letak gambar telefon merah ni dengan harapan suatu hari nanti aku boleh masuk kat dalam tu untuk mengedik selca masuk instagram . ok , motifnya yang bergambar je dengan public phone ni . bukan nak guna pun . nampak tak jakun -,-''
ok , ini entry pantas . maybe petang ni insyaallah I akan berambus dari rumah untuk pergi ke... ke... err , actually tak tahu lagi nak pergi mana . pokoknya esok nak kena ada dekat ibu pejabat felda di Kuala Lumpur tepat pukul 8 pagi . so , malam ni nak tidur mana ? err , rumah mak uda kot . tak kan ayah tergamak nak ajak aku tidur dalam kereta ? jatuh la reputasi I selaku pwincess . ahak .
so tak tahu lagi petang ni atau subuh esok nak bertolak . eh , bukan ni yang I nak cakapkan . tapi pasal telefon . phone call to be exact . haish , manusia sejagat , peliss la . kalau setakat nak tanya satu soalan , tak payah la nak call . pulak tu call time tengah hari .
hari ni acara masak memasak aku sangat terganggu . tengah seronok seronok golek golek ayam atas tepung tetiba Huda gegar pintu rumah macam nak tercabut . tahu la baru balik sekolah . sabar la kejap . tengah nak bukak pintu telefon rumah pulak berbunyi . berlari pulak angkat telefon . angkat angkat soalannya satu je .
"Assalamualaikum . boleh saya bercakap dengan Nur Jannatul Husna binti Zazali?"
"Ya saya ?"
"saya dari institut pengajian tinggi bla bla bla bla saya nak konfemkan keputusan SPM adik"
"hah ? (alamak ayam aku hangit) err , 9A"
"Oh , ok . tahniah ya . ok terima kasih"
tuuuuutt tuuuuut......tuuut
ek eleyh , tu je ke ?
baru aku nak angkat ayam yang separa hangit . handphone pulak berbunyi . ahh , memang malas la kan nak angkat . handphone senyap telefon rumah pulak menjerit . grr , kenapa semua orang dengki aku nak goreng ayam ni ????
"Hello???"
"Hello Husna . tengah buat apa tu ?"
"Goreng ayam =..="
"ohh , ayah nak tanya ni . macam mana nak kira ek . kalau 44% = 339 . kalau nak 100% macam mana?"
"lerr . 100 per 44 darab la dengan 339 tu -,-"
"ok , nanti salah kira ayah call semula"
tuuuuutt.....tuuttt... tuuuutttt...
itu je ? rasanya meja ayah sebelah meja cikgu matematik . ataupun dekat library tu ramai cikgu math . kenapa mesti call aku semata mata untuk itu ?? kenapa ?? waaa . lepas ni time aku goreng ayam aku nak cabut batery handphone , cabut wayar telefon rumah , tampal notis dekat pintu suruh Huda sabar kejap.
konklusinya , ayam aku dah hangit . kbye.
P/S: next next next entry aku nak tayang dekat korang baby baru aku . aww aww ~
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)