Mood raya is ON

Assalamualaikum kesayangan !

Pabila traffic mula sesak , dan radio dah mula mainkan lagu lagu raya , dan students uni yang menyewa kat rumah sebelah separuh dah lesap balik kampung , dan saki baki yang tinggal gigit kain mengenang ada last class hari ni sambil sidai kain sampai nyanyi lagu raya , dan pabila semua keperluan (atau lebih kepada kemahuan ?) raya seperti baju kasut tudung serta sepender raya semua dah sedia .......


dan pabila ibu dah keluarkan arahan : pergi kemas beg . pagi esok balik kampung !

dan pada masa itulah kemuncak mood raya . ok nampak tak motif kenapa aku tak sambung tidur lepas sahur sekarang and terus update blog ? pasal nanti dah sibuk and broadband gua dah lama tak bayar . tskk . selamat berpisah buat sementara duhai internetku sayang ~

sneak peek baju raya hari first and second . tapi yang feveret baju raya ketiga yang kiut miut . tak mau la tayang semua . huhu ~



tapi yang paling aku menyampah bila berkemas nak balik kampung ni ialah kena decide baju apa nak bawak . like aku ada satu almari yang sangat sendat .. dan ada banyak baju yang aku baru pakai sekali dua and rasa nak pakai lagi . tapi tak tau macam mana nak mix match , tak tau nak pilih . arghhhh . lama lama dah habis satu almari aku selongkar , tetiba rasa macam aku dah takde baju nak pakai . nak kena shopping baju lagi :'(

ni pun actually aku dah kemas balik separuh dari baju baju yang aku keluarkan and try dari dalam almari.... kan bagus kalau balik kampung naik lori , angkut je satu almari . beres !



so , selamat berpuasa lagi dua hari and beraya ! nanti jangan lupa share share gambar raya ok . kalau nak share duit raya pun tak pe , lagi titew suka . ihiks ~
Photobucket

Ada apa dalam parcel ?

Finally !

Assalamualaikum :)

okay ingat lagi tak cerita abang tak berapa nak hensem datang bersama van putih beliau ketika aku tengah syok syok kunyah biskut oat ? siapa lupa tu mungkin dia makan sup semut hitam waktu sahur mungkin ? hahaha . atau tak baca dua entry lepas :'(




p/s: abaikan katil yang super kemas

haa , macam ni ghrupe kotak zalora yek anak anak sekalian . cantik kan ? buat kita rasa tak sabar terus lari cari gunting nak bukak . hohoho

and this is inside the box . dalam banyak banyak online store aku pernah beli barang setakat ni zalora la yang parcel dia paling kemas and cantik. siap ada iklan iklan , coupon , and plastik poslaju and dia punya erm... apa tu , alah.... untuk return barang kalau tak suka for free . bungkus je balik then pos . satu sen pun tak payah bayar .

so... aku CUMA order dua barang . teeheee ~



so the first thing that I got is just a black studed sandal. merangkap kasut ghrayo den . tahun ni i'olls dah bersara dari kasut tiga inci untuk raya . sebab bila kenang kenang balik I don't really actually wear high heels or wedges pun . nanti pakai tak sampai lima kali then rosak macam tu je dalam rak kasut . lagipun asyik terpeleot je bila jalan . and then sakit kaki . di usia 19 tahun (18 tahun 7 bulan to be exact) , aku dah dapat terima hakikat ketinggian aku yang comel ni . ahaks . and sekarang aku memang suka pakai flat shoes sebab aku rasa tinggi aku ni dah cukup comelsssss LOL



dan barang kedua ni lah yang buat aku tak senang duduk . kau faham tak perasaan bila saja saja scroll zalora tetiba nampak jam comel gila and ada discount sampai almost RM80 and bila tengok stock only one item in stock dan masa tu dah pukul dua pagi hari ahad........

jam ni lah yang buatkan aku pejam mata terus order je hahahahaha . dah la pakai bank in . esok pagi tu puas la cari bank .

tapi malangnya tak boleh pakai lagi sebab besar so nak kena pergi kedai dulu potong tali dia . and sedih sikit pasal aku ingat tali besi rupanya plastic so ringan sikit . tapi ok jugak sebab kalau besi nanti kejap karang dah bercalar . faham faham je lah kan orang 'sopan' macam mana.



coupon yang ada ni , aku nak share je dengan korang . satu coupon ni valid sekali je . so siapa cepat dia la yang dapat . zalora pun tengah banyak gila babes sale sekarang and free delivery with no minimum spend . dan kalau korang pandai time nak order tu check lah atas atas tu kadang kadang dia ada letak code discount  untuk sekian sekian jenis barang . ewah macam iklan dalam tv pulak . ihiks

sempat lagi ni nak order barang raya . dua tiga hari je dah sampai tau.



coupon ni cuma sah sehingga 15 August 2014


so , code yang pertama ni , untuk 10% off

code: ZHRkMZVqSn



second code ni pulak untuk potongan harga sebanyak RM25 tapi cuma boleh guna kalau total order bernilai RM99 dan ke atas

code: ZLXHRV773F


cara nak guna coupon ni , pilih barang mana yang korang nak . lepas dah pilih semua sebelum confirmkan total bill , masukkan code code ni and apply , nanti dia akan potong harga total bill korang .


so , selamat shopping raya last minute ! haha
Photobucket

Random Monday

Assalamualaikum

ok last entry aku cakap nak update pasal barang yang aku order online tu kan . tapi aku tipu , tak buat pun . you know , bila tiba tiba kau langsung hilang mood nak update blog and play games instead . then aku bermarathon habiskan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan episod akhir dia sangat mengecewakan aku like why the hell kau nak buat cerita tergantung macam tu ??? siapa mak Indah sebenarnya ? takkan nak ada KTAR 2 kot , dorang dah kahwin dah nak dapat anak dah pun, bosan la cerita pasal konflik lepas kahwin ni .

ya , ini pun buatkan aku takde mood jugak nak update blog. hehe

Next entry aku share pasal parcel tu sebab aku ada coupon nak share... to avoid me shopping for more..... erm...


- - - - - - - - - - - - - - - -


semalam aku pergi 'shopping raya' . ya , ia dalam kurungan sebab tak shopping pun actually . puas pusing semua kedai cari baru raya tapi tak jumpa . aku nak cari jubah and baju melayu ayah warna pink belacan so it is damn hard to find a jubah in that colour . I found one but the price was just to ehmm...... you know what i mean... so now I don't have any matching baju raya with my family and raya is next week . I'm so done.. nanti tangkap gambar family kena duduk jauh sikit terpinggir pasal baju tak sama warna . tskk..

but i did buy a pashmina to wear with my other baju raya . kengkonon nak cari satin shawl in red but.... satin shawl is just no where to be found these days..... don't know why.. nak order online mahal and then macam dah tak sempat.. so , pashmina pun pashmina la. yang penting ada tudung *imagine aku freehair raya ni omg....*


and i did buy a pair of shoes........

opss , stop ! wait ! jangan maki "Husna berapa banyak kasut kau nak beli?!" , I know I just bought one last week . tapi kali ni TERpaksa dalam rela . ahaks . masa nak keluar rumah tu aku dah dapat rasa lain macam dengan sandal aku tu . yeah I wear it a lot . beli tu pun before masuk UM last year . and then belum pun sampai , kasut aku dah putus dalam kereta . and I was like YES ! *dalam hati* and then pura pura terkejut and sedih like alahhhh kasut putus macam mana ni ?????

ahaha , so I got a new one . teeheee  ~


- - - - - - - - - - - - - - - - - -


and here are some things that I NEED to get before September...

*buat IC baru (hell yeah aku still pakai IC 12 tahun yang hodoh cam asdfghjkl)
*tukar lens spec and beli contact lens.. (or I should get contact lens minggu ni sebab aku taknak beraya pakai spec)
*buy a new bag . ehehehe
*jumpa dentist (masih dalam pertimbangan)


dan ini gula gula untuk korang <3 p="">


Photobucket

Finally sampai

Assalamualaikum...

aku kan.. hari tu ada order barang . lepas tu macam biasalah , lepas order barang ni selagi tak sampai selagi tu hari hari duduk depan pintu tunggu bilalah abang GDEX ni nak sampai dengan van beliau . sedih tau penyeksaan batin macam ni . tskk *lap air mata pelesu*

lepas tu tadi baru je check email makcik zalora cakap barang dah on the way . yeah , finally . jadi aku kira kira owh , maybe esok sampai lah kot.. lepas tu semangat check tracking number nak tengok parcel dah sampai mana . tengok tengok dah sampai jerantut . ah ye la nii , esok la ni . kompom . lagi pun masa tu dah pukul lima petang .

aku pun baru je nak update blog dengan tajuk entry "cepatlah sampai" sambil makan biskut oat *i'olls cuti* dengan harapan saja nak bagi korang tertanya tanya apa aku order . hahaha . tetiba kan , tengah seronok mengunyah abang GDEX yang tak berapa nak hensem bersama van putihnya dah hon hon kat luar rumah . eksaited kemain aku terus capai shawl letak atas kepala . dah bukak pintu baru sedar dalam mulut ada biskut . 

pastu nak cover senyum kulum kulum je . dia suruh sign sini sinun aku ikut je diam je tak cakap pape . karang bukak mulut kang terkeluar biskut i'olls . hihik . tapi aku rasa ada je habuk habuk biskut tu kat mulut . ah lantaklah yang penting parcel sampai . ekekeke ~

malam nanti kita share share ada apa dalam kotak jaloghra tuh . nak kena tolong omak masak kalau tak nanti membebel sampai malam tak habis . kbye !


Photobucket

WORDLESS WEDNESDAY




P/S : kalau tambah burger seketul dua laaaagi kita suka . hikhik :D



Photobucket

Klishe Ramadhan

Assalamualaikum !


And salam ramadhan ~ so sekarang kita dah masuk separuh masa kedua bulan ramadhan . haa , nampak tak effect world cup kat situ . separuh masa kau . hahahaha. cakap pasal world cup , sorry lah i'olls tak layan bola , tapi usha usha lah jugak kadang kadang lepas sahur tu . yang lawaknya adik aku yang tak pernah layan bola tu tetiba semangat nak tengok Brazil lawan Germany hari tu . kengkonon nak tengok Neymar lah tu . padahal aku tau dia pun baru kenal Neymar pasal dengar kawan kawan dia sebut then google siapa Neymar. puih !

Lepas Brazil kena tibai 7-1 terus dia berpaling tadah sokong Germany pulak untuk final . #lalangsampaimenang


So , korang perasan tak beberapa perkara yang agak klishe sepanjang bulan Ramadhan ni ?


1) Hari hari minum air sedap .
selalunya rumah aku ni dinner tak pernah pun ada air manis . lepas makan pandai pandai sendiri je pergi ambil cawan tadah air masak . air batu pun jarang ada dalam peti . Tapi bulan puasa ni paling kurang mesti ada dua jenis air . air batu berketul ketul . dalam peti penuh ais je . Tak cukup buat sendiri pergi bazar beli lagi . sampai air jagung pun nak beli jugak -,-


2) Bertukar tukar juadah berbuka , kuih muih dengan jiran.
Sebelah rumah aku ada students U tau . sebelum ni jarang jarang je tegur . muka pun tak kenal . tapi semenjak bulan puasa ni dua tiga hari sekali mesti bagi salam hulur kuih muih . dah dapat pinggan orang tu , terpaksa lah pulangkan kan ? nak pulang kosong macam kwangjau sangat je , makanya ibu aku pun terpaksa merajinkan diri masak apa apa untuk balas balik kat diorang . haha .

3) Jemaah maghrib bertambah.
Benda ni selalunya terjadi di masjid masjid atau surau berdekatan dengan university . secara magiknya ramai jemaah maghrib dan semua muka muda mudi yang jet jet suci . selama ni muka kedut kedut je yang ramai . ya , ini semua tak lain tak bukan sebab nak makan free kat masjid . tau sangat dah . tapi tak pelah , dapat pahala lebih berjemaah bulan puasa ni .

4) Happy Iftar
Buka twitter atau facebook pukul tujuh . mesti semua orang tweet or update status happy iftar , selamat berbuka , and post gambar juadah berbuka .

5) Done sahur
dan ya , lepas korang sahur tu cuba buka twitter lagi , mesti semua pakat tweet done sahur . ya , #followerperlutahu

6) Done tarawikh
ini lagi satu penyakit . aku rasa rakyat Malaysia ni memang peramah terlebih , kalau boleh nak satu dunia tahu apa diorang dah siap buat . lagi sakit mata bila orang bagitau done tarawikh beserta berapa rakaat dan witir . tak perlu weh tak perlu !!! dan yang paling comel gurls out there semua berlumba lumba tayang telekung warna warni fesyen terkini . before pergi tarawikh selfie dulu then post kat instagram . klishe sangat ~~

7) Lima minit sebelum subuh....
semua orang akan minum air selagi termampu sampai kembung perut . baru rasa puas hati dan bersedia untuk menghadapi liku liku esok hari tanpa setitis air . 

8) pukul 3 petang....
"Husna tolong buat ni !"
"Puasa..... penat.... tak larat..."


9) Satu minit sebelum maghrib....
berdiri dekat pintu dengar bila lah nak azan ni... siapa selalu buat baik mengaku cepat !!!!


10) hujung hujung bulan nak dekat raya...
"kenapa ni? main mercun ya ?"
"berlatih berjihad . lepas raya ni nak pergi Gaza"





pesanan penaja:
Pray for Gaza



Photobucket

FAVS

Hi peeps !

I have been wanting to share this long time ago but everytime I opened my laptop I just like... nahh , I'm too lazy for this and no one cares ~

but just because I don't know what to do now and have no idea what to update my blog with , so here we go !

\MAYBELLINE NEW YORK BABY LIPS GLOW/

aku tak pernah ada lipstick . teringin lah jugak nak beli kan . tapi setiap kali try dekat kedai rasa macam.... no no no . gelinya . so aku cuma pakai lip balm/lip tint . and aku sangat suka benda alah ni . 

sebab pertama:
 dia buat bibir aku tak pucat . kinda like lip ice , tapi tak se-pink pakai lip ice . baby lips glow ni dia punya pink just nice gittew . 

sebab kedua: 
dia moist kan lips aku , yeah tu la motif lip balm yedok ? 

sebab ketiga:
bau dia macam sugus strawberry ohmagaddddd so heaven ! so rasa nak makan makan je . setiap kali lepak dengan kawan aku akan tunjuk benda alah ni and suruh diorang bau . aku rasa aku obses dengan baby lips balm ni.....


\EVEREST MINTS (STRAWBERRY)/

guys , kalau korang pergi seven eleven or mana mana kedai yang ada jual benda ni , just buy it . kalau nak bandingkan dengan eclipes , aku rasa yang ni laaaagi sedap . dia macam berangin tapi tak rasa pedas kat lidah macam mint lain . dia semacam bagi kau rasa nyaman gila and rasa dia macam...... sedap gila . aku first time rasa time kawan aku offer and I was like omg sedapnyaaa . and terus beli . lepas tu aku akan offer dekat semua orang sebab nak share betapa sedapnya mint ni . and semua orang punya reaction macam eh sedapnya gula gula apa ni ??? lepas tu sengeh dalam hati sambil tunjuk bekas mint.


\VICTORIA'S SECRET PURE SEDUCTION FRAGRANCE MIST/
bau dia antara dua je . you like it or you hate it . no in between . sama ada kau akan cakap eh sedapnya bau ni ! atau kau akan maki woi masam gila bau sakit hidung aku! hahaha. dia cakap kat sini 'red plum & freesia' , so bau dia macam masam masam sweet gittew . aku jadi addict dengan bau ni sebab roommate aku dulu pakai perfume ni so hari hari aku bau . bau dia macam kuat gila time sembur tu , kalau aku otw balik bilik dari toilet tu , aku boleh bau kat koridor selang dua bilik dari bilik aku , and aku tau oh mesti roommate aku dah bersiap . tapi nanti tak lama dia hilang la pasal ni fragrance mist je. 


\NIVEA EXTRA WHITENING CELL REPAIR PROTECT BODY CREAM/
lotion ni aku beli sebab bau dia sedap . hahaha langsung aku tak tengok cell repair ke whitening ke apa . bau dia macam yogurt mix berry . yum yum . memang lah pun sebab dia ada extract camu camu berry & acerola cherry . so memang bau berry lah kan what to expect ? haha . and lotion ni sangat sangat moisturising and tak melekit . aku benci bila pakai lotion then rasa melekit and berlengas camtu and aku terpaksa buat tangan macam orang orang tunggu sampai lotion tu kering . tapi yang ni tak . well , product nivea tak pernah mengecewakan :)



that's all ! kalau perasan semua barang favourite aku semacam dalam satu theme warna . hahahaha . and bau/rasa ; berry berry gittew ~
Photobucket

STUDY TIPS | Fokus dalam kelas


Dulu masa sekolah , aku selalu tak siap kerja rumah . balik rumah/asrama tidur, online , suka suki . dah pukul 11 or 12 malam baru slow slow nak heret beg sekolah tengok ada homework tak . lepas tu tertidur atas lantai sambil pegang pen . lepas tu esok pagi copy copy copy .

tapi bila exam markah aku yang selalu tinggi sekali . dan of course semua orang tak puas hati ! kau hari hari tiru homework aku tapi kau lagi pandai kan... pfftt..

satu satunya tips study yang aku amalkan is : fokus dalam kelas

tapi benda ni jadi lebih susah bila dah masuk university . satu lecture hall ada 300 orang , lecturer dok pok pek pok pek kat depan baca slide . half of the students tidur pasal padakesah lecture notes dah ada . print je nanti . tak payah salin . dengar pun bosan . lecturer baca je pun . ada jugak lecturer yang jenis monotone , cakap laju macam bullet train pulak tu . makanya slow slow students sumbat earphone dalam telinga dengar lagu sambil terhangguk hangguk . bukan faham tapi menari dalam hati . 

masa sem 1 , aku fail . aku sangat tak boleh fokus dalam lecture . lecture hall dah la sejuk pastu malap je . pastu kerusi empuk sangat . rasa macam tengah tengok wayang tau tapi versi cerita yang mendodoi . tak sampai 15 minit dah krohh . bila bangun aku mula buka phone main candy crush . bila nak buat tutorial tak pandai . malas lah nak bukak buku , tiru kawan je lah . bila nak exam baru terhegeh hegeh nak belajar . resultnya ? hmm , ada lah B C tiga pat ketul .

tapi sem 2 aku dah berubah . hahaha . eh terbebel panjang  sorry sorry . ok jom.

*ini lebih kepada students university*

#1 kalau tidur lambat , sila minum nescafe or coffee pagi tu.
ini agak membantu untuk membeliakkan mata anda sebanyak 40% . ya , peratus tu aku hentam je . hahaha . tapi bagi aku coffee hanya berkesan sebanyak tu . not much effect . kalau lecturer bosan , mengantuk jugak . kalau rajin , boleh bawa bekal coffee pergi kelas .

#2 breakfast
ini ikut orang . macam aku , aku memang jenis yang tak sarapan . so I'm good. tapi kadang kadang rasa nak makan jugak pagi pagi tu . lagi lagi bila kantin betul betul sebelah lecture hall . break sekejap je half students dah lesap pergi melantak . masuk masuk perut penuh mata pun berat . so jangan ambil heavy breakfast . nasi goreng mee goreng mihun goreng lagi lagi nasi lemak are so no no. kalau teringin sangat ambil lah satu senduk kecil . kalau tak , sila makan kuih atau roti je . kuih pun jangan lebih tiga ketul . kuih muih di malaysia ni dah la berminyak . lagi lah menambahkan rasa mengantuk tu.

#3 air
ini pun agak penting . kadang kadang lama sangat fokus otak pun rasa macam dah tepu , jammed , tak cukup oksigen . mulalah rasa letih and mengantuk . so , minum air ! make sure bawa bekal air . tak kan asyik nak minum air orang . you need a lot of water tho kalau lecture sampai empat lima jam tu . lagi lagi duduk dalam air cond . kering je rasa.

#4 chewing gum/ mint
ini sangattttttttttttttttttttttttttttttt membantu . aku sangat tak boleh survive tanpa chewing gum dalam lecture . kalau chewing gum habis , aku akan cuak gila like macam mana nak pergi lecture ni chewing gum dah habis ??? aku hanya boleh stay fokus selama empat ke lima jam kalau ada chewing gum.
tips : beli mint chewing gum
tips lagi : sila makan sorok sorok sebab nanti habis satu row mintak and sebotol tu boleh habis dalam masa tak sampai seminggu .

BFF forever <3 p="">


#5 jangan bawa earphone (ini merah sebab amaran keras)
kebanyakan student sanggup patah balik ke kolej kalau dia sedar yang dia tak bawa earphone pergi kelas . tapi aku dah haramkan earphone untuk dibawa ke kelas . sebab apa function earphone ? yeah , untuk korang pekakkan telinga dengar lecturer membebel kat depan and dengar lagu so boleh pura pura fokus and tak tidur . bagi aku , buatlah benda lain kalau bosan tapi jangan tutup telinga . kalau aku memang taknak fokus , aku akan main phone . at least , aku still dengar apa lecturer cakap . dapatlah jugak input walaupun sikit.

#6 salin nota
menulis memang boleh menghalang korang dari tidur . tapi jangan mendoodle pulak . tulis nota apa yang kita faham . elakkan menyalin bulat bulat . sebab nanti kita akan rush nak salin nota and tak dengar apa lecturer explain . nota tu semua ada dalam buku . explaination tu sebab kenapa kita datang lecture . kalau dah ada lecture notes , buat nota tambahan atau highlight keywords yang penting penting . so bila study balik kita boleh ingat balik apa cikgu ajar . takdelah rasa macam baca buku rujukan .
extra tips : kalau anda malas macam saya , jangan guna kertas kajang . guna buku nota . sebab ? nanti semua subjek bercampur dalam plastik kertas tu and susunan dah merata , ada yang hilang , koyak , bila nak study tak jumpa semua nota . kan ?


ini semua yang aku buat masa sem 2 . result ? so so soooooooo much better . dah tak ada C dan cuma seketul B *nangis terharu*
tapi ini cuma yang dalam kelas . luar kelas , haa pandai pandai lah nak hidup . tak perlu lah diingatkan supaya buat tutorial dan fahamkan sebab soalan test and exam banyak diambil dari situ . kalau jenis cepat lupa , rajin rajin lah ulangkaji . ingat , jangan tiru cara sesiapa sebab otak dan kepandaian masing masing . don't get stress . study smart ya anak anak , bukan study hard .



good luck !
mana satu aku ? haha


Photobucket

FREEBIES | Blog Background

Heyyo nerdies ! (cause imma nerd , and you read my blog . so that makes you a nerd too)

Macam yang aku cakap hari tu , lepas aku makeover blog aku (tukar background je pon~) , aku akan bagi link  background comelsss untuk korang semua . tapi ini lebih bertemakan floral la . haha as you can see what I have for my blog . 


/first/


/second/

*pink*

*purple*

*white*

*blue*

I just think the lace one is so cute so here goes all the colours :D

/third/


/fourth/

yang ni comel pasal dia macam bunga tapi sebenarnya kucing . OMG :O


/fifth/

/sixth/

and nothing is cooler than this . malangnya tak masuk dengan theme blog aku so nah bagi korang T_T


That's all lah kot . toodles ~
Photobucket

Kakak lagi comel

Assalamualaikum ya habibi ya maulana ~

haa ko . bulan puasa ni mood dia lain macam sikit . kadang kadang grumpy semacam je kadang kadang dok sengeh memanjang . cakap pasal grumpy , adik aku yang Huda tu , masyaAllah.... dia bulan puasa ni dah macam PMS doploh pat jam ! muka berkerut mulut muncung je . pantang tegur sikit terus menjerit jerit mengamuk sakan . kau jangan lah peduli kat dia before buka puasa . masuk je waktu maghrib , siap je makan mood dia dah ok . gelak macam gila. haa time tu la kalau kau nak gelakkan benda yang kau dah pendam satu hari untuk digelakkan pun .

waktu aku berjaga pun dah huru hara . macam sekarang ni , ni kira rare nak mati la ni aku update blog pukul tujuh pagi .

btw , semalam aku pergi bazaar ramadhan . yea , finally . setelah seminggu merengek nak pergi , baru semalam ayah free nak bawak . hujan pun hujan lah . aku sanggup redah jugak . tak kira . hahaha . masa tu aku jalan dengan Huda lah . time tu nak beli chicken wing , tetiba makcik jugak chicken wing tu tanya ,

"Adik beradik ke?"

mmm , aah... (soalan rare ni. jarang orang tanya kami adik beradik ke pasal muka tak sama)

and then makcik tu pun owhhh kan je la . pastu tetiba dia sambung...

"tapi kakak lagi comel la.. haha" sambiil pandang dekat Huda..

kami pun hehe hehe jelah kan.. siap beli tu Huda dah pasang muka jeles sambil cakap bangga la tu orang cakap kau lagi comel ! Eh mesti lah ~~ hahaha . tapi kan , aku ada musykil sesuatu... siapa yang makcik tu maksudkan sebagai kakak ? pasal dia cakap kakak lagi comel , tapi dia pandang Huda sambil sengeh . itu pandangan membawa maksud i-mean-you atau pandangan supaya si adik tak terasa hati atau apa ? yelah , kalau kita bercakap dengan dua orang , if kita pandang salah sorang maksudnya sama ada kita cakap dengan orang tu atau kita cakap pasal orang lagi satu jadi kita akan pandang yang sorang lagi sambil sengeh .

err , apa yang aku cuba sampaikan ni ?

sebab lagipun *sedih nak mengaku tapi..* tinggi aku dengan adik aku dah lebih kurang sama . walaupun beza umur tujuh tahun pfffttt . but of course muka aku nampak matang sikit . eh yeke ? tapi kadang kadang  tu orang ingat kami kawan . bila cakap adik beradik mesti orang tanya Huda form berapa ? padahal baru darjah . bila dia cakap darjah enam mesti orang expect aku tua setahun dua dari dia . and bila bagitahu aku 19 tahun orang akan macam.....

19 tahun macam ni ?!?!?! apasal adik besar kakak kecik ??

dan inilah titik permulaan punca kenapa aku suka bangga diri cakap aku awet muda . hahahahha .

btw , lepas aku cakap benda ni dekat Huda terus dia sengeh memanjang . konon konon konpem makcik tu maksudkan kakak tu dia dan dia lagi comel . oh pelisss ! apa apa pun , siapa kakak sebenarnya masih kekal misteri....

i dont have any appropriate picture to show tapi rasanya yang ni bolehlah kot.




Photobucket

Jangan buka jika sedang berpuasa

Hai


you know , kadang kadang ada masa kita craving tengah malam.

(atau selalunya)

like stay up sampai pukul dua tiga pagi lepas tu lapar . and then mengidam nak makan macam macam.

atau aku sorang je yang macam ni sebenarnya

tolonglah cakap korang pun

please say I'm normal :'(

jadi... marilah kita telan ayaq liur tengok gambar ni semua.......

kuey teow goreng special

char kuey teow. it may look gross , but you'll never know the taste... ahh , meleleh air liur..

burger bakar abang burn (al-lazat)
hanya ada di bulan puasa.. sumpah sedap 


T.T


semua gambar credit pakcik gugel.



Photobucket

Nuffnang CPUV Campaign | Ikea June Sale

Hari tu aku check nuffnang . tiba tiba tengok tabung aku dah bertambah sikit . walaupun jumlah dia masih sangat sikit untuk bank out buat beli jajan , tapi naik satu sen pun rasa macam suka sangat dah . hahahaha .
dan sekarang ada satu CPUV yang on going .




jadi rajin rajin lah click iklan dekat atas tu plissss . jeles tau tengok blogger lain sebulan dapat beribu.. siap boleh buat simpanan masa depan untuk anak anak lagi . aku ni nak buat beli jajan pun tak lepas lagi . tskkk .

anyway , thanks nuffnang ^^

Photobucket