Couple Halal ?





couple tu halal ? tak dek orang pun nak marah . cikgu-cikgu pun tak kesah ? mak ayah pun support ? 
rasanya kalau semua ni terjadi dengan kadar segera seluruh remaja sejagat dah terkinja-kinja melompat keriangan . tapi kan , takde siapa perasan ke . kalau budak sekolah bercinta , orang cakap couple . golongan ni selalunya akan dicop gatal and bukan masa yang sesuai untuk bercinta . akan koman mak ayah serta cikgu-cikgu pesan ~ nanti dah masuk u nak bercinta lantak kau lah . time tu nanti baru boleh bercintan cintun nih .


tapi tapi tapi , ape dekat u nanti tak payah belajar ke ? bukan ke bila dah dekat u nanti lagi kita kena fokus kat pelajaran . kalau fail exam terus tak boleh sambung sem depan . bukan macam sekolah , tak lulus periksa pun boleh selamba badak lagi datang sekolah . and bila couple time dah masuk u atau bekerja , orang tak panggil coule tapi bercinta . ada beza ke ?


tapi kan , (tapi lagi) hari tu princess teddy ada terbaca majalah apetah , pasal macam mana nak jadikan couple ni halal . jeng jeng jeng . dengar je couple halal mesti korang semua dah bukak bijik mata luas-luas kan . ish ish ish ~ :3


pastikan  parent korang tahu
okay , langkah pertama-tama-tama-tamalagi-tamasekalilagi yang korang kena buat is pastikan parent korang taw yang korang tengah terkena penyakit gatal . bukan susah sangat pun nak bagitau . ambik fone sekarang , dail nombor ibu atau ayah korang . then bila dorang angkat cakap laju-laju , "ibu, orang dah ada pakwe . jangan marah taw . ok bye." senang kan ?


jangan keluar berdua-duaan
kalau nak dating , jangan keluar dua orang je . err , dalam buku tu dia cakap , kalau nak ajak kawan kita yang lain-lain teman , macam tak sesuai . pasal kalau ajak sorang , nanti dia terasa terpinggir pulak . kita asyik layan bf/gf je . kalau ajak kawan kita ramai-ramai pulak , nanti couple kita jadik segan . so cara terbaik , double date . hey , ini buku tu yang cakap . bukan saya ! bukan bukan bukan . so ape lagi , jom kita double triple date ramai-ramai ! 
oh ye , pastikan parent korang taw yang korang ni nak keluar pergi jumpa bf/gf


jangan duduk kat tempat yang sunyi 
kalau nak jumpa atau berbual dengan couple korang , mestilah nak privacy kan ? tapi jangan la pulak sampai masuk dalam semak . alasan nak privacy . itu namanya privacy kepalahotakhang . jadik kalau nak jumpa , date lah kat kedai makan ke , pasar malam ke , hospital ke , ape-ape je lah . asalkan tempat tu ramai orang dan boleh mengelakkan fitnah .


jangan pegang-pegang 
ok ini penting . sila luku kepala bf/gf anda sepuluh kali kalau dia dare pegang korang dengan sengaja . even pegang tangan pun tak boleh . tapi jangan pulak dengan couple bukan main jaga batas . sentuh sikit pun tak pernah . tapi dengan kengkawan lain yang lain jantina , siap boleh bertepuk tampar sepak serta terajang . kalau itu terjadi , sila tepuk tampar sepak terajang diri sendiri patblas kali .


okay tu je kot . see , tak susah pun kan ? sikit je pun yang korang perlu jaga . so renung renung kan lah dan selamat bercouple beramal . heheh :P

Photobucket

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)