P/S : Saja letak gamba cupcake pasal princess teddy tengah menaip sambil makan cupcake buatan sendiri . nyum nyum ~ boleh tahan :P
Anyeong guys ! (tetiba jadi minah saleh celup korea)
Sementara princess teddy tunggu game loading lambat sangat , apa kata kita share tips tips nak kurus . bagus ni tau . bukan setakat untuk diamalkan . tapi juga boleh masukkan sebagai isi karangan . wa siyes ni bhai . pasal princess teddy pernah kena buat karangan amalam pemakanan sihat lah , langkah mengatasi obesiti lah . so semalam princess teddy tengah baca novel , belambak tips dalam novel nih . mula lah terfikir kenapelah dahku tak terbaca sebelum jawab exam dulu . hampeh betul .
Pastikan kanak kanak semua ambik sarapan ya ! kajian membuktikan siapa yang tak ambil sarapan lebih cenderung gemuk . ni sebab sarapan membantu menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah . kadar metabolisme untuk bakar kalori pun meningkat . aiyooo . princess teddy sokmo bangun lambat , sarapan pun dah jadi breaklunch . macam mana ya ?
makan secara kerap , tapi dalam kuantiti yang sedikit . ni pun dapat bantu tingkatkan metabolisme badan . jangan pulak makan kerap dan sekali makan tu banyak . kalau macam tu eloklah sorang kerja sambilan jadi santa atau snowman sepanjang krismas nanti . badan pun dah ala ala kan ? huhu
ambil sesuatu yang pahit atau masam sebelum makan . contohnya korang minum la air lemon ke , kopi ke , kunyah buah peria mentah mentah ke . hehe . cara ni buatkan tekak kita rasa pahit then hantar isyarat melalui otak untun menggalakkan rembesan acid HCl dan acid . kalau kurang asid HCL dengan enzim ni , boleh menyebabkan ketidakcekapan pengahadaman ye anak anak .
Siapa suka buah epal ? berita baik sebab mengikut kajian buah epal dapat bantu kuruskan badan sebab cik epal sangatttt kaya raya dengan serat . so , apa yang kita perlu buat is makan tiga biji epal setiap hari .
sejam sebelum sarapan
sejam sebelum makan tengah hari
sejam sebelum makan malam
ambil makanan berempah atau yang pedas pedas . sebab makanan berempah macam cili dapat bakar kalori dan meningkatkan pembakaran lemak .
ucapkan bubbye kepada minuman berkarbonat . bukan setakat ucap tapi jangan minum jugak ! sebab minuman berkarbonat nih mengandungi tujuh hingga lapan sudu gula . ish , banyak tu . patut pun jadi hiper bila minum air gas . pasal gula dalam badan banyak sangat . hehek
v kurangkan kuantiti garam dalam makanan . kalau garam banyak sangat dalam badan , menggalakkan penakungan air . so , kalau kurang kan garam , takungan air pun kurang . means kurang la berat badan sebab air tu . ni la kot yang orang dok panggil gemuk air ?
guna piring rata , bukan piring cekung bila nak makan . dan semestinya bukan mangkuk ya ! makin cekung pinggan kita makin tinggi la nasi tu bertimbun . ambil sayur dulu untuk isi pinggan , then baru nasi and last sekali daging .
nikmati makan slowly . kunyah 44 kali . ikut sunnah . haha . sebab bila kita makan lambat lambat , tubuh akan mnghantar isyarat menunjukkan kepuasan . baru lah kenyang . ni tak , kunyah dua tiga kali terus telan . makan dua pinggan pun belum tentu rasa kenyang .
dengar tu cik naga , nikmati makanan perlahan lahan . haha .
bila terasa makan nak makan je , ataupun bahsa senang mulut ni rasa macam nak mengunyah je kan . pergi berus gigi or kunyah chewing gum . pasal rasa berangain di mulut boleh membantutkan selera . kalau nak makan jugak (degil sangat nak buat macam mana kan?) makan buah je . jangan makan jajan pulak !
P/S : syukur rumah princess teddy memang selalu tak ada langsung stok jajan . so bila lapar tak ade ape nak mengunyah T_T
okaylah . tu je ! so , selamat beramal and semoga semua berjaya slim . hahaha :D
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)