Demi scholarship !


Assalamualaikum :3
Petang semalam I teman Cik Dila pergi print out borang scholarship maybank . Hari ni pulak pagi pagi Dila dan datang rumah . gigih nak isi borang sama sama . hahaha . puncanya sebab borang tu in English . makanya kami slow sikit nak isi . Oh My English ! nanti ada season 2 . nantikan di astro tviq ok ! eh terpromote pulak -,-

justeru setelah dari pagi hingga ke petang berhempas pulas isi borang yang just dua keping actually , kami pun berambus ke bandar untuk pos . gagaga . mula mula kami pergi bank dulu untuk cash in cek . actually *cough* ni first time *cough* saya berurusan dengan bank sendiri . makanya haruslah nak ambil nombor pun aku tak reti . siapa suruh pelik sangat mesen tu . konon touch screen . puas aku tonyoh tak jadi . last last ada pakcik tu tegur...

"dik , sentuh pakai kuku"

and I was like . kuku . ok . kuku =.=''
then nak isi borang pun terkial kial . tiba tiba tunggu punya tunggu punya tunggu . DAMN ! wa baru teringat ic wa tertinggal kat dalam scanner . haruskah aku menangis dan cabut lari sekarang ? nombor giliran tinggal satu je lagi sebelum nombor giliran aku . walawey betul . tapi sebab nekad dan tebus cek punya pasal , wa redah je bhai . memang dalam hati dok doa je jangan lah pakcik tak berapa nak hensem ni mintak ic aku . fuhh , mujur dia tak mintak . alhamdulillah . kalau tak memang aku dah nekad nak merengek je dekat kaunter tu supaya luluskan je tanpa guna ic . hahaha 

then bergegas pulak pergi pejabat pos . kalau keluar dengan Dila ni special sikit . asal dia nampak je parking , kat situ lah dia berhenti . lepas tu menapak lah ke satu bandar . lepas tu merungut panas . padahal ada kereta . LOL . aku nak buat surat bantahan dekat JPJ lah suruh tarik balik lesen Dila . dengan lesen Fuad sekali . dia drive macam orang gila !

sampai dekat pejabat pos , ada lagi baki 15 minit sebelum surat surat kena kutip . kami pun rushing sebab baru nak masukkan borang dalam sampul . baru nak tepek setem . hoi , aku tepek setem pakai peluh yang meleleh leleh kat dahi tahu ! ambik berkat kononnya . baru lah nampak gigih usaha penat jerih demi nak apply scholarship . sekali time nak tulis alamat......

krikkkk krikkk krikkk *bunyi cengkerik*

"Dila , kita lupa salin alamat dekat website dia tu la -,-"

demm sekali lagi . saat ini sila menangis anak anak . cepat cepat contact ayah suruh search and send kan alamat tu . mujurrrrrrr ja sempat . kalau tak memang sedih lah kan . masa kitorang nak tulis alamat tu terkekek kekek dah ketawa . macam ni nak pergi Cambridge kononnya . baru nak hantar borang pun alamat boleh lupa . ada harapan ke ? hahaha . pilih uni kemain demand . oversea saja . hahaha . 


konklusinya , hari yang haru ini haruslah disudahi dengan mencekik coolblog honeydew smoothie seketul dua . sedap hingga menjilat straw yuh ~~



Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)