Kecelaruan Emosi


Semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak lima menjak *cuna plis la stop!* ok ok . lately , sejak aku menginjak masuk ke usia cwit cebentin ni aku sering mengalami kecelaruan emosi . kadang kadang tiba tiba aku rasa sayu . and the problem is perasaan tu sering hadir pada waktu dan tempat yang tak sesuai .

contohnya masa aku ajak ibu pergi shopping . pun aku rasa sayu sampai berair mata. kadang kadang time aku ketawa tengok gelajat hajik , pon berair mata sebab tetiba rasa sayu . aku nak buat air milo tapi air panas tak ada pun aku meraung nangis masuk bilik . dan kadang kadang bila aku tengok cerita kartun , lagi aku mudah rasa sayu . contoh watak dalam kartun tu mati atau sakit . ye ye je aku nangis . cuba kalau cerita yang manusia berlakon , orang tu mati aku cakap padan muka je -,-

dan lagi . bila tengok video makeover atau makeup dekat youtube , bila tengok orang tu terharu tengok rupa dia dah transform jadi cantik , aku pulak rasa terharu sampai menangis . tapi bila tengok movie sedih , kawan kawan yang lain ye ye menangis selok , haku rilek je . siap komen cerita tu bosan lagi -,-

dan aku cepat rasa eksaited . selalunya kalau ada apa apa aku takde lah eksaited sangat . wat lek je . tapi semenjak cwit cebentin ni cepat pulak eksaited . contohnya aku order barang atau nak pergi shopping . bersorak riang sambil terlompat lompat bukti eksaited kemain . hari tu aku join GA dekat blog orang . bila nama aku terpilih , aku siap menjerit tekup muka dekat bantal . dan malam tadi , aku tak dapat tidur sebab eksaited hari ni teha nak datang hantar lip tint and hari ni aku mula belajar drive .

dan banyaklah lagi benda benda pelik yang aku suka buat semenjak cwit cebentin ni . contohnya aku mula buat regangan and exercise sambil mandi . u know , like berlari setempat in the shower -,- lagi aku jadi rajin pulak main mekap mekap malam malam . pukul doblas je aku start tengok segala video makeup dekat youtube . then lepas tu ohohoho malu nak cakap . macam tu jugak dengan tutorial tudung . pukul dua tiga pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk aku try tutorial tudung baru atau reka style belit belit shawl sendiri .

aku jugak dah mula suka menyanyi kuat kuat . menyanyi slow slow then buat suara garau . then menyanyi sekuat hati sepenuh jiwa raga . lagi lagi time semua orang pergi sekolah and tinggal aku sorang dekat rumah . memang buat consert lah kan . aku jugak dah mula suka miming lagu depan cermin sambil terlompat lompat .

aku tak tahu adakah ini side effect hampir empat bulan duduk rumah goyang kaki ataupun memang budak cwit cebentin semuanya mengalami sindrom yang sama macam aku . ataupun sebab SPM bakal melahirkan resultnya minggu depan . OMG , MINGGU DEPAN ?????? takutnya mak ~ *cakap gaya bapok*

ahhhhh , aku cuba buat tak peduli pasal result . tapi sebenarnya.... takut jugak . huk  huk . tapi actually memang aku tak terfikir sangat pun . hahahaha . tapi bila dah terfikir takut lah ! ok tak nak cakap dah ! kbye.

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)