Pinjaman Allah

Assalamualaikum :)


Bila kita hidup , kita selalu rasa macam kita punya semua benda . Rumah aku . Phone aku . Kereta aku . Family aku . Boyfriend aku . Hidup aku . Then slow slow kita mula lupa pada siapa pemilik sebenar semua ni . Dan bila kita diuji , baru lah akan dengar ayat "Sabar ya . Semua ni pun pinjaman je . Kalau Dia nak tarik , sekejap je boleh hilang." Dan waktu tu baru kau akan tersedar , yang semua ni bukan kau yang punya . Allah yang punya .


Semalam aku baru balik dari Putrajaya . Dua hari temankan kawan aku pergi melawat boyfriend dia kat Hospital Putrajaya . At first aku macam terkejut jugak bila kawan aku call pukul 1 pagi nangis nangis mintak temankan dia pergi Putrajaya . Dalam hati terdetik , eh biar betul si A tu sakit . Entah entah prank je tak . Sebab diorang ni jenis gaduh sikit acah acah sakit lah apa lah . Masa otw ke Putrajaya tu pun kami sempat lagi berprasangka buruk dalam kereta . Eh entah entah dia saja je kot . Nanti dah sampai buat surprise , tipu je . Haish Husna , cuba belajar husnuzon sikit .


Bila dah sampai hospital , jumpa dengan mak si A , naik atas sendiri tengok keadaan si A , baru lah aku percaya . Semua orang terkejut dan tak sangka . A ni tiba tiba pening kepala lepas maghrib so his mom bawak pergi klinik . bila check doctor cakap there's something wrong and kena bawa pergi hospital kerajaan immediately . Sampai hospital A dah meracau sebab sakit kepala sangat . Even doctor dah bagi ubat tahan sakit dan ubat penenang pun tak jalan jugak . Sampai tahap overdose pun dia still sakit , last last terpaksa ikat kaki and tangan untuk elakkan dia jatuh katil . Then dia hilang sense belah kanan and his ability to speak . IN ONE FREAKING NIGHT !


Padahal petang tu elok je sengeh sengeh . Mula mula doctor suspect pendarahan otak , bila check lagi , rupanya stroke otak . Tapi punca tak tahu apa . Tiba tiba je . Subhanallah . Selama ni aku baca je kisah orang tetiba sakit macam ni kat Facebook , dalam novel . Ni nampak sendiri depan mata . Dapat bayangkan tak betapa risau dan sedihnya kawan aku and family dia . Yang paling penting si A tu . kalau benda ni jadi kat kau , apa kau rasa bila tiba tiba kau tak boleh bergerak separuh badan and tak boleh bercakap .


Aku cuma mampu doakan A , family dia and kawan aku sabar hadapi ujian Allah ni . Well , setiap ujian tu pasti ada hikmahnya kan . And Allah tak kan uji hamba dia di luar kemampuan kita . Aku yang jadi watak sampingan dalam drama tragis ni pun dapat lah jugak sikit kesedaran , yang nikmat kesihatan tu pinjaman je . Jadi selama kita sihat ni , syukur lah . Even kita jaga kesihatan kita , exercise hari hari , makan bayam seguni pun , kalau Allah nak tarik balik sekelip mata je boleh jadi . Nauzubillah .




P/S : identiti dirahsiakan demi menjaga keselamatan negara Husnaland . Sekian :P



Photobucket

Podot

Assalamualaikum :)


Once dekat sekolah aku femes perkataan ni . 'podot' which for us means malu. aku tak sure lah kalau kami cuma mencipta perkataan atau memang perkataan ni wujud . jap aku check...
.
.
.
.
okayyyyyyy...... rupanya podot tu is a word in loghat pahang . and maksud sebenar dia ialah sumbat . contoh paling banyak aku jumpa , "aok podot je baju tu dalam beg." maksudnya "awak sumbat je baju tu dalam beg." 


So.... why on earth did we use the word 'podot' as malu ?!?! demm . nasib baik aku dah tak guna word tu sekarang . kalau aku still guna dekat uni and kawan kawan aku tanya apa maksud dia and aku cakap malu... aku lah yang termalu sebab I am from Pahang dan aku telah menyalahgunakan perkataan bahasa negeri sendiri . haha . So guys , if you are from my previous school... ketahuilah bahawasanya kita telah tersilap . kembalilah kalian ke pangkal jalan . mungkin adik adik junior yang masih ada dan guna perkataan podot as malu boleh educate kawan kawan yang lain bagitau maksud sebenar dia sumbat . dan boleh juga sarankan dekat cikgu supaya wujudkan kelab persatuan anak pahang . belajar dialek pahang yang betul kat situ . kat tempat aku loghat pahang memang hancus betul.. dah dirojakkan dengan loghat negeri lain . felda lah katakan...



eh tetiba terbebel pasal perkataan tu pulak . actually aku nak cerita pasal aku termalu hari tu . nak guna terpodot tapi tadi baru dapat hidayah kan... haha . pernah tak korang nampak someone yang korang kenal dari jauh , then korang start senyum and lambai lambai dia . makin dekat.... makin dekat.. lagi korang melambai and nak tegur dia ke apa.. tetiba elok dia jalan straight je sebelah bahu korang , pandang pun tak . rupanya dia tak perasaan kewujudan kau kat situ . dan kau terhenti di situ berdiri seorang diri sambil orang lalu lalang pandang apahal budak ni lambai siapa dan kau pun slow slow turunkan tangan dan try untuk berlagak macam nothing just happened .


Yes that happened to me... a lot . dan aku rasa itu adil sebab rasanya semenjak aku diisytiharkan rabun tapi aku still jet jet mata clear je tak nak pakai spec ni dah berapa ramai kawan kawan aku merungut yang aku selalu tak pandang pun diorang kalau selisih . kadang kadang diorang siap lambai lambai panggil nama lagi tapi sebab aku tak nampak aku buat tak tahu . bila dah lepas baru aku macam perasan yang tadi ada orang tegur tapi dah terlambat . hahaha . kesian . 


Beberapa hari lepas , benda ni jadi dekat aku pulak . but this time it's on another level . aku jalan jalan dengan adik aku . tetiba kami nampak cousin kitorang lalu , tengah drive kereta . then we crossed the road , right in front of him , and lambai lambai sambil terlompat eksaited sambil jerit jerit panggil nama . well , cousin sendiri kan . nak malu apa . hahaha . BUT.... but dia boleh tak pandang kitorang LANGSUNG and drive straight je... I mean... kalau tak perasan muka kitorang pun , tak kan lah dia tak pelik kenapa ada dua orang perempuan lambai lambai sambil melompat sambil lintas jalan.... tak kan lah kau tak terfikir untuk pandang sekali lagi... demm yuu .


dan kami sumpah speechless kat tepi jalan bila nampak kereta tu terus je macam tu . dan driver kereta belakang lalu sambil melemparkan pandangan apo-kono-eh-dengan-budak-budak-ni-haa . dan orang orang yang lalu lalang di sekeliling pun macam... pahal doh perempuan dua orang tu...


balik rumah terus laju laju whatsapp cousin dan dia cakap dia tak perasan..... ah , aku masih berdendam . kau tungguuuuuu ~




Photobucket

Masih Awet Muda

p/s : bukan gambar hari ni

Assalamualaikum :)

Lately , aku selalu rasa macam aku ni dah nampak tua . Sebab bila aku pergi mana mana mesti orang panggil aku 'kak' . dah tak ada dah orang nak panggil aku 'dik' . sob sob . mungkin sebab aku pakai makeup kot tu la pasal nampak matured sikit ecehh .


tapi hari ni rupanya terbukti yang aku masih awet muda . muahahahaha .
tadi aku decide untuk ikut parents aku pergi open house pada saat saat terakhir . itu pun sebab tetiba perut aku bunyi bunyi and orang yang buat open house tu pandai masak and buat cake ngehehehe ~ so aku just grab je jubah and shawl yang tak perlu iron (seperti biasa) , pakai bedak sikit , sarung spec and I'm ready to go . tak sempat pun nak pakai lipstick ke nak curl bulu mata ke... sobsob lagi sekali . 


then masa nak balik tu nak tak nak aku kena lah jet jet sopan kejap salam semua makcik makcik kat situ . pulak tu diorang duduk dalam bulatan and location dia macam tepi longkang . namun aku tetap gigih pusing langkah longkang duduk duduk bersimpuh menyalami seorang demi seorang sambil senyum simpul . hah , ingat lagi tak tips open house aku hari tu . baju labuh , and pakai comel comel serta jet jet ayu . KAH KAH . 

tips tu sumpah menjadi weh . semua orang puji aku comel . hahahahahaha oh maigaddd , kalau makcik-makcik tu semua baca blog aku terus tarik balik pujian diorang tadi . dan dengan ini diisytiharkan diameter lubang hidung aku dah bertambah sebanyak 0.005 cm kerana bangga diri termakan puji . tapi bila balik rumah terus kuncup balik sebaik saja aku pandang cermin . baru sedar betapa selekehnya shawl aku. rasa macam eh buruknya aku diorang semua puji ambik hati ke apa =..=''


tapi yang paling tak boleh blah , ada sorang makcik ni cakap macam ni.

makcik : comelnya.. tingkatan satu ke ?
aku : Ehemmm *tahan sengeh* saya dah besar dah makcik.....
makcik : oh dah besar ? dah habis sekolah ?
aku : iya *senyum je Husna... senyum.....*


then masa aku salam salam tu aku dengar makcik makcik yang lain sembang , ohhh dah besar dah ya . kecik nyaa comel je..


Hmm , adakah aku tersalah tafsir maksud 'comel' makcik makcik tu ?
But anyway , yang penting aku masih nampak muda . haha , sumpah aku tak menyesal pergi open house tu . selain dapat mencekik kek sesuka perut , aku dapat tenangkan hati aku yang risau kalau aku dah mula nampak tua . maklum lah , iolls ni dah memasuki alam dewasa dua puluhan . dah tak teenager dah . walaupun orang cakap aku ni macam form 1 , kira ok lah tu . kalau tiga tahun lepas orang selalu ingat aku darjah enam . jadi tiga tahun seterusnya , usia aku baru meningkat setahun . nampak tak bukti awet muda di situ ? kekekeke ~


btw , budak perempuan yang menyelit belakang aku tengah selfie tu ialah adik aku . and dia form 1 . Hmm , nampak betul beza umur tujuh tahun kami kan -,-'


ok , selamat muntah-selepas-baca-entry-perasan aku . ciao !



Photobucket

Wordless Wednesday



p/s : siapa selalu macam ni mengaku cepat !!!


Photobucket

Tuesday Ramble

Assalamualaikum :)


Seriously I have no title for this entry because I just want to ramble about my life hahaha like always =..=''


So these few days , I didn't do anything much . Just enjoying my lazy life , watching youtube , drama , learn to play ukulele and stuff... I am that lifeless that I watched the whole 24 episodes of K-drama in like... 2 and a half days ? than I watched youtube and kinda get obsessed with 5SOS for the moment . But I don't like the feel of it . Like you know this is not worth it , it's stupid if I get too obsessed and watch the entire videos of 5SOS funny moment on youtube and falling for the members which I already did..... I already changed my phone wallpaper to the picture of Ashton whyyyyy I did that.... So I decided to pull my attention to other thing , take a break with youtube because all my recommended vids on my home page are about 5SOS now.. and now I'm currently watching a new K-drama (surprise surprise why I'm so lifeless *brb crying*)



oh btw , my semester 2 result was out . gulp . I did set a target to be in the dean list for this sem at first . I'm not really hoping that I would get 4.0 pointer because my sem 1 pointer was not so good . but then things get crazy . I was too busy with college projects and assignment . I took six freaking university courses that sem . And as you know , university course is all about assignment . So I was super busy . I always have stuff to edit and design , I always have  this  and that meeting almost every nights , I even have to go to the orphanage on weekends for one of my courses, I went to Melaka and Sarawak for assignments and college projects blablabla . also there were lab reports and tutorials that I need to submit every week.


Luckily my exams schedule was not that crazy . I have few days gap between each paper so I did have time to study what I've missed the whole sem . But I still don't put a high hope because I felt like all my assignments were crappy so my carry marks were not that great . But it turns out that I nailed it ! I did get my name in the dean list and increased my CGPA . and my GPA also was surprisingly so high I honestly did not expect that. Alhamdulillah . The one and only thing that drags my pointer down by 0.05 is ENGLISH LOL . Urghhhh whyyy . It's all because of my crap writing skills . So that's why I'm writing this entry in English . Because screw you grammar, vocabs and good points , I am gonna write however I want to .



Next sem I am going to take English (Speaking) . How...... just how..... I may (or may not) have some skills in writing . I can transfer everything in my head onto the paper through my fingers. But when it comes to speaking... I don't know . I just can't . Hmm , maybe I should start practicing my speaking skill with my little bro.. So if I ever said anything wrong he'll just be like "kak long cakap apa ?"


Okay I'm done rambling . Thank you kepada sesiapa yang sudi baca sampai habis . Hati lu memang kental gua cakap sama lu . atau lu memang pishang gila dah tak tahu nak buat apa tu yang baca sampai habis . Sekian .


Photobucket

remmuS fo sdnoceS 5

Assalamualaikum :)

Aloha mi amor !

Aku tak tahu kenapa tapi hari ni adalah hari mood pelik aku . I physically running and jumping all around the house all day . and keep kacau adik aku and jerit jerit . It's weird cause I don't remember taking any drug or caffeine today...or yesterday... or even the day before yesterday.


Dan mungkin salah satu punca aku hyper hari ni sebab hari ni tak tahu kenapa aku jadi obses dengan 5 Seconds of Summer . mungkin disebabkan lagu diorang semua macam energetic so aku pun ikut melompat sama . haha . Selama ni aku cuma dengar lagu lagu diorang , tak belek sangat pun muka diorang . Nama pun tak tahu . tetiba hari ni aku siap tengok hampir semua video kat youtube channel diorang . even video diorang cover lagu 4 tahun lepas pun aku tengok . masa tu semua suara budak budak sebelum puberty lagi alahai . 


ke-obses-an aku semakin teruk sampai tahap aku tengok video clip lagu She's Kinda Hot in reverse . what. the. hell. is. wrong. with. me. 
but actually it kinda sounds good tho... hahaha . walaupun dengar macam bahasa dalam game The Sims .




just sharing .
nope, let's get weird together. jyeahhh ~

Photobucket

K-Drama Review: School 2015 (Who Are You)

Assalamualaikum :)

Ni adalah sambungan July Favs aku . So, my favourite drama of the month must be School 2015 : Who Are You . Before separuh daripada korang yang anti Kpop terus blah dari entry ni , aku nak tegaskan di sini yang aku adalah orang yang memang tak minat Kpop . AT ALL . dari sekolah sampai sekarang aku di kelilingi Kpopers but I just don't feel it . haha . tapi ada beberapa lagu Kpop yang macam catchy aku dengar dengar lah jugak .

Tapi satu yang aku suka ialah drama korea . dalam banyak banyak drama , Melayu sinetron Thai telenovela English bla bla bla , aku paling prefer drama Korea . tapi aku tak ada lah tengok banyak sangat drama korea sebab malas nak download dan kekangan masa .



at first aku ingatkan ni cerita pasal budak sekolah bercinta ke apa . and aku memang suka cerita pasal budak sekolah . so memang eksaited jugak lah nak tengok kan . hahaha . tetiba rupanya cerita pasal buli . yes, buli . cerita agak membuka mata jugak lah , pasal macam mana struggle budak yang kena buli kat sekolah . And dia adalah sikit pasal konflik perasaan tuh haha tapi tu bukan main focus dalam drama ni . Heck there's no kissing scene at all ! just one kiss on the cheek and that's all. Woah I'm impressed ! aku rasa ini adalah drama pertama yang aku tengok sejak bertahun tahun dahulu yang tak ada kissing scene . I watched a lot of English movie so kissing/in bed scene like a must now I guess . It's disgusting...

Cerita dia pasal Eun-byul and Eun Bi , kembar seiras yang terpisah sejak kecik . Eun Bi ni tinggal kat Love House (rumah anak yatim) manakala Eun Byul tinggal dengan mak angkat dia . Eun Byul ni tahu pasal Eun Bi tapi Eun Bi tak tahu pasal Eun Byul . And Eun Bi ni lah yang kena buli . Perempuan yang buli dia tu nama Kang So Young and I warn you , perempuan ni akan membitching sampai habis drama . So korang memang akan benci gila dengan dia . haha . Eun Bi kena buli teruk gila tapi tak ada sorang pun tolong sampailah satu hari dia decide untuk buat something..... jeng jeng jeng . Eun Byul tahu pasal Eun Bi kena buli tapi tak boleh nak buat apa-apa . and Eun Byul ni jugak come up with an idea untuk tolong Eun Bi tanpa Eun Bi sedar .


Basically cerita ni ada banyak benda yang korang kena fikir :
1. Eun Bi kena buli
2. Eun Byul hilang
3. Han Yi An punya perasaan cinta kat Eun Byul sejak kecil
4. Tae Kwang yang kesian
5. Nombor Misteri (aku lupa apa nama budak tu)

Ermm , I can't tell much . sebab cerita ni banyak surprise and plot twist . so kalau aku cerita sikit je pun , aku akan jadi spoiler . haha . cuma aku nak ingatkan korang yang nak tengok, please jangan tengok malam malam . No , it's not scary . tapi dia ada banyak misteri yang perlu dirungkai chewahh ayat aku hahaha . Aku tengok cerita ni setiap malam and aku tak boleh stop tengok . sebab ending every episode sangat tergantung and buat kau tak sabar untuk tau apa jadi lepas tu .

Here's some sneak peek . tapi video ni nampak macam more to love story tapi sebenarnya tak..



Dan tolong sediakan tisu . Aku orang yang susah nak menangis tapi I can't stop crying tengok cerita ni . Kau bayangkan aku hari hari tidur pukul tiga empat pagi and nangis nangis . Can you imagine betapa rabaknya mata aku . So pengakhirannya , aku dapat tengok drama yang bagi aku paling best aku tengok setakat ni dan sepasang eye bag yang paling teruk dan lama aku pernah ada selama aku hidup.

So kalau korang tak suka love story , and suka cerita misteri dan ada banyak konflik , tengok cerita ni . kalau korang tak suka pun , tengok jugak . aku jamin korang mesti akan suka . haha . and cerita ni ada OST yang paling best sekali . Aku even tengah taip entry ni sambil dengar album OST drama ni . haha

so berapa bintang aku nak bagi ?
8/5 bintang!!!!!!

Clik sini untuk tengok --------> CLICK CEPAT !!!




#teamTaeKwang


Photobucket

DIY Glitter Frame

Assalamualaikum :)


Aku dah lama tak berDIY . dulu masa kecik kecik aku selalu DIY buat kotak aksesori , rumah mainan , poster and bla bla bla sampai penuh dinding bilik aku . gunting gam warna air tu semua memang mainan aku . saaaaampai lah satu tahap aku dah stop buat semua ni . 

tapi memandangkan sekarang aku bosan gila duduk rumah , tetiba masa aku kemas bilik aku jumpa frame gambar yang sepatutnya jadi hadiah hari guru suatu ketika dahulu tapi tak jadi . hahaha . so apa lagi... my inner creative self screaming "LET'S MAKEOVER YOUR ROOM ! LET'S DO DIY!"

so aku pun berhenti mengemas . yeah bilik aku separa kemas sekarang. tergendala kejap . ni lah punca kenapa aku tak pernah berjaya habis kemas bilik dalam masa satu hari T_T sampaikan adik aku pun pernah cakap...
"Seronoklah bilik kak long ni"
"Kenapa?"
"Sebab adik jumpa banyak barang best"

ya adik.... sebab tu lah kak long kau ni selalu tergendala buat semua benda . sebab asyik terjumpa barang barang best yang boleh alihkan perhatian aku . tskkkk >,<



ehem... so anak-anak , all you need are:
1. Picture frame
2. Poster/acrylic paint
3. Brushes
4. Glue
5. Fairy dust Glitter dust



Step 1:
Paint your frame with any color you like . or just buy a frame with that color, much easier hahaha


Step 2:
Trace the photo size of the frame. Then draw whatever you like . I draw letter H, for my initial name.
Then fill the letter carefully with glue by using paint brush. Finally, the best part . Put that glitter dust on . Of course you can berangan as if you're a fairy princess while you play with those glitter hahahahahahahahahaha i did,

Step 3:
Let it dry. Then of course lah put it in the frame . duhhh ~


Aaaaaand you're done ! Seperti yang anda boleh lihat , kerja aku tak ada lah flawless sangat . dah siap tu baru aku jumpa berus petak yang kecik . damit . and the little heart kinda tersorok di penjuru frame tapi lantak lah hahaha

Photobucket

July Favourite !

Assalamualaikum :)


It is August now . memandangkan sepanjang bulan July aku cuma duduk rumah tak buat apa-apa , haruslah aku ada beberapa benda yang aku enjoy guna sepanjang bulan tu .


#BeautyFavs


1. Nano white microfoliationg clay cleanser


kulit muka aku jenis yang berminyak dan kering . terutama dekat T-zone . so aku selalu ada hidung yang berminyak dan mengelupas . It is sooooo hard to find a good cleanser that fits me . tapi yang ni macam ok dengan kulit aku and aku prefer yang macam ada scrub sikit sebab boleh tolong sental kulit mati sambil membersih haha .

2. Nano white day cream
 aku guna ni as moisturizer . aku ambik yang ni instead of normal moisturizer sebab description kat kotak dia macam lagi best . kalau nak tau google sendiri . ini bukan review . hahaha . tapi krim ni buat kulit aku rasa sangat moisturized and smooth. aku actually terkejut macam mana krim ni boleh buat kulit aku rasa cam best gila masa first time pakai .

3. Nano white refining treatment toner
 alang alang aku tunjuk je lah toner ni sekali . aku sebenarnya tak tahu apa sangat function si toner ni . tapi kalau tak pakai rasa cam tak best . aku rasa dia semacam tolong kecutkan sikit pori kulit muka kau kot LOL

4. TheFaceShop Seaweeds Moisturizing Pack Blablabla
5. TheFaceShop Jelly Apple Peeling
actually dua benda ni aku beli secara tak sengaja . aku sesaja masuk The Face Shop tetiba ada promotion . and masa tu aku dah heret kawan-kawan aku sekali . and muka diorang pun macam eh Cuna ni dari tadi masuk kedai tu kedai ni tapi tak beli-beli baik kau beli sekarang pompuannnnn ! So aku pun beli lah dua benda alah ni setelah dihasut oleh promoter kedai tu . nasib baik best kalau tak rugi duit aku.

Seaweeds moisturizer tu aku selalu pakai before tidur.... kalau aku ingat dan tak tertidur . haha . Apple Peeling tu pulak  aku selalu makan dengan biskut kering . emm , sedap . just kidding . kau jangan pergi beli then makan pulak . masuk hospital aku tak tahu . Apple Peeling tu macam exfoliator so aku pakai seminggu sekali . kalau rajin dua kali . aku tak nak cakap banyak pasal benda ni sebab nanti aku nak buat review so kalau berminat, tungguuuuuuu ~

#Games of the month

1. Dream House Days

Game ni kau kena sediakan apartment atau rumah sewa untuk orang . so boleh design and decorate rumah tu , cari penyewa , and uruskan macam macam . best lah bagi aku . best lah kot kalau sampai aku main non-stop sehari sampai tiga kali charge phone . tidur pukul 2 pagi sebab main game ni and bangun bangun sambung main . tapi kalau dah lama lama mungkin akan bosan jugak lah . So, it is fun for a week or two i guess.


2. Agar.io

game ni basically kau adalah satu bulatan . and kau boleh makan bulatan yang lagi kecik daripada kau . it is that simple . but it is sooo addicting . like kau dah penat penat main sampai besar tetiba kena makan dengan orang geramnya rasa . and start lagi dan lagi dan lagi . kalau nak main search je kat google Agar.io nanti keluar website dia . no worries , free je .


#Songs of the month

1. Papercut


2. Beautiful Now


idk... music taste kita mungkin berbeza. haha




alamak aku nak masuk kan movie/drama/series of the month tapi macam dah banyak sangat . sambung next entry lah . haha

Photobucket

Tiga open house dan seketul crush lama

Assalamualaikum :)

Apa yang paling menggembirakan di bulan Syawal ni selain daripada duit raya ialah open house . erm , rasanya boleh bagi highlight sikit sebab dia OPEN HOUSE . hamagadd sesiapa yang rumah dia buat open house silalah jemput aku .


Cerita dia weekend ni dapur rumah aku hanya berasap untuk breakfast je . lunch dinner semua kami mencekik puas puas di open house . hari ni family aku marathon tiga open house sekali gus . walaupun lokasi rumah rumah agak jauh , tapi sanggup kami redah dek kerana menu nasi arab dan kambing bakar nyumzzz . haa , kalau korang nak pergi marathon open house , bukan boleh main redah je . dia ada sedikit tips and tricks tau !


1. Bersiap lawa-lawa
Hal ini demikian kerana kau akan jumpa dengan ramai kengkawan parents kau . haruslah kena comel comel supaya mendapat pujian seperti "eh dah besar dah... dah cantik dah sekarang."  lalu kau pun boleh senyum tersipu sipu lalu salam tangan beliau dengan penuh sopan dan gemalai.
p/s: mana tahu nanti ada yang berkenan nak buat menantu muehehehe ~


2. Sikit-sikit tapi semua
kalau kau pergi dekat mana mana open house , jangan menyesal di kemudian hari kerana tak merasa semua jenis juadah yang dihidang . nanti balik tetiba dalam kereta adik kau sembang laksa dia tadi sedap nak mamps . dah menangis sebab tadi sombong tak nak rasa . tapi kena makan sikit sikit ! kalau tak nanti rumah yang last last kau dah tak mampu nak makan apa apa . tetiba rumah last hidang burung merak albino golek honeyprime blackpaper BBQ vavavoomm haa mulalah berharap tadi tak mencekik soto lima mangkuk.


3. Baju sorok perut
Pilihan baju mestilah tepat . kalau kau jenis perut tak ada six pad tak payah lah pergi open house pakai baju kurung modern mahupun kebaya . eloklah kalau pakai baju kurung atau jubah atau blouse yang besar dan jenis kain yang flowy . kain chiffon is the best sebab dia sentiasa kembang and tak melekat kat perut kau . jangan pakai kain lycra . nope . bad decision !


sekian sahaja tips ringkas khas daripada pakar mencekik yang berpengalaman .


oh btw , guess what . rumah laaaaaast sekali yang aku pergi tadi , tengok syok syok aku scan segala jenis makan yang dihidangkan sambil fikir nak ambik yang mana dulu sambil fikir patut ke aku makan lebih sikit memandangkan ni rumah last , tetiba aku pandang depan nampak crush aku masa form 1 dulu . and I was like OMFGWOJDOSDJKWNDDLAODKAPKP#$%^&*()_

Don't worry , aku sangat dah move on . Abang Po if you're reading this jangan risau . dan jangan tanya apa-apa hahahahaha :P and dia pun dah bertunang dah pun . oopps kantoi aku still stalk dia . dah Facebook friend so scroll scroll timeline ternampak lah kan . heheh :P

He was my senior tho . and I used to do the creepy forever alone nerd girl thing to usha dia whenever I saw him . like tengah kusyuk belajar dalam kelas tetiba crush lalu , mata dan otak aku pun turut berlalu . hahahah . and bila aku dapat tau ada orang lain minat kat dia jugak I was like... F off, bitch ! (dalam hati je lah LOL) . ahhh rindunya zaman zaman derp dulu . ada crush semua tu . aku dah lama tak ada crush sebab obviously aku dah ada bf . and otometik hati aku tak gegedik macam dulu bila jumpa laki hensem kat celah mana-mana. dia semacam tak bernafsu . hahahahaha


okay okay ! enough of geli-geli entry . bila fikir balik semua ni baru sedar how time flies . dulu aku minat kat dia masa aku form 1 . sedar tak sedar sekarang aku dah doploh tahun and dia pun dah bertunang . it's seven freaking years ! tak sedar pun . tetiba baru sedar aku dah tua . sob sob . kbye nak menangis sambil belek katalog krim anti penuaan dan kedut.

Photobucket

Raya Post !!! (Part 2)


#THIRDdayraya


third day raya kami satu family (by satu family I mean allll termasuk atuk nenek makcik pakcik semua) pergi Melaka for family day . so family besar kami decide untuk gather semua kaum kerabat at one of the relatives house. and rumah orang tu dekat sawah padi , Melaka . It's kinda like kenduri to me . diorang pasang khemah , hidang makanan , siap pasang speaker and DJ set yang macam kat kenduri tu . disebabkan rumah dekat bendang jauh jauh , so it's like suka hati kau lah nak memekak pasang speaker kuat kuat pun . hahaha . And I don't even know anyone there . semua third generation macam strangers yang terpaksa gather ramai ramai . hahaha . yang kecoh semua makcik pakcik je





cubaan untuk jet jet cool tangkap gambar background bendang tapi muka aku cam nak terberak =..=''

kak long mithali


balik dari family day tu , kami singgah bandar Melaka jap and naik river cruise . dan ada someone yang super eksaited di situ .








and we end our little raya getaway dengan menketedarah di kepci . 
belanja mata rabak dan gigi vampire ciked ~



btw , perasan tak serkup aku senget sepanjang hari . urghh


dan itu je entry raya aku . raya ke empat balik rumah . raya ke lima beraya dengan kawan kawan tapi tak ada gambar . raya ke enam dan seterusnya cukup lah sekarang korang bayangkan kami satu keluarga meratah kuih raya sambil bergelimpangan di depan TV . Sekian , tengkiu ;~*



Photobucket

Raya Post !!!

WARNING : BILANGAN SELFIE DALAM ENTRY NI ADALAH INFINITY . KEEP STRONG GUYS


Assalamualaikum !

Finally here is my raya entry . yayyy ~ so kita start dengan raya first dulu . we'll see entry ni boleh tampung gambar raya sampai hari raya ke berapa . ahahaha . kalau macam dah sarat aku akan buat second blog post no worries ~


#FIRSTdayraya


setiap tahun , family aku akan gilir gilir beraya di kampung parents aku. so tahun ni , giliran kampung belah ibu aka kampung yang aku pergi hampir setiap minggu at least tiga kali sebab jarak 10 minit je dari rumah . hahaha . so here's a proper family potrait . ada jugak family wefie tapi muka semua orang cam haram so rasanya aku patut simpan sebagai koleksi peribadi je hahahaha 

and ni gambar dengan nenek abah aka my atuk . it's so weird that nenek mak is not sitting beside him :'(
 aku rasa tahun ni raya semacam kurang meriah . mungkin sebab tak semua family ada , ada yang balik kampung lain dulu . and of course sebab nenek mak tak ada . so later that day kami pergi ziarah kubur nenek . so lepas ni maybe ni akan jadi rutin kitorang . after mencekik rendang , salam salam kutip duit raya , pergi kubur . and hell yeah Iolls still dapat duit raya ahaks XD


and here are selfie raya yang super cerah . hahahaha . aku tangkap pakai camera 360 at first then try to edit balik so that tak nampak 360 sangat tapi still nampak super fake . oh well ~ nak buek cam mano lai kan *flips shawl*

for make up aku cuma pakai brown eyeliner and smudge them . a bit of mascara and blusher (tak nampak beza langsung pun) and NYX butter lip cream in Antwerp . believe me I dont lukis kening . soooo many people come up to me and ask can I teach them how to lukis kening padahal I never lukis kening .  They are naturally like that *flips kening*


adik dont want to take selfie with me :'(


mak ngah yang tak pakai lipstick merah

and petang tu guess who came . rasanya ni first time aku jumpa Abang Po di hari raya pertama . lengkap berbaju melayu samping bagai kau ! hahahaha . aku tak sangka pulak dia nak datang rumah nenek aku . lepas Abang Po balik apa lagi , edisi soal siasat pun bermula dengan seluruh kaum kerabat aku . aduh busy body betul


and of course I did pull a super cute face while taking picture with Abang Po ihiks 
btw nice background tho XD


#SECONDdayraya



hari raya kedua cuma perjalanan balik ke kampung belah ayah aku; kat Negeri Sembilan . haa , now you know why sometimes I do write in loghat nogori haha . saja mengada padahal ayah aku tak de lah cakap loghat negeri sembilan pun . 



sementara tunggu parents aku siap packing barang , aku dengan adik aku pun menggedik dahulu bersama kitkat kengkonon photoshoot ghraye . and I don't know why kami fikir oh coolnya kalau kita tangkap gambar kat pokok apa tah tu aku tak tahu depan rumah tu !

gigih kau tahu selitkan diri celah semak di kala matahari tegak atas kepala 




aaaaaaaand tu je untuk hari raya kedua . nak dekat senja kami pun sampai kampung and we looked freaking hot dengan style shawl herot dan keromot serta sedikit air liur basi di pipi sebagai penyeri . too hot to show you guys , takut nanti ada yang terpikat terus nak hantar rombongan meminang ayokk tak tahu hahahaha


and that is it ! for now . tunggu sat naa raya ketiga next entry pasal banyak sangat gambar . haha



Photobucket