terasa macam nak buat lompat katak patblas kali pasal azab bagi minggu ni dah lepas . puhh kanan puhh kiri . jangan la nak kene jawab balik segala soalan yang killer abes tuh . minggu ni princess teddy hampir menjadi zombi kampung stoberi . sebab musabab tak cukup tidur . bila nak makan je teringat otaakkk . nak mandi pun fikir otaaakkk . nampak buku lagi la , terus menjerit otaaakkkkk ~
arghhh , nite mare ! otak memang terasa teramat sangat paling nian nak meletup . study hard punya pasal . hahah . ntah la terkena virus apa , tiba-tiba je rasa cuak bila tak study . selama ni rilek je jawab exam tak study . akibatnya , stress tak ingat dunia . mana tak nya , study sampai pukul 12 lebih . then pukul 3 stay up lagi . paling kronik tahap kezombian nih lepas jawab addmath la . memang banyak gila soalan princess teddy bia kosong . tengok je soklan terus otak blank tak leh jawab . bila balik rumah tengok balik soalan terasa nak terjun longkang bia mati lemas . soalan sikit punya kacang princess teddy boleh tak dapat jawab time exam tu . sengal ayam . *kesian ayam jadik mangsa*
dengan ini saya merayu kepada penggubal soalan , JANGAN CUBA BUNUH KAMI . memang boleh crem otak jawab soalan . silap-silap hari bulan boleh terkena strok serta koma pat puluh hari pat puluh malam . jangan main-main . nyawa manusia bukan ada 3467329562 . ada satu je . satu = one = 1 = wahid = 7-5-1
so pelisss la . i beg u . wuwuwuuuu ~ :'(
orang cakap kucing ada sembilan nyawa . tapi semalam balik dari sekolah princess teddy jumpa anak kucing princess teddy dah mati keras depan pintu . so princess teddy cuba je kuis-kuis dia kot-kot la nak hidup balik ke . tapi tak pun . choii ~ sape yang kuat sangat menipu cakap kucing ada sembilan nyawa tuh ? meh sini jap nak sekeh dahi . grrr ~
huhu, ni mesti suka stdy last minute.hehe, sama la, kalau dah stress memanjang mmg satu pun takkan masuk.huhu
ReplyDeleteJOM BACA & KOMEN! : PANDUAN PEMILIHAN ALIRAN UNTUK PELAJAR LEPASAN PMR
ayoo..kita serupa..byk soklan addmath dtggalkan begitu saje...haha
ReplyDeleteD'ya ~ ahaha . memang pon . teramat sgt suka study last minute . ekeke
ReplyDeleteNuhaba ~ haha . tapi rasanya sy tinggal lg banyak kot . huk huk
ReplyDelete