau boleh rasa nak halau . kalau dah rasa macam tu , pergi la toilet je jalan-jalan dulu ke . kalau tak boleh jugak pura-pura je lah dengar apa cikgu cakap . tapi memang takkan masuk satu ape pun dalam otak .


\second/
princess  teddy tak buat revision . my revision is just by doing homework . so kalau cikgu bagi homework tu , buat la . teruatama subjek yang perlukan banyak latihan macam math , add math , chemistry... tapi homework BM , BI , PAI selalunya princess teddy tak buat . tiru kawan je . hehe . (yang ni jangan ikut)


\third/
pay full attention in class . terutama bagi orang yang malas study macam princess teddy , segalanya hanya di kelas . sekolah = belajar . rumah = enjoy . no such word like study at home . kecuali musim exam . buat homework pun separa terpaksa . lagi lagi subject yang perlukan kita faham macam mana nak jawab . kalau tanya kawan-kawan memang comform diorang cakap princess teddy selalku berangan dalam kelas . tapi sebenarnya tak . okay tipu . kadang-kadang ya . bila rasa bosan . tapi kalau subjek killer memang concentrate betul . tapi takde lah sampai pandang cikgu tak berkelip . karang tergoda pulak cikgu kat depan . hua hua hua ~


\fourth/
maniskan muka dengan cikgu . atau dalam erti kata lain , senyum ! jangan tunjuk muka masam kelat . nanti cikgu pun rasa tak ikhlas nak mengajar . senang cakap , jaga hubungan baik dengan cikgu laa..


\fifth/
jangan guna konsep hafal . tapi guna konsep faham . kalau hafal , memang lah ingat . tapi bila masuk soalan subjektif  , soalan pusing sikit je dah tak boleh jawab . kalau kita betul-betul faham , secara automatik kita akan ingat . and bagi la soalan bentuk macam mana sekali pun kita akan boleh jawab . kalau nak tau sama ada korang faham atau tak , cuba try explain someting tu kat kawan . kalau dapat explain dengan betul tanpa tengok buku , faham lah tu .


\sixth/
kalau rasa tak nak study , jangan paksa . study bila kita memang betul-betul nak study . maksudnya , jangan push iri kita untuk study jugak . buang masa je . satu pun takkan masuk kepale . siyes ni (pasang muka ketat)


\last!/
stay up kalau mampu . time musim exam , princess teddy selalu stay up (pasal tak abes study lagi . maklum la , last minute) . tapi make sure jangan paksa diri . kalau rasa ngantuk , tidur je balik , peduli apa dengan sepuluh bab tak study lagi kan . lagi haru kalau kita tertidur time exam esok . and , pilih la masa-masa yang sesuai untuk stay up . waktu yang bagus ialah waktu alfa . ape tu ? tanye lah pakcik gugel . hehe . jangan la stay up tak tidur sampai pukul tiga pagi . naya weh ! kalau princess teddy selalu dari pukul 3 sampai 5 lagi . then dapat sambung tidur balik kejap . hilang sikit rasa mengantuk . kalau boring time stay up kacau la member . mesej ke , call ke . biar padan muka dua-dua kena stay up . hehe .


okay dah la tu ! dah tak ada tips lain dah . so , cau dulu . mau mandi . ekeke ~ daa...


Photobucket

Sebab-sebab kenapa anak sulung mesti lelaki



siapa kat sini perempuan dan anak sulung sila gerak-gerakkan hidung anda sekarang . eh eh , jangan lebih-lebih . ape ingat hidung anda tu cute sangat ke ? choi ~ kalian kalian tak rasa ke macam satu beban jadi anak perempuan sulung . terutama bila usia yang sudah makin meningkat nih . (ayat macam dah nak masuk umur 40-an je kan . hohoho) 


situasi pertama
bila balik kampung , nenek atok mak cik serta pakcik suka bagi ayat ni . 
"una nanti kat rumah tolong-tolong la ibu buat kerja rumah . kan kaklong.."
huh , nyampah i...

situasi kedua
bila apa-apa kerja kat rumah ni semua akan diharap kat princess teddy . basuh pinggan , sidai kain , angkat kain , jaga adik blablabla . terasa macam tengah buat praktikal untuk jadi bibik berjaya je . memandangkan princess teddy ANAK SULUNG and adik kedua beza umur gila babeng yakni 7 tahun , jadik ibu rasa macam adik princess teddy terlalu kecik and semua tugas sepatutnya princess teddy kena buat sorang tanpa sebarang bantuan . jelesnya bila orang lain ada kakak abang serta adik yang boleh sama-sama tolong buat kerja rumah .

situasi ketiga
bila ayah nak angkat barang atau perabut berat-berat je , mesti princess teddy yang kena tolong . kalau barang ringan-ringan tahan la lagi . ni...
"una , meh sini tolong angkat ni !"
dalam hati 'ala leceh la . barang sikit punya kecik pun kecoh nak suruh orang tolong angkat.' sekali sampai dekat lokasi kejadian....
"OMG , ku sangkakan pasu ke ape , sekali almari besar gebadaq !"
haih , nasib . memang selalu lah jadi buruh paksa . angkat pasu bunga (hey ingat ringan ke?) , almari , sofa , gazebo , blablabla ~ hasilnya semakin hari lengan ni makin katang . lama-lama macam ni popeye pun boleh kalah taw !


situasi keempat
perlu ke cerita semua peristiwa-peristiwa hitam princess teddy panjat sana panjat sini sampai jiran tegur ? oh , tak perlu rasanya . 


jadi dengan ini , saya ingin memasang tekad dah azam (boleh masuk senarai azam tahun baru ni)... ce teke ape azam tu ? jeng jeng jeng... (Drum plis ! saje mau bikin suspen . ekeke~)

SAYA BERAZAM DAN BERTEKAD MAU ANAK LELAKI SULUNG BILA BERKAHWIN KELAK

berusahalah anda husna ! chaiyok chaiyok !


P/S : ape motif entry ni ? -,-''

Photobucket

Entry segera , lebih segera dari mee segera


okay ini memang entry teramat sangat nian segera sungguh . (kalau cikgu BM baca ni kompom kene sekeh kepala . melanggar peraturan tatabahasa sungguh) hukhuk , sedihnyaa ~ streamyx rumah princess teddy down lha . tak taw lha apa masalah wiring ke ape . tapi yang penting telefon rumah and internet dua-dua senyap nda ada khabar . sobbsobb . mau online pun tak boleh . da lha princess teddy susah nak dapat keluar bandar . kalau tak boleh online kat cc . 


so , result exam hampir semua sudah dapat . alhamdulillah . addmath saya still lulus . ekeke ~ tapi bila dah tau markah masih terasa tak bersyukur . 67 je . dalam hati ada dua perasaaan . syukur lulus . mati-mati ingat dapat c . satu lagi perasaan , cis , kenapa 67 je ? alang-alang , nape tak A terus . ntah pape . see , sengat tak bersyukur . insaf lha anda wahai husna . yang lain-lain , alhamdulillah semua A- , A , and A+ . just fizik je tak taw result lagi . hope A juga lha kan . doakan princess teddy ye semua . 


hmm , tinggal seminggu je lagi sebelum habis sekolah . eh , seminggu ? bukan ke baru je semalam start form 4 . *okay fine , drama lebih !* huehuehue ~ B-) so , princess teddy dah jadi kanak-kanak form 5 lah yek ? form 5 , SPM , then dah habis sekolah . wahh , terharunya . dah besar aku rupenya . hak hak hak . eh eh , tersyok sendiri pulakk . maaf lha yek . mesti korang dah berbulu anak tekak baca kan . ke ada yang dah nak termuntah . princess teddy boleh sponser sinki ni . eh tak jadi la . sinki mahal . baldi je cukup . murah sikit..


okay stop ! tadi cakap entry segera lebih segera dari mee segera . ni dah macam karangan stok SPM je panjangnya . so , cau dulu . nanti internet dah okay balik baru boleh update . sobsobb ;'(
Photobucket

TUTORIAL : Post Divider


\one/
Dashboard ---> Design ---> Edit HTML

\two/
cari code bawah ni #sila guna ctrl F untuk mengelakkan mata juling
.post {
margin:.5em 0 1.5em;
border-bottom:1px dotted $bordercolor;
}

\three/
jumpa code kat atas tadi ? kalau tak jumpa mesti akan jumpa yang lebih kurang lebih kurang dengan code kat atas tadi . okay , sekarang gantikan code tadi dengan code di bawah ni .
.post {
background: url(URL DIVIDER);
background-repeat: no-repeat;
background-position: bottom center;
margin:.5em 0 1.5em;
padding-bottom:5.5em;
}

URL DIVIDER tu gantikan dengan url divider korang . divider choomel boleh cari di SINI
siap ! boleh preview and save kalau tak ada apa apa masalah :)
Photobucket

TUTORIAL : Big snow



\one/
Dashboard ---> Design ---> Add a gadget ---> HTML/JavaScript

\two/
just copy and paste kan code ni

<script>//Here you can add your own picture for snow. Just change the urlvar snowsrc="http://i13.servimg.com/u/f13/11/52/70/02/snowba10.png"//how many snowflakes there will be (currently 12)var no =40;//How fast will the snow disappear (0 is never)var hidesnowtime = 0;//The height the snow will reach before it disappears ("windowheight" or "pageheight")var snowdistance = "pageheight";///////////////////////////////End of Settings///////////////////////////////////var ie4up = (document.all) ? 1 : 0;var ns6up = (document.getElementById&&!document.all) ? 1 : 0;function iecompattest(){return (document.compatMode && document.compatMode!="BackCompat")? document.documentElement : document.body}var dx, xp, yp;var am, stx, sty;var i, doc_width = 800, doc_height = 600;if (ns6up){doc_width = self.innerWidth;doc_height = self.innerHeight;}elseif (ie4up){doc_width = document.body.clientWidth;doc_height = document.body.clientHeight;}dx = new Array();xp = new Array();yp = new Array();am = new Array();stx = new Array();sty = new Array();for (i = 0; i < no; ++ i){dx[i] = 0;xp[i] = Math.random()*(doc_width-50);yp[i] = Math.random()*doc_height;am[i] = Math.random()*20;stx[i] = 0.02 + Math.random()/10;sty[i] = 0.7 + Math.random();if (ie4up||ns6up){if (i == 0){document.write("<div id=\"dot"+ i +"\" style=\"POSITION: absolute; Z-INDEX: "+ i +"; VISIBILITY: visible; TOP: 15px; LEFT: 15px;\"><a href=\"http://rftactical.darkbb.com/index.htm\"><img src='"+snowsrc+"' border=\"0\"><\/a><\/div>");}else{document.write("<div id=\"dot"+ i +"\" style=\"POSITION: absolute; Z-INDEX: "+ i +"; VISIBILITY: visible; TOP: 15px; LEFT: 15px;\"><img src='"+snowsrc+"' border=\"0\"><\/div>");}}}function snowIE_NS6(){doc_width = ns6up?window.innerWidth-10 : iecompattest().clientWidth-10;doc_height=(window.innerHeight && snowdistance=="windowheight")? window.innerHeight : (ie4up && snowdistance=="windowheight")? iecompattest().clientHeight : (ie4up && !window.opera && snowdistance=="pageheight")? iecompattest().scrollHeight : iecompattest().offsetHeight;for (i = 0; i < no; ++ i){yp[i] += sty[i];if (yp[i] > doc_height-50){xp[i] = Math.random()*(doc_width-am[i]-30);yp[i] = 0;stx[i] = 0.02 + Math.random()/10;sty[i] = 0.7 + Math.random();}dx[i] += stx[i];document.getElementById("dot"+i).style.top=yp[i]+"px";document.getElementById("dot"+i).style.left=xp[i] + am[i]*Math.sin(dx[i])+"px";}snowtimer=setTimeout("snowIE_NS6()", 10);}function hidesnow(){if (window.snowtimer) clearTimeout(snowtimer)for (i=0; i<no; i++) document.getElementById("dot"+i).style.visibility="hidden"}if (ie4up||ns6up){snowIE_NS6();if (hidesnowtime>0)setTimeout("hidesnow()", hidesnowtime*1000)}</script>


boleh save then preview :)
Photobucket

Hari ni raya ke ?



Selamat pukul lima petang semua ^^
eh eh eh , hari ni raya haji kan ? So selamat hari raya aidil adha la yek . princess teddy tak rasa pun kemeriahan sambut raya haji ni . pasal just lepak kat rumah je . pagi tadi bangun lambat macam biasa . then tak de pun pakai baju raya bagai . princess teddy blog walking semua orang sibuk cerita pasal baju raya . ada yang sampai tiga empat pasang . tapi princess teddy tak pernah pun buat baju raya time raya haji . just time raya puasa je . dah nak pukul 2 petang baru la reti-reti nak mandi . hehe . ni la ciri-ciri puteri raja yang sejati .


bila ayah balik dari merewang baru la tersedar , aah ek . hari ni raya . haha . sadiss . kat sini tak terasa sangat pun kemeriahan raya haji . yeke ? atau princess teddy sorang je tak rasa ? entah . tapi memang tak rasa lah pokok pangkalnya ! bukan ke sepatutnya raja haji lebih meriah dari raya puasa ? pasal raja haji orang takbir lagi lama . raya puasa dua hari je . raya haji orang sembelih berjuta lemon lembu kambing unta rusa kuda blablabla . raya puasa ada ? raya haji orang sambut para jemaah haji . tapi raya puasa jadi lagi meriah pasal kita meraikan kejayaan puasa sebulan . walaupun ramai yang puasa tak penuh , curi-curi minum air kolah , makan senyap-senyap dekat belakang sekolah , merokok dalam ladang , tapi mereka mereka yang belot ni pun sebok nak raya jugak . jadi lagi meriah bila ada duit raya . baju raya . raja haji ? hambar .


tapi apa apa pun , SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA :)

Photobucket

Pabila perut melancarkan mogok...


Pabila perut mula melancarkan serangan mogok , pabila usus usus bergaduh dan tergeliat , ahh memang naya jadinya ! orang yang tak bersalah menjadi mangsa . beban teralih pada orang yang tak sepatutnya . 


Hari ni seharian princess teddy bertapa kat rumah nenek . kononnya ibu nak tolong nenek masak rendang . maklumlah , esok kan raya haji . jadi semua anak-anak , cucu-cucu (cicit-cicit coming soon) semua balik hari ni . tapi tiba-tiba satu kejadian aneh yang tak disangka-sangka menyerang . perut choomel ibu dan huda tiba-tiba mengganas . lebih kejam dari zionis . diorang sampai terlepek tak berdaya . kesian . sikit-sikit masuk toilet . sikit-sikit muntah . entah la kenapa . mungkin diorang ada curi-curi makan something berdua tapi tak bagi princess teddy kot . mungkin ? haha .


tapi malangnya , diorang dua yang sakit , effectnya jatuh pada orang lain . siapa yangnak tolong nenek masak rendang bila ibu dah sakit ? nenek mana larat masak sorang-sorang . maklumlah , baru je operate hari tu kan .  so sebagai cucu yang baik hati , terpaksalah princess teddy dengan hati yang berbelah bahagi serta di square root kan mencemar duli di dapur . cakap macam tolong sampai siap je kan? padahal tolong sediakan bahan-bahan rempah je . haha . kupas bawang , hiris bawang, hiris serai , dan halia . tu je . kekeke ~ puteri raja mana boleh tolong lebih-lebih . makruh !


so , siapa yang tolong nenek masak rendang sampai siap? atok ? tak mungkin . adalah salah satu tanda kiamat kalau atok join nenek masak kat dapur . jadi memandangkan tak ada sesiapa lagi yang dah balik rumah nenek time tu , so orang yang paling berhak memegang status sebagai kuli batak pada hari ni tak lain tak bukan menantu harapan nenek la . siapa lagi kalau bukan ayah . hahaha . bila tengok ayah gali tanah cari halia , ketuk kelapa , mesin kelapa , angkat tungku , okay tu masih berada di tahap normal .tapi bila tengok ayah mula rebus ketupat segera , masukkan rencah randang , gaul rendang bersama nenek ... saat tu terasa nak tergelak sambil berguling-guling pusing keliling rumah tujuh kali . makin lawak bila takde sape pun sedar api yang sepatutnya rebus ketupat tu menyala , tapi dah terpadam . bila tiba-tiba santan rendang dalam kuali tu mula panas dan melimpah keluar , bila tengok ayah dah makin kalut . hahaha . nenek pun cuma mampu bagi arahan memandangkan keadaan kesihatan tak mengizinkan . nasib-nasib . princess teddy pun tak dapat nak tolong pasal kena jaga adik lagi . lagipun mana la i tau bab-bab merendang ni . merendang pandai la . (rendang~pendek)


bila rendang dah siap baru la mak cik-makcik semua nak sampai . ntah pape . jadik hari ni first time muka ayah suspens je time dinner ramai-ramai . risau rendang dia rasa pelik kot . ke risau rombongan keluarga haji arsad serbu hospital pasal keracunan makanan? antara dua . haha . tapi bila semua orang makan macam sodap je , maknanya ayah dah lepas ujian kelayakan jadi mr mama lah kan ? ekeke ~

Photobucket

Tag ~



Selamat pukul sepuluh readers ~
haduyai , kena tag lagi . semenjak dua menjak tiga menjak bermenjak-menjak ni gejala mengetag semakin menular di kalangan bloggers . mula-mula princess teddy rajin nak balas . lama-lama makin malas . heheh . pasal kena tag balik kat 11 orang . jenuh =,=''

so hari ni , princess teddy just jawab soalan je lah . sorry 4 breaking the rules . ekeke ~


question from dieba 

pink or green ?
---> err , agak-agak kalau tengok blog ni , dapat agak tak jawapannya apa ? hee

favourite subjek ?
--->chemistry kot . kot la .

fav actor ?
---> aaron aziz . huahuahua :3

do you like kpop and why
---> minat sikit-sikit je . sbb lagu diorang best

who your idol
---> rasulullah

your hobby ?
---> makan and tidur

facebook or blog ?
--->err , susahnya ! both !

fav song?
---> tepuk amai-amai :P

hobby
---> lagi ? makan dan tidur . tambah sikit la , cari gaduh dengan adik . hehe

are you in relationship?
---> not sure . haha

what is your bf name ?
---> oppss , soalan maut . err , no comment ! (bajet artis) yang penting ada bin di tengah :P


questions from sya

nama siapa ?
--->Nur Jannatul Husna bt Zazali (wahh , terasa macam tulis nama dalam borang :P)

dah ada teman istimewa atau belum ? kalau ada siapa ?
---> rasanya macam dah . lupa lah . haha . siapa ? seorang makhluk allah yang ada dua lubang hidung yang kembang .

binatang yang paling tak suka/geli ?
---> lipas !

sifat korang yang paling buruk ?
--->setakat ni pemalas . haha

masih belajar or dah kerja ?
---> still a student . tapi jugak buat part time . kerja goyang kaki . ekeke ~

apakah ciri2 lelaki yang korang nak jadikan suami ?
---> semestinya yang boleh mendidik saya ke jalan Allah . ecewah .

fav makanan korang apa ?
---> chiken chop , apple pie , kue tiau goreng , mee goreng basah , ishh , semua makanan lah senang !

movie yang paling best korang penah tengok ?
---> titanic and a crazy little thing called love (pasal hero dia hensem)

first love korang sape ?
---> uhuk uhuk ! (tersedak baca soalan) yang pasti seorang lelaki :P

kalau sedih nak buat apa untuk hilangkan rasa sedih tu ?
--->mula-mula nangis dengan penuh emosi depan cermin . agak-agak dah penat tu , tidur . then bangun tidur buat-buat macam biasa . tak pun dengar lagu happy sambil terlompat-lompat atau ajak kawan gelak-gelak . hehe .

tempat paling best korang pernah pergi ?
--->sekolah ! huahuahua XD


fuhh , habis pun . kalau nak penuhkan semua rules tu , lagi panjang la entry ni gamaknya .cukup lha tu . hehe . and thanks to diba nad sya for tagging me :)

Photobucket

Jar Of Hearts


I know I can't take one more step towards youCause all that's waiting is regretAnd don't you know I'm not your ghost anymore?You lost the love I loved the most

I learned to live, half-aliveAnd now you want me one more time

And who do you think you are?Runnin' 'round leaving scarsCollecting your jar of heartsAnd tearing love apart

You're gonna catch a coldFrom the ice inside your soulSo don't come back for meWho do you think you are?

I hear you're asking all aroundIf I am anywhere to be foundI have grown too strongTo ever fall back in your arms

I've learned to live, half-aliveNow you want me one more time

Who do you think you are?Runnin' 'round leaving scarsCollecting your jar of heartsAnd tearing love apart

You're gonna catch a coldFrom the ice inside your soulSo don't come back for meWho do you think you are?

Dear, it took so longJust to feel alrightRemember how to put backThe light in my eyes

I wish I had missedThe first time that we kissed'Cause you broke all your promisesAnd now you're back you don't get to get me back

Who do you think you are?Runnin' 'round leaving scarsCollecting your jar of heartsAnd tearing love apart

You're gonna catch a coldFrom the ice inside your soulSo don't come back for meDon't come back at all

And who do you think you are?Runnin' 'round leaving scarsCollecting your jar of heartsAnd tearing love apart

You're gonna catch a coldFrom the ice inside your soulDon't come back for meDon't come back at all

Who do you think you are?Who do you think you are?Who do you think you are?


Lyrics of the day ~ jar of hearts . specially to those girls out there . be strong yah ? haha . tetibe je :P

Photobucket

Hoping for the best ~



Selamat hari Jumaat si cantik dan si handsome semua !
hari ni tamatlah penderitaan kami pelajar dari kelas 4 Beta sekalian alam . *ayat aku dah macam dalam prosa tradisional* Semalam and hari ni princess teddy just datang sekolah untuk menyumbang duit di koop . dan juga untuk tengok abang Po :P sepanjang hari berkeliaran kat sekitar kawasan sekolah , kacau orang , makan , gossip , kacau orang lagi , pergi tandas , dan kacau orang balik . sesiapa yang terpandang princess teddy , sekilas memerang buat kuak kupu-kupu dalam air dah boleh tau yang pemilik muka toya ni sedang mengalami sindrom kebosanan tahap cipan nak iyak . sangat kritikal . mengerikan... sobbsobb :'(


Hari ni sepanjang hari princess teddy tengok orang sebelah jawab exam . since dia ambik subjek prinsip account . princess teddy tak ambil account , tapi biology . so dah lama merdeka . jadik tadi di saat orang sebelah pasang muka macam tengah nazak menjawab exam , princess teddy dengan senang hati menyanyi girang , makan-makan , bergossip dengan cik naga dan tersengeh sorang-sorang baca novel . muahaha . memang semua budak account pasang muka ketat lah . susah sangat gaye soalannya kot . saat terpandang muka nazak diorang tu terdetik rasa bersyukur lima saat sebab princess teddy tak pilih subjek account dulu . bio lebih senang kot . diulang sekali lagi , KOT . *tak nak cakap dengan confident sebab markah bio selalu cukup makan je*


Since semua pun dah habis exam , saya harap semua dapat result baik punyer ~ terutama math moden . diulang sekali lagi , math moden . pasal kalau markah teruk nanti tak pasal-pasal naik cuti nanti balik je dari sekolah satu kelas buat rombongan cik kiah pergi klinik . sebab musabab gegendang telinga pecah dek mendengar Red Warrior menengking sambil menyumpah seranah . Wuuu , seram makk . ingat , siapa markah rendah dialah root segala masalah pendengaran yang akan dialami seluruh kelas sejagat . dialah root verb , sum of root serta product of root .


so , good luck semua ! siapa dapat 9A+ aku belanja magnum . jangan main-main , magnum tu . ni bukan sekadar menabur gula pasir di tepi bibir ya . zaman sekarang tak main tanam tebu dah , menyusahkan . beli je gula kampit kat kedai . *berani janji sebab memang konfiden 201 % tak de sape yang akan dapat 9A+ . huahuahua*
Photobucket