Ayat Lazim Ibu Bapa




"Semua benda nak kena suruh . Kalau tak suruh tak jalan la kerja . Tengok anak orang lain tu , tak payah pun kena suruh-suruh . Orang sebelah tu tak de pun bising-bising suruh anak dia tolong buat kerja rumah"


"Kalau makan pandai pulak buat sendiri . Tak suruh pun pandai pulak nak makan "


tu lah antara ayat yang ibu asyik ulang-ulang bebel . dulu-dulu zaman pramatured princess teddy ingat princess teddy sorang je macam ni . tapi baru-baru ni...

lepas ibu membebel princess teddy pun keluar la pergi sidai kain... tiba-tiba dengar jiran sebelah membebel kat anak dia..

" Hishh... Semua nak kena suruh . Abah tak pernah pun suruh kau makan . Tapi pandai pulak kau makan sampai badan jadi macam tu . Orang lain tu anak dia pandai je tolong-tolong sendiri . Tak payah bersuruh pun"


errr , memang mak bapak akan guna ayat yang sama ek untuk bebel kat anak dia ? agak-agak nanti bila princess teddy dah ada anak princess teddy akan guna ayat ni jugak ke ? ekekeke ~ korang pernah dengar tak ayat-ayat macam kat atas tuh ?
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)