Hari ni raya ke ?



Selamat pukul lima petang semua ^^
eh eh eh , hari ni raya haji kan ? So selamat hari raya aidil adha la yek . princess teddy tak rasa pun kemeriahan sambut raya haji ni . pasal just lepak kat rumah je . pagi tadi bangun lambat macam biasa . then tak de pun pakai baju raya bagai . princess teddy blog walking semua orang sibuk cerita pasal baju raya . ada yang sampai tiga empat pasang . tapi princess teddy tak pernah pun buat baju raya time raya haji . just time raya puasa je . dah nak pukul 2 petang baru la reti-reti nak mandi . hehe . ni la ciri-ciri puteri raja yang sejati .


bila ayah balik dari merewang baru la tersedar , aah ek . hari ni raya . haha . sadiss . kat sini tak terasa sangat pun kemeriahan raya haji . yeke ? atau princess teddy sorang je tak rasa ? entah . tapi memang tak rasa lah pokok pangkalnya ! bukan ke sepatutnya raja haji lebih meriah dari raya puasa ? pasal raja haji orang takbir lagi lama . raya puasa dua hari je . raya haji orang sembelih berjuta lemon lembu kambing unta rusa kuda blablabla . raya puasa ada ? raya haji orang sambut para jemaah haji . tapi raya puasa jadi lagi meriah pasal kita meraikan kejayaan puasa sebulan . walaupun ramai yang puasa tak penuh , curi-curi minum air kolah , makan senyap-senyap dekat belakang sekolah , merokok dalam ladang , tapi mereka mereka yang belot ni pun sebok nak raya jugak . jadi lagi meriah bila ada duit raya . baju raya . raja haji ? hambar .


tapi apa apa pun , SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA :)

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)