Kenapa Dia Mati ?



apa kata kita semua menangis sekarang ? anak kucing princess teddy mati hari ni :'(

petang semalam masa nak tutup tingkap dapur tiba-tiba ternampak anak kcing tu dalam longkang . habis basah . mula-mula buat tak reti je . pandai lah kaw naik sendiri kan ? tiba-tiba rasa curious bila tengok  dia jalan tak betul . jalan sikit jatuh . tergolek-golek dalam longkang tu . baru la princess teddy tolong angkat dia keluar dari longkang . then tengok dia nak berdiri pun tak boleh . berdiri kejap jatuh . nak jalan , terus tergolek . huwaa ~ kenapa ni ? kesian sangat tengok dia .


tengok tangan kaki dia semua ok je . tak de pun luka ke apa . maybe patah kot . so dengan kadar segera terus call pak sedara ajak dia pergi klinik haiwan esok (hari ni) 
tiba-tiba hari ni dengan semangatnye princess teddy bangun pagi *nampak sangat selama ni bangun tengah hari* cari anak kucing tu dah tak jumpa . then puas tunggu pak sedara tak datang-datang . adik princess teddy pun buat tak reti je . serook sangat dia main game . dah lupa ke janji hari ni maw pergi klinik haiwan . 


rupanya bila princess teddy tanya dia selamba je cakap "dah mati dah pun"
haa ? dah mati ? choi ! buat penat je la aku bersiap ! wuuu ~ dah la anak kucing tu choomel . bulu dia kembang . sayangnyaa ~ :'( jadi selepas di tambah tolak darab bahagi serta punca kuasa , jumlah kucing princess teddy tinggal empat ekor je . dulu ada tiga belas ekor ! yang ada cuma citam yang tak ada gigi , miki yang ekor berpintal macam ba alip ba ya , mok yang dah tak gemok , and tipah yang suara tak sedap . waa , nak kucing lagi >,<

Photobucket

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)