mesti dah bosan kan dengar ayat yang satu ni . "Malu bertanya sesat jalan" . jadi , jalanlah kita malu malu kambing nak bertanya . tapi macam mana pulak dengan spesis homo sapien yang tak boleh berhenti bertanya . penatkan nak jawab ? siyes hari ni princess teddy rasa nak pitam . letih ! bukan letih mencangkul buat batas untuk tanam anggur . bukan bukan . (ehh , anggur tanam atas batas ke ?) tapi letih menjawab soalan . huh... -,-
hari ni princess teddy bertapa di rumah mak ngah . and ditakdirkan mak ngah dikurniakan seorang anak yang sangaaat banyak soal . setiap benda yang dia tengok dia akan tanya .
contohnya.... tadi princess teddy main game...
~ kenapa orang tu pergi situ ?
> dia sakit...
~ dia sakit ape ?
> dia saket perut..
~ kenapa dia sakit perut ?
> sebab dia salah makan ubat
~dia makan ubat sape ?
> ubat doktor bagi la..
~ kenapa doktor bagi ubat salah ?
~ %#%^%$&$*(!!
letih ! sampai dia tengok ada pesakit masuk toilet pun dia boleh tanya , orang tu nak berak ke kencing ? ayoyo . pokoknya sepanjang hari ni kering lah air liur menjawab soalan dia je . tak jawab dia mengamuk . grrr ~ plisss , bagi princess teddy kebenaran untuk cubit dia senyap senyap time dia tengah tidur malam nanti . plisss plisss (pasang muka kucing sambil kelip kelip mata *wink2~*)
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)