Pengalaman ujian FELDA


Hari ni hari jumaat . semalam hari khamis . kelmarin hari rabu . yes , hari rabu . mari kita bercakap tentang hari rabu :)

Ok , temuduga felda ni bukan calang calang ok . korang nampak je felda tu macam sedey . tapi disebalik pokok kelapa sawit dan getah tu , hoi kemain loaded felda  sekarang tau . pegawai felda bonus gaji lima bulan kot ! jangan main main . 

seramai lebih kurang seratus yang datang , dia cuma nak pilih sepuluh orang je . dengar fakta seram ni aku serta merta rasa macam tawar semangat . tinggi betul saingan . memang susah la nak dapat . pulak tu yang datang rata rata semua straight A's memandangkan syarat memohon 8A ke atas . pulak tu belaka dari sekolah hebat hebat . MRSM , SBP , Sri Puteri , bla bla bla . aku sekolah harian je . ok , up la sikit .sekolah rancangan khas . tskk . masih tak dapat lawan diorang . 

sampai dekat ibu pejabat felda , kami semua menuju ke dewan perdana . hoi cantik kemain dewan tu . depan dia ada air terjun aka kolam . rasa nak masuk je dalam tu . hihi , aku memang pantang tengok kolam ni . geram nak main air . pum pang pum pang daftar . dalam area pukul 9.30 , kami semua masuk bilik perdana kot nama dia . mula mula tu test esei . 

soalannya... jeng jeng jeng..

ok aku dah lupa soalannya -,- tapi soalan tu mintak kenapa kita patut dipilih sebagai pemegang biasiswa FELDA . not more than 600 words . in english . hahahahahah . memang aku tak pandai nak puji diri sendiri . maka haruslah karangan aku menyimpang jauh dan kontot je . mungkin 300 words ? or less -,-''

then rehat . ada minum pagi . woot woot ~ ni yang I sayang FELDA ni . hihik . semua makanan tu disediakan oleh d'saji felda . memang sedap lah kan . yang aku suka sebab ada sandwich tuna dengan teh susu . hoi feveret tuu . tapi titew malu nak tambah . cedih :'(

then , pukul 11.15  masuk balik bilik tu untuk test objektif pulak . semua soalan tu menguji kemahiran bahasa inggeris kita lah . ye lah , konon nak pergi oversea . kalau bi hancus , memang tak dapek do . ada 120 soalan . masa yang diberi 2 jam 30 minit. lebih dari cukup kot . section A uji kemahiran listening . dia kasi kita dengar conversation , then jawab soalan . boleh dengar sekali je . so memang kalau kita tak faham conversation in english , memang tak dapat jawab . alhamdulillah aku faham je semua yang diorang cakap just dia ada banyak conversation . bila part conversation in biology class , english class and what so ever class agak sukar la . pasal diorang dok borak pasal term term biology . mampus eden tak faham sebab tak belajar lagi . cuma dalam hati berkata "kau borak mende ni ha sengal ???"

section B cuma uji grammar . section C pulak comprehension . boleh laa . cuma yang esei tu je lah yang aku spoil sikit . huhuhu . lepas habis test , ada makan lagiiiii . ni yang I sayang kuasa dua dekat felda ni . muah muah . macam tau tau je I tengah kebulur . time test objektif tu , perut aku menyanyi bajet macam shila amzah . dah la kuat . banyak kali pulak tu berbunyi . sampai sekali tu , kuat sangat sampai orang sebelah dengar . then dia pandang aku . aku buat tak reti je . pura pura tak ada pape jadi . maluuuu pasal bunyi perut aku serupa bunyi kentut . mesti dia ingat aku kentut . ahh , jatuh saham !

ala tapi aku lupa nak tangkap gambar makanan tu semua . pasal pinggan aku tak berseni langsung . nasi goreng dua senduk , mihun goreng dua senduk . telur mata kerbau sebijik . ayam goreng tepung seketul . fuhh , memang penuh la . beserta air klise , air sirap . memang makan tak ingat dunia la pasal dah kebulur sangat . time makan tu tetiba ada pulak sorang mamat ni mintak nak duduk kat kerusi sebelah aku pasal tempat lain semua dah penuh . aku pon "ha duduk la . tak de orang pun" dan terus sambung makan dengan lahapnya . tiada sapaan . tiada senyuman . pandang pun tidak . cuma fokus kepada nikmat mencekik makanan free ni . nyumm ~

so bagi aku , temuduga (ujian) FELDA ni dapat 4/5 bintang la . nak kasi 5 bintang pun boleh . haha . kiranya setaraf la dengan temuduga UTP . layanan dia pun baik . tempat pun selesa . dalam hall tu je . makan pun sodap . dah macam dekat hotel je . eh perasan tak bila aku pergi temuduga aku bukan fikir pasal temuduga tu tapi aku sibuk menilai servis dia . makanan dia yang penting . hahaha . 

harap harap temuduga dekat UM minggu depan ada makan makan jugak :P

Photobucket

8 comments:

  1. bape banyak kau punya interview ha ?
    eh kau gi UM , inteview alam bina eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha . tu la . tiap2 minggu ada je . smpai nak repeat test jpj pun tak sempat . asyik pospone je tiap2 mggu .
      tak la aq pilih course sains fizikal je

      Delete
  2. Cute Private, nak tanya, ni biasiswa dari FGV ke? dan untuk sehari tu, ada ujian je ka? tiada temuduga? hmmm, dah tahu apa2 atau dapat respon apa2 dari felda? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup . hari tu ada ujian je . siapa yang lulus ujian ni nnti baru dia panggil pergi interview . and yang terpilih tu dah pun dipanggil ke interview .

      Delete
  3. Replies
    1. ini test untuk dapat biasiswa felda belajar ke oversea. bukan kerja :)

      Delete

Sila tinggalkan komen anda.. =)