My first DRIVE

omnomnomnomnom ~ tajuk tak leh blah . taip dengan muka bangga habis . hahaha . macam ni ha



ok seram -,-

berbalik kepada main point . hari ni first day aku start belajar memandu . chewahh . actually second . kali pertama dengan ayah . tapi malangnya tak gaya drive pasal just pusing jalan depan rumah and kereta asyik tersengguk sengguk lalu innalillah .

makanya haruslah malam tadi susah nak tidur akibat eksaited -,-
dan Abang Po lah yang jadi orang paling risau I nak belajar drive . dia bukan risau haku pecut masuk longkang . tapi dia risau kalau kalau cikgu yang mengajar tu pegang tangan I . sebab memang testimoni rakan rakan mengatakan *puih , testimoni tuu . hahaha* normal kalau cikgu pegang tangan sebab nak mengajar . yelah , kalau dah nak tukar gear sangkut tak pegang karang meletup kereta orang tu . ok ini over . hahaha .

makanya haruslah dengan semangat wajanya beliau membelikan dahku sepasang sarung tangan . terima kasih daun keladi . daun keladi memang miang . jangan main dekat pokok keladi , bergetah . TAPI , ya tapi . Abang Po pergi beli sarung tangan warna putih . dah lah putih , kain dia macam tebal pulak tu . dan akhirnya membuatkan aku gelak tiga puluh saat depan cermin pasal aku dah nampak macam polis trafik . dan makanya lagi memang aku tak kan pakai -,-

maaf Abang Po bucuk.

Tapi mujurlah cikgu I tu muda lagi . so dia macam faham sikit lah . dia memang langsung tak pegang tangan lah . kalau dia nak tolong pun dia pegang stereng atau batang gear . fuhh . sebab kalau dapat cikgu yang veteran , diorang selalu fikir budak budak sebaya aku ni macam anak . makanya suka suki suku pegang tangan tanpa rasa bersalah macam kita lambung lambung bayi . memang tak rasa bersalah langsung kan lambung bayi . best pulak tu .

mula mula tuh I ingatkan dia nak ajar basic je dulu . macam mana nak drive . jalan slow slow kedek kedek dekat litar dia tu . SEKALI BAQ HANG.... semua dia ajar . macam mana nak naik bukit . parking . tiga penjuru . habis keluar segala otot tangan aku nak pusing stereng . ohoho , dan jangan ingat sampai di situ...

tiba tiba....

"ok kita bawak dekat bandar pulak."

and I was like..... TOWN???? Me + car + town + many other cars = kebabooom !!
hoi hoi lek luhh . wa baru first time drive kot ! tapi tu cuma dalam hati jela . saya anak murid yang tidak membantah U.U (ceh padahal dulu time sekolah suka complain bila cikgu bagi homework) makanya aku hentam jelah drive dekat jalan besar .

hoi hentam hentam pun aku pecut sampai 80km/j jugak -,-
bila sampai sekolah mulalah kalut nak turunkan meter sampai 30 . hahaha . lepas pusing ikut jalan besar masuk balik driving school . then cikgu cakap..

"ok , keluar balik . bawak sampai rumah awak terus"

ok . cikgu nak duk ilek la tu . cisss . memandangkan drive hale balik tak de nak ikut 30km/j depan sekolah , memang sedap lah aku pecut kan . jangan salahkan mak mengandung . salahkan bapak yang suka drift kereta . hasilnya lahirlah aku yang memang rasa tak puas hati selagi meter tak cecah sekurang kurangnya 70 km/j . sebab selalu ayah bawak 100 and above . dan lahirlah aku yang bila pusing stereng tangan terlebit belit macam drifter . ok ini semua pengaruh ibu bapa . don't blame on me !

so in shaa Allah , kalau tak mati sakit jantung time ambil result SPM (LOL :P) aku akan dapat lesen hujung bulan tiga atau awal bulan empat ni . lepas tu... come to me my love . get your but here . lemme kiss em .


sexiest ass everrrrrrrrr

koya anak raja betul dapat lesen terus nak vokswagen beetle . hahaha . jangan risau , aku ada plan aku sendiri nak dapatkan kereta ni . sama ada aku rompak bank atau culik anak orang then mintak tebusan . korang rasa mana lagi ok ?


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)