Left alone with a baby



okay sekarang princess teddy kesunyian dirumah . tu kira tak pe lagi . tapi yang sedihnya... i'm left home with baby montel ! arghhh , geram ! baru je nak start main game baby montel nak merengek dalam buaian . kalau henjut buai sekali terus tidur balik tak pe . ni tak . terkelip kelip dalam buai . bila orang buat tak tau mulalah . cebik . dah la kuat makan buah oren . (tetibe je kan ? haha)


hmm , sekarang dia dah pandai mengesot . sebijik macam biawak . wa tak tipu derr . dah la laju semacam . baru je letak atas lantai tengok tengok dah lepas jauh nun di sana . makin susah la nak jaga . kalau dulu letak atas tilam dia tak gerak gerak . just meniarap je . sekarang... haih . kalau masuk walker lagi lah . sedar sedar dah masuk dapur . tak pun masuk dalam bilik air . silap hari bulan kalau tak perasan ada harapan sedar-sedar baby montel da ada kat luar rumah . haru haru . 


and yang paling latest (apsal princess teddy tetibe buat buletin perkembangan baby montel nih ?) dia dah tumbuh gigi dua batang . tapi tumbuh gigi bawah dulu . and hobi terbaru dia , gigit bahu orang . pantang betul . asal dukung je , mula lah . dia mulakan adegan menggigit bahu sampai basah baju orang . grrr ~ adik sapalah ni . 

P/S : tak dapat bayangkan bila dia dah pandai berjalan nanti . terbalik lah rumah ni gamaknya T_T
Photobucket

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)