Bored Sunday


Cuti = Hujan
Hujan = Cuti
Cuti + Hujan = BOSAN !


saat ini dahku terasa nak buat gulingan enampuluhempat kali tanpa henti . memang meter bosan dah cecah takat paling dahsyat . blog pun dah mula ada tanda tanda nak merajuk tujuh hari tujuh malam gara-gara tak dihiraukan . memang totally tak ada idea mau update apa . actually tiap-tiap hari taip entry baru . tapi bila dah separuh jalan , terasa macam merepek je entry tu . last last tak jadi publish . memang belambak ah draft . heheh .


bila cakap pasal cuti akhir tahun je , automatik kepala hotak terbayang satu perkataan . VACATION . sekejap terbayang-bayang imej pasir pantai yang putih . ombak yang sepoi sepoi bahasa (ombak ke angin ?) . awek awek cun pakai bikini berlari lari manja . dan ketam yang tak lepas ambik lesen berjalan terkedek-kedek masuk lubang . orang jalan ke depan , dia ke tepi . tiga saat lepas terbayang pantai , terbayang pulak genting . yeah , bestnye ! apa yang pasti kalau princess teddy jejak kaki lagi kat genting princess teddy nak cuba main roler coaster . pasal hari tu kempunan nak naik . tak sempat . then nak main yang menara tinggi tinggi tu . dah lupa pulak ape name dia . sebab dulu tak dapat main pasal tak cukup tinggi . kejamm :'(

lima saat lepas terbayang genting , keluar pulak bukit gambang resort . dah lama tak main air . bestnye bestnye bestnye !! then terbayang pulak i-city . boleh la pozing membajet kiut kat situ kan . dengan cahaya lampu yang bling-bling tu , mesti aura membajet kiut tu makin bertambah . lepas pozing sakan boleh feeling oversea kejap main guling guling atas salji . ohoho ~ last sekali terbayang tengah main ice skate . weee , bestnye .

tapi setelah sembilan hari sebelas jam dan empat puluh satu minit cuti bermula , princess teddy masih tercongok kat rumah melangut kat tepi tingkap menonton hujan yang tak faham bahasa apa itu maksuh 'tolong lah berhenti' . and ayah pun masih tak menunjukkan sebarang tanda-tanda 'jom kita pergi holiday' . tapi malangnya ibu awal-awal lagi pasang muka 'mari kita mengemas rumah sepanjang cuti' .

and yang paling best sekali , semarak jaya yang masih elok landing atas meja and belum berusik tu seakan-akan tengah tersenyum sinis kat princess teddy and cakap 'marilah jawab semua soalan ni . best ~'
and princess teddy pulak terasa nak jadikan slogan 'ayuh kita bakar segala kertas dan buku yang menyemak (termasuk semarak jaya)' sebagai slogan pada minggu ni . tapi malangnya asyik hujan je . huh , ntah pape . kalau tak dah selamat dah abu semarak jaya dikebumikan sekarang . nasib nasib..


Photobucket

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)