Me SAD


Assalamualaikum 
Saat ini cuna rasa macam nak cekik cekik orang sebab marah dan rasa nak ketawa guling guling sebab bangga . hahaha . ya ya , I selalu ada masalah macam ni . nak marah tapi nak ketawa . ok , sila kasihani diriku ini.

Hari ni bonda tak ada . so tengah hari tadi kami anak beranak pun merempat makan di KFC . sedih kan .  maklumlah , semua tak lalu nak makan ayam goreng celup tepung dan kuah kicap masakan I . sedih . sebenarnya aku pun tak lalu . muak . bosan . hahahak . 

lepas balik dari mencekik Pais pulak datang tayang SG Note II celup dia . haish , mujur I tengah sengkek pasal tak kerja. kalau tak , memang dah ambik seketul dua . kononnya nak pergi pasar malam . sekali hujan selebat lebat alam . masa duk lepak dalam rumah cerah je . baru melangkah keluar and kunci pintu..... kebaboomm *bunyi hujan versi akustik*

makanya terus pecut pergi pasar malam , ayah turun sorang beli murtabak and straight pergi asrama MAAHAD nak melawat cousin ku yang tak berapa nak waras tu . hahaha . tapi mungkin hari ni hari kurang bernasib baik sedunia , puas wa pusing satu hostel tak jumpa jumpa jugak budak debab tuh . hoi , dah la wa pusing bawak adik , pegang plastik bungkus murbatak , sambil jalan kecikkan mata pasal rabun . orang semua tengok pelik je .

nak tanya orang pun malu . like.....

"Dik , kenal Farhah Wahidah tak ?"

and 'adik' tersebut pandang wa macam tak puas hati . mana tak nya . I pun serba salah nak panggil budak tu adik . I know she's younger... but.... she's way taller than me T_T
last last jumpa dorm Farhah tapi dia tak ada dalam dorm . ada gotong royong kelas dari pagi . puih , gotong royong kelas . school life . hahahaha . dah sampai dua kali pusing hostel dia tetap tak ada , aku pun terpaksa serahkan mandat murtabak beserta RM50 dekat budak dorm dia . sebenarnya takut jugak . pasal dia baru je hilang RM300 . terkejut gila aku dengar . coz even I biasa duduk hostel and memang jenis letak duit merata , tapi duit I tak pernah hilang.

bayangkan la . dia mintak tolong kawan dia keluarkan duit dari atm RM300 . sekali kawan dia kata account tu kosong . tak ada duit . padahal memang mama dia dah isi RM300 . gamaknya memang kawan dia dah ambik la kot duit tu . moral of the story , jangan percaya kawan suruh tolong keluarkan duit . huuu .

yang membuatkan aku rasa nak ketawa , budak bilik dia yang aku kirimkan murtabak tu dengan muka naif nya tanya aku...

"ni darjah berapa ni ?"

and me like.... BHAHAHAHAHHAA

dia pun dengan naifnya lagi tanya...

"darjah lima ? enam ? ke form one ?"

me : HAHAHAHAHAHHAHAHAHA . see Huda , betapa awet mudanya aku . Nanti awak tanya lah farhah sendiri umur saya berapa ya . tata ~


mesti budak tu fikir 'budak' mana lah datang cari kakak dia ni . sedih wooo . padahal I rasa tinggi I dengan budak tu lebih kurang je . but why dia mesti tanya darjah berapa ?? kalau orang tua yang tanya tak la terasa sangat . tapi bila budak budak yang tanya , aku terasa macam oh nooooo . aku nampak macam budak sekolah rendah sangat ke ??? at least teka la sebaya dengan dia ke . ni darjah berapa . oh plis .

lepas ni kalau aku nak melawat orang aku nak pakai macam makcik makcik siket lah . dah tak boleh pakai seluar slack and t-shirt . memang orang akan tanya darjah berapa . sedih k sedih . kalau I sekolah lagi orang tanya darjah berapa tak pe . ni aku dah lapan belas kot . dah habis sekolah . wuuuuuuu T_T

2 comments:

Sila tinggalkan komen anda.. =)