selamat malam readers (kalau ada reader la kan . perasan ! haha)
okay sebelum apa apa keradangan terjadi , princess teddy nak bagitau awal-awal ni entry syok sendiri je ye . sebarang gejala seperti loya tekak , muntah muntah atau tekanan perasaan adalah di luar tanggungjawab tuan blog . sekian terima kasih .
well , hari ni birthday princess teddy . ufufufu ~ *korang dah ada rasa mual mual tak ? kalau ada sila stop baca sekarang ya !* so then , secara rasmiya princess teddy dah 16 tahun . haihh , orang lain dah nak sambut birthday yang ke tujuh belas , aku baru nak merasa umur enam belas . ketinggalan betul . patut pun perangai tak mecett . sekarang dah tau apa puncanya -..-''
so , pagi tadi bila celik biji mata (secara teknikalnya tengah hari pasal bangun pukul 12) baru tersedar . ehh , aku dah tua ghrupenye.. jadik tetiba terasa nak tanam tekad dan azam baru . hahahak . tahun depan dah form 5 . so princess teddy nak siyes dalam pelajaran . selama ni main main je . esok nak exam malam ni baru terhegeh hegeh bukak buku . ish ish ish . *tetibe ada suara menyelit : kanak kanak semua jangan tiru tau ! tak baikkk* tahun depan duduk hostel , nak pasang tekad tak mau ponteng prep petang dah . tahun lepas tiap tiap hari orang pergi prep petang princess teddy bergolek manja atas katil dengan lenanya . sangat tak senonoh .
lepas tu lepas ni kalau boleh tak nak dah solat lompong lompong . then nak pakai tudung labuh . (okay yang ni tipu je) lepas tu tak nak melawan cakap ibu dah (yang ni pun tak janji) . lepas tu tak nak berangan sorang sorang dalam bilik main anak patung dah . lepas tu princess teddy nak bersara dari main gusti gusti dengan adik . okay itu sungguh tak mecett . lepas tu... banyak lagi la ! hahaha .
tapi....
tak janji la . hahaha . terasa macam princess teddy akan selamanya tak mecet . sadis ? memang pon ~
oklah , out dulu . nak pergi main pondok pondok :D
selamat hari lahir ,,, ^^
ReplyDelete