Calon suami idaman : PENGUIN



saya kesejukan , kelaparan dan ke'comel'an...
fuh , princess teddy baru balik dari kelas tusyen . baik sungguh hati cikgu buat kelas free . double meaning puji nih . haha . dah la sepanjang kelas kesejukan . pulak tu awal pagi hujan renyai renyai . duduk pulak bawah kipas . budak budak ni pun sengaja dengki dengan sekolah nak suruh bayar bil elektrik mahal . pasang pada kadar paling kuat . haih.. memang menggigil ah .

balik dari kelas tusyen pulak terpaksa meredah hutan . haha . terasa macam dalam indiana jones pulak . merentas ladang yang penuh dengan cabaran . mula mula kena turun melalui bukit dan sangat curam . penuh dengan batu batu dan sangat licin . salah step anda akan gol . memang confirm jatuh golek golek . lepas dah berjaya turun cerun curam terpaksa jalan atas selut pulak . bila korang pijak je tanak tu... bunyi dia.. squik squik . hahaha . lebih kurang macam tu lah . secara jujurnye senang cakap macam bunyi pijak taik lembik . yucks ! haha . dah la suasana ladang tu gelap dan lembap . last skali kene miniti pulak seberang longkang besar. baru la sampai rumah . fuhh ~ perjalanan yang penuh dengan pancaroba . tak kuat semangat memang tak lepas .

haha . betul ni . tak tipu . siyes . cuba ayat tu diolah sikit supaya dengar macam advantures sikit . padahal rilek je jalan dalam tu . hohoho~

ehh , melalut ! okay kalau diberi satu pilihan terpaksa pilih satu binatang untuk buat jadik husband kan , binatang apa yang korang akan pilih ?
gorila ? err , huduh sangat..
kanggaru ? nampak gayanya terpaksa ambik kelas tinju supaya tak kena terajang hari hari .
lembu ? silap hari bulan sembelih laki sendiri time raya korban .
kucing ? aww , so cute :3
tapi princess teddy nak pilih penguin ! secara fizikalnya takdelah comel mana . dah la gemok , jalan pulak kedek kedek . kiri kanan kiri kanan . hahaha . tapi penguin ni romantik tau . *terasa nak gi jumpa bomoh suruh sumpah Abang Po jadi penguin* penguin jantan ni SETIA . sekali dia jumpa pasangan hidup , sampai mati dia setia dengan pasangan dia . tak pandang awek lain dah . then , dia akan teman pasangan dia sampai bertelur . lepas tu , penguin betina boleh dok rilek . telur tu penguin jantan yang kena jaga , kene mengeram sampai la menetas . penguin betina pulak dengan senang hati pergi laut cari makanan . and hubby dia pulak setia tunggu kat sarang . boleh diberi jaminan takkan curang sepanjang bini dia cari ikan . sooo sweet !

kan best ? dapat hubby setia macam tu . sanggup tolong jaga anak . huhuhuw ~
oklah , nak pergi tengok cerita pingu . daa~

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)