Why Should Women Cry ?



korang-korang semua sedar tak , bila jatuh sikit , siapa yang nangis dulu . lelaki ke perempuan ? bila kena marah dengan cikgu , siapa menangis dulu . lelaki ke perempuan ? bila clash , siapa yang akan nangis ? lelaki ke perempuan ? jawapannya mesti semua orang dah tau kan . tak perlu lah princess teddy sebut lagi .


persoalannya *kaann , dah keluar ayat karangan* kenapa perempuan mesti kalah dengan air mata ? sampai perempuan dianggap lemah . ish ish ish . tak patut tak patut \geleng-geleng/


sebenarnya ramai tak tak sedar . air mata tu ada fungsinya . fungsi asalnya of coz lah untuk cuci mata dari habuk kan . tapi bila dah meraung kene tinggal ngan balak tuh , nak cuci habuk ape laginye.. sebenarnya (kali kedua) Allah ciptakan wanita lebih kuat berbanding lelaki . kuat tak bermakna kuat dari segi fizikal . kuat boleh macam-macam . kuat tidur kuat makan kuat membebel kuat kentut dan macam-macam lagi .


bahu wanita diciptakan lebih kuat supaya mampu menggendong anak .
kalau pergi mall , cuba tengok berapa lama si suami boleh dukung anak dia , and berapa lama isteri boleh dukung anak dia sambil pilih barang .


hati wanita lebih kental berbanding lelaki
jadi apabila dilukai , dia akan masih boleh terima orang tu walaupun sakit hati . sebab tu kebanyakan perempuan walaupun pernah dilukai suami or boyfriend dia masih boleh terima . tapi kalau laki , gf cari pasal sikit terus mintak clash . sebab tu wanita boleh dimadukan.. kalau lelaki pun boleh dimadukan , alamat semua laki yang bermadu boleh ganti panda dalam zoo . hari-hari bertumbuk sampai lebam mata . haha .


jiwa perempuan lebih lembut berbanding lelaki
supaya senang nak membelai , memujuk anak-anak . kalau seorang ayah , dia takkan boleh pujuk anak dia macam mana ibu dia pujuk .


rahim wanita diciptakan lebih kuat .
supaya benih dapat tertanam dengan kukuh . seorang ibu yang mengandung boleh bawa perut dia selama sembilan bulan . ingat senang ke ? berat taw . kalau perempuan mengandung , berat dia akan naik 10 kilo ke atas . bayangkan , dengan keadaan perut yang makin membesar dan memberat , dia kena jalankan rutin harian macam biasa . cuba suruh suami dia testing ikat batu 12 kilo kat perut , lepas tu pergi kemas rumah , sapu sampah , masak , pergi kerja and segala macam . komfom paling lama dapat tahan seminggu je .


dan , wanita lebih mudah menangis sebab...
air mata tu sebenarnya (kali ketiga) membasuh luka-luka di hati . supaya rasa pedih dan sedih tu cepat hilang and kita boleh terus jalankan tugas penting kita sebagai seorang wanita . ececeh . haha




Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)