Setiap manusia wajib ada cita-cita...yeke???


perkara yang menjadi pegangan dan matlamat setiap manusia , cita-cita . benda yang cikgu-cikgu tanya masa first day masuk darjah satu , nama kamu apa ? cita-cita ? masa tu dengan penuh yakin lagi bersemangat majoriti perempuan akan jawab guru atau doktor . kalau laki pulak polis , askar . tu je la skema jawapannya . haha .

tapi bila masuk sekolah menengah , time form one cikgu tanya apa cita-cita , dah up sikit . apa barang guru wey . saya nak jadi pensyarah . tinggi sikit dari guru . huhuw . tapi.... bila dah masuk tingkatan empat , princess teddy mula keliru nak jadi apa . masa nak pilih aliran tu , terfikir , nak ambil biology ke prinsip akaun . aku tak nak jadi doktor , juga tak nak  jadi akauntan . start dari situ , krisis identiti dah start . eh bukan krisis identiti , i'm pretty sure i'm a girl . tapi krisis cita-cita . 


sekarang ni bila cakap cita-cita jadi blur . cita-cita ? makhluk apa tu ? tak pernah dengar pun . and bila tulis biodata je cita-cita tak ada dalam senarai . padahal tahun depan nak SPM . lepas tu dah nak kena sambung study . naya wey kalau salah pilih bidang . aiyoo ~

buat masa sekarang , cita-cita tak dak . angan angan ada . saya nak jadi novelis ! muahahaha . tapi nak jadi novelis part time je . nak ada kerja tetap yang lain . lepas tu berangan nak buka kedai . kedai apa jangan tanya . malu lha i nanti . hak hak hak . yang penting bukan kedai jual pakaian dalam ya . and bila fikir fikir balik , nak jadi suri rumah sepanjang masa je . jaga kebajikan suami . masak bekfes untuk anak anak . HAHA . 

orang cakap angan angan tu pun penting . sebab kita akan cuba untuk penuhi angan angan kita . then angan angan tu secara automatik bertukar jadi cita cita . cita cita jadi matlamat . akhirnya kita akan berusaha ke arah matlamat tu la kan ? tapi... kalau SPM dapat straight A tapi last last jadi suri rumah and novelis part time... macam tak payah ambik SPM pun tak pe kan ? argh.... PENING !!

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)