Patuhilah Undang-Undang Sekolah



Mesti tak ramai yang akan baca entry ni bila baca je tajuk . yee , tajuk tu memang berbunyi agak menggerunkan . princess teddy faham sangat -,-''

di awal pagi yang indah , princess teddy pun bersiap lambat-lambat macam biasa untuk pergi sekolah . awal-awal lagi dah cari serkup penuh untuk pakai pegi sekolah . tak nak nanti ada wai chong celup tegur princess teddy pakai serkup separuh . lalu dengan penuh eksaited bukak drawer untuk ambil stoking . stoking... stoking... kenapa takde stoking putih ? yang ada cume stoking warna beige gamba stoberi \kantoi beli kat cameron/ . mana stoking ? -..-


lalu dengan penuh keterpaksaan \padahal suka . boleh pakai stoking baru/ princess teddy terpaksa lah sarung stoking tuh dekat kaki yang bersazi gajah nih . rasa ohsem sangat . bau kedai lagi . hohoho ~ tetiba on the way nak jalan pergi sekolah princess teddy disergah leh satu makhluk yang... kerdil ? choi , dahku sangka toyol mana yang berani menjelma pagi-pagi buta macam ni . maklum la , dah la jalan kat ladang . ghrupenye my fren , mr naim . *fren ke?* kuss semangat . dah berkurang 5 saat dalam hidup princess teddy hari ni dek terkelip-kelip kejap sebab terkejut . buatnya dahku melatah terjun longkang kan dah jadi pasal . manusia manusia.. 


tetiba naim tanya , "ko ni rumah dekat lambat jugak ek datang sekolah ?"
errr , dah nama pun rumah dekat kan . so rilek la bhai . jalan kaki kejap dah sampai . buat ape nak cepat-cepat . lagipun , kalau sampai awal bukannye nak buat ape pun kan ? bukan ada kelas fajar . bukan princess teddy nak bertugas sapu kelas pun . bukan boleh buat date di pagi buta pun . satu-satunya aktiviti yang boleh dibuat kalau datang awal kat sekolah sama ada bersila sorang-sorang kat tapak perhimpunan atau nenambah tabungan dosa dengan bergossip dulu . takdek nye kalau datang awal nak study dulu ke , pergi buat solat sunah dhuha kat surau dulu ke , hafal surat hafazan dulu ke atau pergi sapu lantai surau . tipu lah semua tu . so the conclusion is , jangan datang sekolah awal bagi mengelakkan menambah dosa secara tak sengaja . \ini jawapan pelajar cemerlang . sila jadikan rujukan ye . haha/


sampai dekat sekolah pulak , terus kena spot check dengan wai chong celup . perkara wajib yang dia akan buat pagi-pagi is usik sanggul princess teddy . nak rasa princess teddy pakai serkup separuh ke tak . baru je nak sengeh bangge sebab hari ni serkup cukup sifat tetiba kene tegur pulak stoking warna warni . pendek pulak tu . aduhh . semua tak boleh . tau la awak jeles awak takde stoking macam saya . huh . 


then asek perli-perli stoking princess teddy sepanjang hari . semalam serkup tak cukup kain . hari ni stoking tak cukup kain . esok ape pulak yang tak cukup kain ? saat ni terasa bertuahnya diri dapat bf sebijik macam wai chong . jadik balik rumah terus set dekat reminder hanset . ESOK PAKAI STOKING PANJANG (NOT COLOURFUL) , PAKAI TUDUNG ADA LENCANA , SERKUP PENUH , KAIN JANGAN BANJIR , BLABLABLA . \terasa terharu seketika/


moral of the story , patuhilah undang-undang sekolah . 
p/s: entry panjang kemain tapi takde isi . kesian sape yang baca . haha

Photobucket

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)