Siapa pernah kena serang penyakit ajaib ni ? ehh , penyakit ajaib tu penyakit apa ? penyakit ajaib ni... ish.. seram lah nak bagitau . kalau pergi check kat doktor , dia pun tak dapat kesan penyakit ni . buat lah ujian darah ke , x-ray ke , atau bedah otak sekalipun , mesti tak dapat kesan penyakit ni . jumpa bomoh je , tukang tilik ke , ahli nujum ke , semua pun tak dapat ubat . ish ish ish , memang dahsyat betul lha penyakit ni .
siapa yang terkena penyakit ni , akan jadi susah nak bergerak . sampaikan barang yang kita nak ambil tu ada kat sebelah aje , tapi terasa berat sangat nak capai . last-last jerit panggil orang lain suruh ambilkan . princess teddy yakin dan pasti korang semua pernah kena serang penyakit ni . kebanyakan orang gelar penyakit ajaib ni dengan nama penyakit M . haaa , dah dapat tangkap penyakit ape tu ? belum ? kalau belum korang memang lambat pick up =..=''
aaaaa ~ terasa sangat malas sekarang . nak baca buku , tapi malas . nak text abang Po , tapi malas la pulak nak masuk bilik ambil phone . terasa lapar , tapi malas nak pergi ambil nasi . kalau boleh nak nasi tu beratur then seketul-seketul lompat masuk dalam mulut princess teddy . \teruknya... -,-/
korang pernah rasa ? teruk kan ? menyekat produktiviti manusia betul penyakit ni . macam mana negara nak mencapai status negara maju menjelang 2020 kalau produktiviti rakyat jelata lemah ? ambik kau keluar ayat karangan . kuang kuang kuang ~ :3
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)