Pabila perut melancarkan mogok...


Pabila perut mula melancarkan serangan mogok , pabila usus usus bergaduh dan tergeliat , ahh memang naya jadinya ! orang yang tak bersalah menjadi mangsa . beban teralih pada orang yang tak sepatutnya . 


Hari ni seharian princess teddy bertapa kat rumah nenek . kononnya ibu nak tolong nenek masak rendang . maklumlah , esok kan raya haji . jadi semua anak-anak , cucu-cucu (cicit-cicit coming soon) semua balik hari ni . tapi tiba-tiba satu kejadian aneh yang tak disangka-sangka menyerang . perut choomel ibu dan huda tiba-tiba mengganas . lebih kejam dari zionis . diorang sampai terlepek tak berdaya . kesian . sikit-sikit masuk toilet . sikit-sikit muntah . entah la kenapa . mungkin diorang ada curi-curi makan something berdua tapi tak bagi princess teddy kot . mungkin ? haha .


tapi malangnya , diorang dua yang sakit , effectnya jatuh pada orang lain . siapa yangnak tolong nenek masak rendang bila ibu dah sakit ? nenek mana larat masak sorang-sorang . maklumlah , baru je operate hari tu kan .  so sebagai cucu yang baik hati , terpaksalah princess teddy dengan hati yang berbelah bahagi serta di square root kan mencemar duli di dapur . cakap macam tolong sampai siap je kan? padahal tolong sediakan bahan-bahan rempah je . haha . kupas bawang , hiris bawang, hiris serai , dan halia . tu je . kekeke ~ puteri raja mana boleh tolong lebih-lebih . makruh !


so , siapa yang tolong nenek masak rendang sampai siap? atok ? tak mungkin . adalah salah satu tanda kiamat kalau atok join nenek masak kat dapur . jadi memandangkan tak ada sesiapa lagi yang dah balik rumah nenek time tu , so orang yang paling berhak memegang status sebagai kuli batak pada hari ni tak lain tak bukan menantu harapan nenek la . siapa lagi kalau bukan ayah . hahaha . bila tengok ayah gali tanah cari halia , ketuk kelapa , mesin kelapa , angkat tungku , okay tu masih berada di tahap normal .tapi bila tengok ayah mula rebus ketupat segera , masukkan rencah randang , gaul rendang bersama nenek ... saat tu terasa nak tergelak sambil berguling-guling pusing keliling rumah tujuh kali . makin lawak bila takde sape pun sedar api yang sepatutnya rebus ketupat tu menyala , tapi dah terpadam . bila tiba-tiba santan rendang dalam kuali tu mula panas dan melimpah keluar , bila tengok ayah dah makin kalut . hahaha . nenek pun cuma mampu bagi arahan memandangkan keadaan kesihatan tak mengizinkan . nasib-nasib . princess teddy pun tak dapat nak tolong pasal kena jaga adik lagi . lagipun mana la i tau bab-bab merendang ni . merendang pandai la . (rendang~pendek)


bila rendang dah siap baru la mak cik-makcik semua nak sampai . ntah pape . jadik hari ni first time muka ayah suspens je time dinner ramai-ramai . risau rendang dia rasa pelik kot . ke risau rombongan keluarga haji arsad serbu hospital pasal keracunan makanan? antara dua . haha . tapi bila semua orang makan macam sodap je , maknanya ayah dah lepas ujian kelayakan jadi mr mama lah kan ? ekeke ~

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)