Kita kulaan nda ?



princess teddy sekarang dalam misi pelancaran mencari kulaan secara besar besaran . sesiapa yang terasa diri dia ada kaitai , sila contact ya . haha . 

tipu je . eh , korang semua ni taw tak kulaan tu apa ? well , dalam bahasa banjar , kulaan means saudara . siapa kat sini keturunan banjar ? sila kembangkan hidung anda dengan kadar lebih segera dari mee segera . kepada sesiapa yang terasa hidung dia memang semulajadi kembang , anda dikecualikan . haha . jangan marah ye nakk ~

nenek princess teddy sebelah ibu banjar . so kiranya dahku ni cucu banjarlah -,- . tapi sampai sekarang masih fail dalam subjek Bahasa Banjar . only certain words yang princess teddy faham . contohnya , kulaan = sedara . guring = baring/tidur (tak pasti) , n banyak lagi lah . (padahal yang betul betul ingat dua ni je) tapi kalau dengar nenek cakap tu , boleh la tangkap maksud dia sikit sikit . 

tapi kalau kena time nenek cakap dengan ibu atau mak sedara tuh , dah la laju , tak faham kebenda plak tuh . memandangkan princess teddy ni suka mencuri dengar and menyampuk cakap orang tua , memang selalu lah rasa tak puas hati bila dengar orang borak tapi tak faham mende . rasa macam...haish , nak tau apa yang diorang cakap . huk huk . tapi sometimes tu dengar diorang borak tiba tiba selit nama princess teddy . huh , sah la diorang mengumpat aku ! ciss... walaupun tak faham , tapi memang kompom kena kutuk . haih , apalah nasib... T_T

tapi ada satu yang buat princess teddy ketawa tahap guling guling kalah tenggiling bila dengar nenek cakap . bila diorang cakap , huruf Z ditukar kepada huruf J . tak tau lah pulak sama ada cuma my granparent je ke yang macam tu atau semua warga banjar macam tu . diorang boleh je sebut Z . tapi bila bercakap , macam dah tak wujud huruf Z dalam dunia ni .

nenek abah : harziq... sini dengan nenek abah ni . rindunya dekat harziq .
nenek mak : hish , bukan harziq lah , hajit ! bukannya har , tapi ha je . hajit ! baru betul
nenek abah : betullah , harziq .
me : =,= haziq lah .

semalam...
nenek abah tengah baca surat khabar and nenek mak pulak dok dengar . bajet sweet lah tu ? haha .
(sila baca dengan betul . kalau huruf i tu sebut betul betul ya .)
nenek abah : ooh , lisa surihani dah nak kawin . "saya sudah bersedia" kata yusry .
nenek mak : si yusri ni dulu bukan ke kawin dengan ira pajira dulu ?
nenek abah : kan dah bercerai . sekarang ni yursi ni nak kawin dengan lisa surihani pulak . ira pajira tu bekas isteri dia je .
me : erra fazira lah ! erra tu da lame dah kawen lain .
nenek mak : uuuh , yakah .

and maybe that's why la nenek panggil cu Ija . nama dia sebenarnya Rusliza . tapi bila tanya nenek nama cu apa ? Ruslija . hahahaha . nama mak uda apa ? Rujimah (Ruzimah) . nama ayah apa ? Jajali . kahkahkahkah XD

P/S : nak teman nenek mak buat kemoterapi esok :)
Photobucket

1 comment:

Sila tinggalkan komen anda.. =)