wuuu , sekarang princess teddy sedang dilanda perasaan seram sejuk . terasa tak sanggup nak hadapi hari hari mendatang . kalau boleh tak nak teruskan hidup lagi . terasa macam masyarakat takkan terima diri ni lagi . hinanya dahku . tak sangka hari ini dalam sejarah , princess teddy telah ternoda . astaga . ni semua salah dia . demi ALLAH saya tak bersalah . semua salah cekodok tu !!!
pagi tadi princess teddy dah siap lawa lawa nak pergi kelas . walaupun sebenarnya tak lawa langsung pun (sebab dah bertambah satu kesan calar di muka akibat dicakar haziq malam tadi) , tapi tu masih boleh diiktiraf lawa sikit dari hari hari biasa . bila tengok jam masih ada baki lagi lima belas minit , dengan senang hati princess teddy pun pergi dapur dulu sarapan . ingat nak las perut je makan cekodok . tengah syok syok makan tiba tiba terasa macam ada batu dalam mulut . batu ? takkan ibu tambah ramuan dalam cekodok dia kot ? bila keluarkan tengok macam batu . aik ? ahh , abaikan , buang je lah batu tu . memandangkan nak cepat terus habiskan kunyahan cekodor dengan kadar segera and terus ambil beg nak siap siap pergi kelas . tiba-tiba terasa macam ada something wrong some where jaa . ape yek ? then barulah tersedar yang gigi princess teddy rasa lain macam...
rasa-rasa guna lidah rupanya tampalan gigi tu tercabut . means batu dalam cekodok tadi tu...yucks ! mujur tak sedar time tu . kalau tak selamat cekodok tu keluar balik . yucks... sekarang hati tengah rasa gelisah tak menentu bila mengenangkan esok lusa terpaksa jugak pergi klinik tampal semula gigi geraham ni . tak sanggup tunggu lama lama . takut nanti bakteria serang . tak pasal pasal dok pakai setem kat pipi hari hari . setakat ni princess teddy tak pernah lagi menderita sakit gigi berlubang . and of coz , memang tak nak rasa ! tapi takut jugak nak pergi jumpa dentist merangkap musuh tujuh belas keturunan princess teddy . macam mana ni :'(
P/S : kalau nak tampal gigi dentist tu ada tak bagi ubat pengsan ? senang tak sedar bila dia tengah tonyoh tonyoh gigi ni nanti .
ingat kan batu sesat, ropenya tampal gigi..cepat2 g kinik ye =)
ReplyDeletetakut jumpa dentist ! >,<
ReplyDelete