Tak Boleh Pakai Shawl ?



taraa ! terkejut tak ? baik korang cakap terkejut kalau tak princess teddy nak majok :(
okay bukan merajuk yang princess teddy nak cakap *cakap ke ?* malam ni . tapi pasal shawl . princess teddy baru je balik dari kampung . ingat cuti lima hari boleh bersuka ria on9 sambil kunyah merepek tapi rupanya balik sekolah terus berambus balik kampung . tah pape . dah la kat rumah pakai modem . so bila balik kampung , tak dapat nak online pasal tak ada berokbeng . sedih sedih sedih .


skip cerita pasal tak dapat online . time tengah nak bersiap tuh , tetiba ibu cakap "una tak payah la dah pakai shawl . orang cakap kalau pakai shawl letak-letak kat atas macam yuna tu tak boleh . menyerupai ape tah"
owowowo , tak bole pakai shawl ? tak pernah dengar pun ? setakat yang princess teddy tau , tak boleh pakai sanggul tinggi-tinggi . tak boleh pakai lengging . then tanya la ibu , apsal plak ? *dengan nada agak tak puas hati* tiba-tiba tak pasal-pasal kena marah . ibu cakap jangan nak melawan . kalau nak pakai pin betul-betul . jangan macam letak je atas kepala tu . adoyai . rasa nak marah tapi tak jadi . karang tak pasal-pasal dapat satu das tamparan free of charge . pasal time ibu tegur tu , princess teddy baru je letak shawl atas kepala . belum lilit lagi . tengah nak cari jarum . maybe dia fikir princess teddy just nak pakai macam tu . sebab sekarang kan stail shawl pelik-pelik . tak pasal-pasal kena marah . sengal betul . 



tapi cakap pasal shawl ni , orang cakap orang yang pakai shawl ni kuat melaram . maybe yes and maybe not . ya memang pakai shawl ni lebih cantik sikit kot dari pakai tudung bawal biasa . tapi kalau bagi princess teddy la , pakai shawl lagi senang dari tudung bawal . walaupun puas kena belit-belit , tapi nanti dah sah-sah dia takkan herot-herot ke ape . princess teddy memang sejak azali tak pandai pakai tudung bawal . mesti jadi keronyok la, herot la ape la . tapi bila pakai shawl , elok pulak . that's why prefer pakai shawl .



tapi zaman sekarang ni konsep bertudung macam dah terpesong je .


cuba tengok tu . maybe ni kot yang ibu cakap macam letak je atas kepala . err , pada pendapat princess teddy la . tak lawa pun stail ni . sebab function pakai tudung , adalah untuk menutup rambut , leher and dada . tapi sekarang bila tengah femes fesyen macam ni , cuma rambut je yang tak nampak . tapi bentuk batang leher and dada nampak . kena pulak pakai seluar skinny atau legging . semak semak .


pulak tu , ramai yang terikut-ikut . asalnya freehair , tapi bila tengok orang lain semua pakai shawl cantik-cantik , dia pun pakai jugak . tapi niat bukan untuk tutup aurat . hmm , entah lah . tak salah kalau nak berfesyen kan . islam tak pernah melarang umat dia ikut perkembangan fesyen . nak bergaya . takkan nak pakai macam orang zaman dulu-dulu kot . lipat bulat *masa darjah satu princess teddy lipat bulat pergi sekolah . haha* . lepas tu tak payah pin , ikat reben ja . haha . nanti orang kutuk pulak islam ni semacam mengongkong kan . tapi kalau nak berfesyen pun , agak-agak la . jangan la pakai tudung tapi baju ketat and blablabla . okay cukup ! asalnye nak mengadu ibu tak kasi pakai shawl je . yang pergi membebel ni apsal . susah la kalau dah penyakit keturunan ni . hukhuk :(
Photobucket

2 comments:

  1. betul tuh , boleh pakai shawl tapi make sure proper and just pakai simple sudah lha :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)