Beg Idaman Paling Chomel Abad Ini

yuhhuu ~ ada bunyi macam perempuan gedik tak ? hahaha
assalamualaikum readers chomel sekalian . hari ni princess teddy teramat sangat lah bosan . tinggal dua hari je lagi cuti sekolah . hari khamis dah kena sekolah balik . tak mau :'( *cakap dengan nada paling sayu* ingatkan nak keluar bersuka ria dengan kengkawan tapi bila tengok hari asyik hujan je , terpaksa batalkan niat dengan kadar segera . tak bestlah nak jalan hujan-hujan . lebih baik habiskan masa dengan mentelaah buku ilmiah novel-novel yang baru beli sebelum start exam balik minggu depan . 


so , tadi lepas tensyen baca novel (pasal bab tu macam stress je . watak utama susah sangat nak mengaku diri dia tu perempuan . tak habis-habis nak berahsia . menyampah dahku baca . huh !) terus online pulak . \nampak sangat dah tak de kerja lain selain baca novel and online kan?/ 
time blogwalking dekat blog kak yuyu tadi , terbaca entry dia promote handbag dari butik online . ohhh , sekali tengok memang terus jatuh cinta dengan beg tuh . huwaa ~ nak tu nak tu ! 


tengok la ni . comel kan ? baik korang cakap comel jugak kalau tak tanak kawan !


tapi tapi tapi . princess teddy tak rety nak beli online . lagipun , harga dia boleh tahan la . tak delah mahal sangat . memang berpatutan lah . RM49.00 je pun . tapi , memandangkan i'm still a student , mana ada sumber pendapatan . isk isk , sadisnya . ada sesiapa nak derma tak ? saya nak beli bag ni . pelissss . *pasang muka kesian*


Photobucket

2 comments:

  1. teha ada beg ni. tapi color coklat :) mmg comel ^^

    ReplyDelete
  2. really ??? *kejelesan tahap melampau!!*
    apa kata teha derma beg tu kat sy ? amacam ? hehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)