Assalamualaikum sayangs :)
I'm thinking about making some videos or vlog coz recently I always lazy to type . but because my voice just so merdu takut nanti korang semua tergoda and my face so cute nanti semua orang akan terpikat , ayuh kita sama sama lupakan hasrat suci murni tu . tunggu suara I berubah jadi macam suara dalam iklan and muka I jadi cantik macam hanis zalikha then I vlog . teehee ~
semalam kan , itew kan , ada test JPJ *cakap dengan muka bersungguh*
mula mula tu kan , itew ilek je . sekali bila sampai turn itew , ketaq lutut cek bak hang ! bertambah cuak bila tengok orang sebelum tu naik bukit pergi bantai langgar line tengah . yess , bukit tu ada dua jalan memang dua dua untuk kau lalu sorang sorang . terus fail .
makanya aku pun takut takut la nak naik bukit tu.. sekali naik , demm tak sampai line kuning . dengan sweetnyer aku pandang pakcik JPJ tu and cakap "nak undur balik boleh ? *wink wink*" cubaan kedua , tayar cecah sikit je dekat line kuning ni . alah tayar ni , malu malu pulak nak kawan dengan line kuning . aku sepak karang ! dah fail.. tskkk T_T
pakcik JPJ tu pun cakap dengan sweetnye "awak ni break awal sangat.. lain kali depan sikit sampai nak dekat tiang tu..." slow je dia cakap . ololoh . terharu I pakcik . sebab orang lain yang tak sampai line semua kena jerkah "awak tak nampak line tu jauh lagi ??? undur balik !" gerun i'olls . ingat cakap sweet sweet dia nak kasi lulus . ghrupenye fail jugak . hahaha . ntah pape .
makanya dengan senyuman gua meninggalkan kereta tu atas bukit dan jalan ke bawah . and ada pakcik lain datang ambil kereta tu bawak turun . feeling boss pulak . hahaha . and semua orang dekat pondok menunggu tu tengok haku sengeh sengeh je . asal ? muka aku bertukar jadi selena gomez ke semua nak pandang ni ?
test bahagian 3 pulak , nasib baik aku tak neves . pasal mula mula tu pakcik jpj tu suruh tunggu dalam kereta . dia pergi berak dulu gamoknye lama aku tunggu dia tak muncul muncul . then aku start je drive , keluar je dari simpang driving school tu , dia dah bersandar . kaki pun dah silang santai gila . tak sampai lima minit.....
"krohhhhh... krohhhhhhhh......."
me like... vat da ???? kau boleh tidur time aku bersungguh test ni ??????? siap berdengkur lagi T_T
makanya sepanjang perjalanan aku bawak slow je . tak nak bagi pakcik tu terbangun . nanti karang banyak pulak salah aku dia nampak . dan nasib baik aku dapat jalan A . walaupun jalan A semua orang cakap susah pasal banyak kena keluar simpang besar , tapi bagi aku tak de hal pun . tunggu jela sampai semua kereta ghaib . jalan B lagi susah pasal jalan dia tak cantik then aku tak hafal jalan :P
dan yess , lulus jugak bahagian 3 . kalau dua dua fail malu lah I . hahaha . tak gangster la kalau satu pun tak lulus . tapi yang aku tak puas hati pakcik JPJ tu pergi pangkah dekat check side mirror . padahal aku dah check dah . wuuuu . ni mesti dia tidur or mamai time aku check tu . saya bangkang ! saya bangkang yang arif ! ini tidak adil tidak adil tidak adil bagiku.....
dan bila aku bagitau cikgu aku yang aku fail....
"iye? kalau macam tu nanti minggu depan jannatul kena test lagi la . hari isnin belajar ."
"cikgu orang JPJ tu tadi tidur je dalam kereta . siap berdengkur lagi !" *semangat gila cakap*
"iye ? mujur la macam tu...."
lepas tu senyap . sepi . cikgu ni memang tak peramah langsung . bosan aku -,- dia asyik main note II dia tu je . mesej awek lettew . tau la nak kahwin . rambut pun dah baru . hari tu rambut dia leper je . tetiba baru ni dia potong rambut and buat pacak pacak sikit . geram je aku nak tegur rambut baru dia . bila aku tengok dia mesti nak ketawa sebab teringat rambut lama . hahaha .
btw , facing failure tak lah teruk sangat . aku ketawa je bila fikir yang aku gagal . haha . aku tak faham kenapa orang mesti sampai menangis nangis . it's not the end of the world pun . esok lusa boleh cuba lagi . peluang bukan sekali tu je . come on la . even jujur ini test pertama yang aku pernah gagal seumur hidup , tapi aku cool je . fail itu style . wakakaka XD
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)