Satu lagi...

haruslah kalian semua tahu yang princess teddy cuma tinggal satu hari je lagi . bukan satu hari lagi nak kahwin . juga bukan satu hari lagi nak dapat anak , bukan satu hari lagi nak jadi nenek , dan semestinya bukan satu hari lagi nak mati . eh , tapi who knows kan ? ajal maut tu kan di tangan tuhan . kalau esok princess teddy mati , princess teddy bagitaw korang semua . rajin-rajin lah semak status facebook . ekekeke ~ dah mati pun fikir facebook lagi . badi sungguh .


eh ape lepas ke badi facebook ni ? sebenarnya nak bagitaw yang cuma tinggal satu hari je lagi sebelum boleh meloncat gumbira . esok hari last princess teddy terpaksa dating ngan kertas soalan . fuhh ~ tiga minggu . dok mengadap kertas putih yang ada dakwat hitam . dah naik biol kepala otak tengok pilihan A B C D and garis panjang yang asyik taw nak mintak jawapan . kalau garisan panjang tu ada muka , dah la kena sepak .

jangan sepak muka saya plisss :'( *tiba-tiba je . haha*

tapi mulai lusa princess teddy tak kan jumpa dah garisan panjang tu untuk beberapa bulan . yeaahhuu ~ tadi balik dari sekolah pun da meloncat-loncat . bibir tak dapat nak tahan dari tersengeh dalam kadar paling lebar . bila fikir esok last exam , rasa nak menjerit keriangan . belum lagi betul-betul habis exam . baru esok nak habis . dah macam ni . agak-agak korang boleh bayang tak macam mana keadaannya esok ? senyum sampai terkoyak mulut mungkin ? atau melompat tinggi-tinggi sampai terhantuk siling ? nak lebih ekstream , kepala melekat kat siling . tak boleh nak turun . parahh . hahaha XD



P/S : masih berdoa agar addmath dapat A . tapi soalan tinggal banyak gila . ada hati . haha
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)