Super Eksaited !


menjelang hari hari terakhir cuti sekolah ni princess teddy jadi terlebih eksaited pulak . eksaited ape ? eksaited menunggu start sekolah . pelik bukan ? -,- mana ada kanak kanak dalam dunia ni yang ternanti nanti sekolah start . lagi seronok berjimba menghabiskan masa cuti pusing satu kampung setiap petang . ataupun balik kampung . ataupun pergi holiday . 

tapi bagi kanak kanak istimewa macam princess teddy ni , terasa cuti sekolah sangaaaaat membosankan . nak pusing kampung ? saya duduk taman perumahan . nak tengok apa ? mana ada bukit bukau , sungai , parit , sawah padi , mahupun belukar yang boleh diteroka . lagipun princess teddy cuma pandai bawa basikal . tapi malangnya basikal aku dah lama tersadai kat belakang rumah . siap dah berkarat lagi . hebakk -..-''

balik kampung ? kampung princess teddy cuma sepuluh minit perjalanan naik kereta dari rumah . menarik bukan . hari hari pun boleh balik . so , balik kampung bukanlah something yang menyeronokkan . 

holiday ? dah puas princess teddy merengek meraung dekat ibu nak pergi bercuti . tapi jangankan pergi bercuti , ajak pergi tampal gigi berlubang pun ibu tak bawak bawak lagi . huk hu huk . terasa dahku lah kanak kanak paling kesian abad ini . 

so setiap hari bangun pagi (atau lebih tepat tengah hari) dah sibuk fikir pasal buka sekolah . ohoho . tiap tiap hari belek beg sekolah baru . tiap tiap hari try test kasut sekolah baru . tiap tiap hari menconteng guna pen baru . bila bosan bosan pulak pergi tangkap gamba beg , kasut bla bla bla . kronik !

tapi setiap kali princess teddy berangan eksaited kemain menunggu detik bukak sekolah , teringat semarak jaya aka homework paling dibenci abad ini yang masih suci murni . demm... kenapalah aku tak buat awal awal ! dah tinggal seminggu cuti , baru terbuka hati nak selak . memang rasa nak menangis tengok pilihan jawapan A B C D yang masih belum bertanda . rasa nak meraung bila tengok garisan panjang panjang yang masih kosong . 

kawan kawan . di sini saya ingin meminta simpati . sesiapa yang dah siap semarak jaya , sila pinjamkan kepada Nur  Jannatul Husna untuk ditiru . kerjasama anda amat dihargai . sekian , tenkiu . 

Photobucket

1 comment:

  1. dngan banggenye nur hanani mohd basir juga still x siap lagi..hoho

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)