Bahaya Biology Pada Kanak-kanak
hi peeps (^_^)Y
tadi princess teddy tengok adik princess teddy study , tergerak hati pulak maw join . ekekeke ~ jadi dengan semangatnya pergi ambil segala buku biology and lambak depan dia . tapi akhirnya study berapa muka surat je pun . gangguan alam . toleh kiri nampak dapur , pause kejap . pergi cari makanan . toleh kanan nampak tv , leka kejap . huhh , tak boleh jadi ni ! last-last kami study dekat luar rumah . habis cerita . lagipun nak merasmikan pagoda ibu baru beli semalam . hue hue hue ~ tapi sama jugak . last-last (dah berapa banyak last-last dah ni) kami lepak situ sambil makan pelam masam tak ketahuan hala -,-
tiba-tiba adik princess teddy ambil buku bio and cakap "meh sini bia huda soal" okay , good idea .
huda : ok , pembiakan seks yang manakah.....huh ? seks ? err , ape ni ?! sel anak ?? ehh , kenapa ada gambar perempuan dengan laki bogel dalam buku teks ni ? kenapa ada laki punya ni ? ape ni kak long ? =,=''
erkk , tak tahu nak jawab apa . mungkin subjek biology terlalu ekstream bagi kanak-kanak berumur sembilan tahun . 15SX . hua hua hua . jadi kawan-kawan , kalau korang tingkatan tiga dan ke atas (pasal buku science form 3 pun ada jugak) sila hati-hati ya . pastikan buku science and biology anda tidak disepahkan merata-rata . karang adik-adik main , tengok apa yang ada dalam buku tu . mula la dia fikir macam-macam . tadi adik princess teddy dah trauma . dia cakap nanti nak masuk sekolah pondok je . nak belajar agama je , taknak ambik science . tak nak ambik biology . sudahh . haha .
Hipokrit
tadi princess teddy online facebook . then ternampak DP kawan lama princess teddy . nampak je , dalam hati terus cakap "ehhh , dia pakai tudung ?" terus klik laju-laju pergi ke profile dia . nama betul , muka betul . dah taubat ke ? then click la album DP dia . hampa . dua je pun gamba pakai tudung . tu pun gamba dia pergi lawatan . maybe dengan sekolah kot . tu yang pakai tudung . tapi baju ketat jugak . DP lama yang seksi maut tu tak buang pon .
then tengok-tengok la comment la album tu . yes memang ramai laki comment . cantik la . wauu , cantiknya . mantap . jom kawen ? yang paling tak dapat diterima otak . besarnya (.)(.) nak sikit . heyy , what the frog ?? and apa yang dia balas . "thanks :)" err , tak taw sudah maw cakap apa lagi . bodoh barangkali ?
tapi ada satu yang princess teddy suka . pasal ada sorang laki ni comment "islam mewajibkan kita menutup aurat" . tapi apa yang kawan princess teddy tu balas ? ye betul . tapi orang yang menutup aurat tak semstinya solat . islam mewajibkan solat . jangan nak tengok aurat orang je . hahahha . rasa nak ketawa guling-guling keliling rumah . orang yang solat , mesti akan sedar yang dia tak tutup aurat . islam mewajibkan solat , kau solat ke ? kalau solat pun , tapi letak beribu riban gamba kat fb yang seksi . gamba semua wajib nampak lurah . kejadah ? hang out dengan laki entah mana-mana , pakai tak cukup kain . tu ke ciri-ciri orang yang solat ? jangan nak tengok aurat orang je . dah kau yang letak gamba tu semua kat fb . untuk apa ? untuk orang tengok lah kan ? kalau orang tak cari pun , mungkin akan naik kat home friend kan ? bila baca comment dia tu , terasa macam dia ni memang langsung tak takut dosa . ingat kan dah kantoi buat maksiat dulu , nak berubah . tapi tak , anak dah besar dah pun , tapi masih sama . keluar dengan laki entah siapa . asyik nak hang out je . anak hasil zina kau kat rumah tu macam mana ? huh...
apsal plak princess teddy tetiba emo sorang-sorang ni ? hahaha . diri sendiri ni pun tak solat isyak lagi . ngehehe ~ cau dulu tawan-tawan.. tata .
Kena Serang Penyakit Ajaib
Siapa pernah kena serang penyakit ajaib ni ? ehh , penyakit ajaib tu penyakit apa ? penyakit ajaib ni... ish.. seram lah nak bagitau . kalau pergi check kat doktor , dia pun tak dapat kesan penyakit ni . buat lah ujian darah ke , x-ray ke , atau bedah otak sekalipun , mesti tak dapat kesan penyakit ni . jumpa bomoh je , tukang tilik ke , ahli nujum ke , semua pun tak dapat ubat . ish ish ish , memang dahsyat betul lha penyakit ni .
siapa yang terkena penyakit ni , akan jadi susah nak bergerak . sampaikan barang yang kita nak ambil tu ada kat sebelah aje , tapi terasa berat sangat nak capai . last-last jerit panggil orang lain suruh ambilkan . princess teddy yakin dan pasti korang semua pernah kena serang penyakit ni . kebanyakan orang gelar penyakit ajaib ni dengan nama penyakit M . haaa , dah dapat tangkap penyakit ape tu ? belum ? kalau belum korang memang lambat pick up =..=''
aaaaa ~ terasa sangat malas sekarang . nak baca buku , tapi malas . nak text abang Po , tapi malas la pulak nak masuk bilik ambil phone . terasa lapar , tapi malas nak pergi ambil nasi . kalau boleh nak nasi tu beratur then seketul-seketul lompat masuk dalam mulut princess teddy . \teruknya... -,-/
korang pernah rasa ? teruk kan ? menyekat produktiviti manusia betul penyakit ni . macam mana negara nak mencapai status negara maju menjelang 2020 kalau produktiviti rakyat jelata lemah ? ambik kau keluar ayat karangan . kuang kuang kuang ~ :3
Boleh Tak Cepatkan Masa 5 Hari ?
Kalau boleh princess teddy nak lajukan masa . Biar terus skip ke lima hari kemudian . Tak sanggup rasanya nak tunggu lagi lima hari . lima hari je lagi . lima hari yang menyeksakan jiwa , batin , rahim , hempedu , serta usus kecil . baru je nak beriang ria sambil buat tarian chicken dance , dah terbantut dek exam minggu depan . ciss , kenapa lah kau muncul lagi ?? boleh pulak jadual macam ni . exam seminggu . then cuti raya , naik cuti tak exam . tiba-tiba minggu depan exam balik . apakah ? mood exam dah lama terbang melayang bersama cuti deepavali . dah la minggu depan subjek killer . add math , biology , fizik . omaigoat ! *mbekkk (sound effect)
Tengok je lha nanti . habis je exam , princess teddy nak online 24.06 jam sehari . nak ponteng sekolah patblas hari . nak pakai baju pj harihari pergi sekolah (tadi kata nak ponteng?) nak datang sekolah lenggang kangkung je . kalau boleh nak lagi lenggang dari kangkung . lenggang brokoli mungkin ? nak hang out dengan kawan tiap-tiap hari . nak pergi main gelongsor kat taman tiap-tiap petang . *sabit???*
Cinta Muka Bulu
korang pernah tengok tak video clip lagu cinta muka buku ? hah ? cinta muka buku tu apa ? meh sini nak luku kepala kejap . tak tahu lah nak cakap apa dah kalau lagu tu pun tak tau kan . tadi princess teddy baru je tengok video clip dia . and pak sedara princess teddy tunjuk satu video lawak . dia tiru video najwa latif . memang terbaek lah ! korang mesti wajib tengok .
mula-mula cuba tengok yang asal...
then , yang telah diolah dengan lebih kreatif....
hahahaha ~ XD
Saya Bukan Anak Jin !
setiap kali ada majlis atau kenduri , setiap kali tu princess teddy selalu kena perli . sebab musabab pernah buang tebiat time kenduri masa kecik-kecik dulu . segan ! and sampai sekarang jugak bila teringat hal tu , akan ketawa sorang-sorang lima belas saat . lima belas saat je ye . tak lebih .
dulu princess teddy memag langsung dah lupa peristiwa ni . tapi lepas sedara mara cerita balik , baru teringat . ceritanya macam ni . tapi korang kene janji dulu jangan gelak or perli-perli princess teddy dah . peliss ~ *pasang muka kesian*
masa ni , tak ingat umur berapa . maybe dalam lima enam tahun . maybe . masa tu , princess teddy kanak-kanak yang baru belajar tengok cerita hitam putih . tengah seronok tengok cerita P.Ramlee . dulu ingat tak best , pasal tak de warna . macam bosan je . sekali tengok best . and time tu , tengah terkesan tengok cerita nujum pak belalang . diulang sekali lagi , NUJUM PAK BELALANG
then masa tu , tak tahu lah ada kenduri apa . princess teddy ingat lagi . semua orang tengah senyap . kunyuk lagi tawaduk menadah tangan . muka masing-masing suci je . tapi ada seorang kanak-kanak buas yakni saya sedang dilanda kebosanan tahap melampau . lalu dengan kadar segera berlari and berdiri megah di tangga yang paling atas sekali . sambil pandang sekalian rakyat jelata yang sedang berdoa , princess teddy pon tarik nafas dalam-dalam lalu menjerit "heeei manusia ! akulah anak jin ! IHIHIHI ~ " sambil mengilai macam anak jin lah kononnya . masa tu semua orang terkejut mengalahkan beruk . ayah terkebil-kebil pandang princess teddy dari bawah . and dengan kadar segera dia bangun and lari terkam princess teddy . dia tekup mulut princess teddy dan gendong terus bawak masuk dalam bilik . lepas tu princess teddy dah tak ingat apa .
peristiwa berdarah ni princess teddy bari ingat balik bebrapa tahun yang lepas . tu pun lepas siapa entah cerita balik masa tengah tadah doa . then ingat punya ingat baru lah terimbas kembali saat dahku berdiri atas tangga sambil meroyan tuh . siap nampak bayangan gambaran lagi . macam tengok drama pulak . ohoho ~
jadik dengan ini saya nur jannatul husna ingin menegaskan , segala apa yang berlaku tu , berlaku tanpa sedar ye . tanpa akal waras . tak sengaja (kot) . anggap je la gejala meroyan tu tak pernah terjadi . malu la i kalau macam ni . wuuuu ~ T_T
P/S : menggigil badan tahan ketawa masa taip entry ni . diingatkan sekali lagi , saya ketawa tak lebih dari lima belas saat ya . harap maklum !
P/S lagi : esok sekolah ! tak mo tak mo !
P/S sekali lagi : Happy Deepavali semua rakyat jelata . terutama kepada bangsa India serta bangsa lain yang 'keling' .
Tag Tag Tag
okay ni first time princess teddy berkecimpung dalam bidang tag mengetag nih . \nevesnye ~ >,
sebab selama ni malas pasal soalannya banyak sangat . ekeke ~
jadi tawan-tawan , hari ni saya telah ditag oleh pakcik abang adik encik *tak taw nak gelar apa* Saufi :)
THE RULES
#You must post these rules
#Each person must post 11 things about themselves in their journal
#Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer.
#You have to choose 11 people to tag and link them on the post
#Go to their page and tell them you have tagged him/her
#No tag back !
#No stuff in the tagging section about "You Are Tagged If You Are Reading This" you legitimately (a.k.a really, trust, with all honestly) have to tag 11 people
owkey dowkey , jom kita mulakan . anda ada 60 saat . muahaha #motif???
11 things about me
\one/
saya chomel . okay tipu je . i like pink :P
\two/
seorang yang rabun . isk isk isk ~ :'(
\three/
saya muda lagi . baru form 4 *tak sedar diri*
\four/
kuat tidur
\five/
addict to blogging
\six/
masih tak ada cita-cita *sadisss*
\seven/
lahir bulan dua belas . sebab tu tak mecet kot
\eight/
suka ketawa and merepek
\nine/
sangat pemalas :P
\ten/
i'm taken ? hahaha
\eleven/
sangat kuat makan
Soalan dari adik Saufi :P *since he is 14*
Your favourite game
~ sekarang tengah addict main the sims social
Your dislike singer , and give reason why
~ err , macam tak de . Lady Gaga maybe . sebab dia sosial sangat . heheh . tapi lagu dia layan je
Your favourite blog
~ suka blog kak Yuyu and Pink Gajah Story
Who is your icon -at least 3 person-
~ Nabi Muhammad of coz
~ My mum
~ My dad
#jawapan selamat . hahah
Your favourite network social
Your bad habit
~ suka tangguh kerja ? hehe
Where do you want to go for Holiday with Family
~ Bali !
Where do you want to go for HoneyMoon with your Wife / Husband
~ aiyoo privite nye . malu lah macam ni . haha . since tak de hubby lagi , so tak rancang lagi lah . ekekeke ~ okay-okay . Paris .
Your fav languages
~ Bahasa Melayu *paling senang
~ English
~ Japan
~ Korea
Are you in relationship ?
~ perghh , soalan maut . err , yes ? hahaha
Who person you want to marry -one only-
~ alaa , kenapa kuota satu je ? hahaha . buat masa sekarang la , bf saya lah kot . gatal ! haha . tak payah sebut nama kan ? soalan tak mintak pun ? ekeke ~ selamat
Question From Me ~
# Suka kartun apa ? give reason
# Favourite song ?
# Dream land ? Tempat yang paling teringin nak pergi
# Facebook or Blogger ?
# One thing you hate the most
# A date that u never forget (selain dari tarikh lahir)
# Subjek yang paling tak suka
# Favourite blog ?
# Mana yang anda suka , komik atau novel ?
# Ada crush or secret admire ? heheh
# Best word your lover ever told you :P
Tag tag tag ~
Anis
Amalina
Raudhah
Wanny
Fatiha
Mieza
Nuhaba
Gadis Mutiara
Lily
Fatin
D'ya
Kenapa Dia Mati ?
apa kata kita semua menangis sekarang ? anak kucing princess teddy mati hari ni :'(
petang semalam masa nak tutup tingkap dapur tiba-tiba ternampak anak kcing tu dalam longkang . habis basah . mula-mula buat tak reti je . pandai lah kaw naik sendiri kan ? tiba-tiba rasa curious bila tengok dia jalan tak betul . jalan sikit jatuh . tergolek-golek dalam longkang tu . baru la princess teddy tolong angkat dia keluar dari longkang . then tengok dia nak berdiri pun tak boleh . berdiri kejap jatuh . nak jalan , terus tergolek . huwaa ~ kenapa ni ? kesian sangat tengok dia .
tengok tangan kaki dia semua ok je . tak de pun luka ke apa . maybe patah kot . so dengan kadar segera terus call pak sedara ajak dia pergi klinik haiwan esok (hari ni)
tiba-tiba hari ni dengan semangatnye princess teddy bangun pagi *nampak sangat selama ni bangun tengah hari* cari anak kucing tu dah tak jumpa . then puas tunggu pak sedara tak datang-datang . adik princess teddy pun buat tak reti je . serook sangat dia main game . dah lupa ke janji hari ni maw pergi klinik haiwan .
rupanya bila princess teddy tanya dia selamba je cakap "dah mati dah pun"
haa ? dah mati ? choi ! buat penat je la aku bersiap ! wuuu ~ dah la anak kucing tu choomel . bulu dia kembang . sayangnyaa ~ :'( jadi selepas di tambah tolak darab bahagi serta punca kuasa , jumlah kucing princess teddy tinggal empat ekor je . dulu ada tiga belas ekor ! yang ada cuma citam yang tak ada gigi , miki yang ekor berpintal macam ba alip ba ya , mok yang dah tak gemok , and tipah yang suara tak sedap . waa , nak kucing lagi >,<
Sekali pandang , "Ohh , Comelnye !"
apa benda yang bila sekali je kita pandang , terus terasa "Eee , comelnya bende ni !" atau benda-benda yang buat korang membelek dengan senang hati tanpa rasa bosan . Kalau princess teddy la , benda tu akan ada kaitan dengan HELLO KITTY . entah la kenapa , tapi barang-barang nak ada unsur-unsur hello kitty ni terasa comel je . tapi tak ada pulak kumpul barangan hello kitty . satu pun tak de . haha . cuma suka tengok je . lagipun , barang sanrio ni bukan murah .
see ? tengok dari sudut mana pun tetap chomel . aww ~ # lagi satu faktor sebab dia warna pink . ekeke~
entry ni buat princess teddy nak buat hobi baru lha . maw kumpul barangan hello kitty . then nanti bilik penuh dengan hello kitty . wowwee~ kiut miut nyew . hik hik \gelak teruja tapi sopan/
kalau dulu hobi kumpul sticker . ada banyak album sticker . tapi sekarang bila adik dah besar , and umur princess teddy pun dah makin tua dewasa , jadi malas dah nak kumpul sticker . lagipun adik selalu curi-curi ambil sticker dari album tu then tampal merata-rata . kwangjau punye budak . and at last , sekarang album-album tu dah banyak yang lompong . banyak jugak sticker yang princess teddy guna untuk buat homework . tapi nanti kalau kumpul barang hello kitty , tak mungkin akan digunakan untuk buat homework kan ? jadi , dengan sepenuh tekad dan azam , saya nur jannatul husna maw kumpul barang hello kitty . sekian terima kasih . *cuba kalau tekad maw study pun membara macam ni , kan bagus~*
kalau lah rumah princess teddy boleh jadi macam ni . kan best :))
oh ya , korang pulak suka apa ya ? (^_^)?
Beg Idaman Paling Chomel Abad Ini
yuhhuu ~ ada bunyi macam perempuan gedik tak ? hahaha
assalamualaikum readers chomel sekalian . hari ni princess teddy teramat sangat lah bosan . tinggal dua hari je lagi cuti sekolah . hari khamis dah kena sekolah balik . tak mau :'( *cakap dengan nada paling sayu* ingatkan nak keluar bersuka ria dengan kengkawan tapi bila tengok hari asyik hujan je , terpaksa batalkan niat dengan kadar segera . tak bestlah nak jalan hujan-hujan . lebih baik habiskan masa dengan mentelaah buku ilmiah novel-novel yang baru beli sebelum start exam balik minggu depan .
so , tadi lepas tensyen baca novel (pasal bab tu macam stress je . watak utama susah sangat nak mengaku diri dia tu perempuan . tak habis-habis nak berahsia . menyampah dahku baca . huh !) terus online pulak . \nampak sangat dah tak de kerja lain selain baca novel and online kan?/
time blogwalking dekat blog kak yuyu tadi , terbaca entry dia promote handbag dari butik online . ohhh , sekali tengok memang terus jatuh cinta dengan beg tuh . huwaa ~ nak tu nak tu !
tengok la ni . comel kan ? baik korang cakap comel jugak kalau tak tanak kawan !
tapi tapi tapi . princess teddy tak rety nak beli online . lagipun , harga dia boleh tahan la . tak delah mahal sangat . memang berpatutan lah . RM49.00 je pun . tapi , memandangkan i'm still a student , mana ada sumber pendapatan . isk isk , sadisnya . ada sesiapa nak derma tak ? saya nak beli bag ni . pelissss . *pasang muka kesian*
TUTORIAL : Scroll bar
ehem . sape tak tidur lagi angkat tangan cepat ! okay turun kan balik cepat ! ada keluar bau sikit la korang angkat tangan . tu bulu ketiak tu , bila maw trim ? dah macam hutan je . hahaha
eh eh , princess teddy menaip malam-malam buta ni bukan nak bagi ceramah 'trimlah bulu ketiak anda' . bukan bukan . tapi nak buat tutorial sroll bar . scroll tu ape kak ? *tiba-tiba datang suara kanak-kanak tanya* uishh , seram la pulak malam-malam tiba-tiba keluar suara budak kecik . err , scroll bar tu , ace tengok kanan . nampak ada bende lain tak ?
ish susah sangat . haa , itu lha scroll bar ye anak-anak . macam mana nak buat macam tu ? ni tengah nak buat tuto la ni . aku cepuk kang ! *datang aura cikgu garang*
\one/
Dashboard ---> Design ---> Edit HTML
\two/
cari code /* Header
\three/
copy code bawah ni , then paste kan di ATAS /* Header
::-webkit-scrollbar { width: 12px; background-color: #FFFFFF; border-right:2px solid white; }::-webkit-scrollbar-button:start:decrement,::-webkit-scrollbar-button:end:increment { height: 1px; display: block; background: #FFFFFF;}::-webkit-scrollbar-track-piece { background-color: #FFFFFF; }::-webkit-scrollbar-thumb{ background-color: #000000; -webkit-border-radius: 350px; border-radius: 350px; }}
\four/
pilih warna yang korang suka . code warna boleh cari >SINI<
merah : scroll bar background
biru : warna scroll
ungu : ketebalan scroll bar
hijau tu , korang boleh tukar dengan code bawah ni kalau nak bagi dia ada corak . URL tu just letak direct link . tapi , kalau preview then scroll bar jadi macam rosak ke ada error ke , tak payah buat . guna je code asal .
background-image:url(URL IMAGE ANDA)
siap , sila preview dulu okay . princess teddy tak pasti code ni sesuai untuk template mana . so , ace mu try test je lah dulu . any problem , just ask me okay ? bubbye :)
Tak Boleh Pakai Shawl ?
taraa ! terkejut tak ? baik korang cakap terkejut kalau tak princess teddy nak majok :(
okay bukan merajuk yang princess teddy nak cakap *cakap ke ?* malam ni . tapi pasal shawl . princess teddy baru je balik dari kampung . ingat cuti lima hari boleh bersuka ria on9 sambil kunyah merepek tapi rupanya balik sekolah terus berambus balik kampung . tah pape . dah la kat rumah pakai modem . so bila balik kampung , tak dapat nak online pasal tak ada berokbeng . sedih sedih sedih .
skip cerita pasal tak dapat online . time tengah nak bersiap tuh , tetiba ibu cakap "una tak payah la dah pakai shawl . orang cakap kalau pakai shawl letak-letak kat atas macam yuna tu tak boleh . menyerupai ape tah"
owowowo , tak bole pakai shawl ? tak pernah dengar pun ? setakat yang princess teddy tau , tak boleh pakai sanggul tinggi-tinggi . tak boleh pakai lengging . then tanya la ibu , apsal plak ? *dengan nada agak tak puas hati* tiba-tiba tak pasal-pasal kena marah . ibu cakap jangan nak melawan . kalau nak pakai pin betul-betul . jangan macam letak je atas kepala tu . adoyai . rasa nak marah tapi tak jadi . karang tak pasal-pasal dapat satu das tamparan free of charge . pasal time ibu tegur tu , princess teddy baru je letak shawl atas kepala . belum lilit lagi . tengah nak cari jarum . maybe dia fikir princess teddy just nak pakai macam tu . sebab sekarang kan stail shawl pelik-pelik . tak pasal-pasal kena marah . sengal betul .
tapi cakap pasal shawl ni , orang cakap orang yang pakai shawl ni kuat melaram . maybe yes and maybe not . ya memang pakai shawl ni lebih cantik sikit kot dari pakai tudung bawal biasa . tapi kalau bagi princess teddy la , pakai shawl lagi senang dari tudung bawal . walaupun puas kena belit-belit , tapi nanti dah sah-sah dia takkan herot-herot ke ape . princess teddy memang sejak azali tak pandai pakai tudung bawal . mesti jadi keronyok la, herot la ape la . tapi bila pakai shawl , elok pulak . that's why prefer pakai shawl .
tapi zaman sekarang ni konsep bertudung macam dah terpesong je .
cuba tengok tu . maybe ni kot yang ibu cakap macam letak je atas kepala . err , pada pendapat princess teddy la . tak lawa pun stail ni . sebab function pakai tudung , adalah untuk menutup rambut , leher and dada . tapi sekarang bila tengah femes fesyen macam ni , cuma rambut je yang tak nampak . tapi bentuk batang leher and dada nampak . kena pulak pakai seluar skinny atau legging . semak semak .
pulak tu , ramai yang terikut-ikut . asalnya freehair , tapi bila tengok orang lain semua pakai shawl cantik-cantik , dia pun pakai jugak . tapi niat bukan untuk tutup aurat . hmm , entah lah . tak salah kalau nak berfesyen kan . islam tak pernah melarang umat dia ikut perkembangan fesyen . nak bergaya . takkan nak pakai macam orang zaman dulu-dulu kot . lipat bulat *masa darjah satu princess teddy lipat bulat pergi sekolah . haha* . lepas tu tak payah pin , ikat reben ja . haha . nanti orang kutuk pulak islam ni semacam mengongkong kan . tapi kalau nak berfesyen pun , agak-agak la . jangan la pakai tudung tapi baju ketat and blablabla . okay cukup ! asalnye nak mengadu ibu tak kasi pakai shawl je . yang pergi membebel ni apsal . susah la kalau dah penyakit keturunan ni . hukhuk :(
Cubaan membunuh
terasa macam nak buat lompat katak patblas kali pasal azab bagi minggu ni dah lepas . puhh kanan puhh kiri . jangan la nak kene jawab balik segala soalan yang killer abes tuh . minggu ni princess teddy hampir menjadi zombi kampung stoberi . sebab musabab tak cukup tidur . bila nak makan je teringat otaakkk . nak mandi pun fikir otaaakkk . nampak buku lagi la , terus menjerit otaaakkkkk ~
arghhh , nite mare ! otak memang terasa teramat sangat paling nian nak meletup . study hard punya pasal . hahah . ntah la terkena virus apa , tiba-tiba je rasa cuak bila tak study . selama ni rilek je jawab exam tak study . akibatnya , stress tak ingat dunia . mana tak nya , study sampai pukul 12 lebih . then pukul 3 stay up lagi . paling kronik tahap kezombian nih lepas jawab addmath la . memang banyak gila soalan princess teddy bia kosong . tengok je soklan terus otak blank tak leh jawab . bila balik rumah tengok balik soalan terasa nak terjun longkang bia mati lemas . soalan sikit punya kacang princess teddy boleh tak dapat jawab time exam tu . sengal ayam . *kesian ayam jadik mangsa*
dengan ini saya merayu kepada penggubal soalan , JANGAN CUBA BUNUH KAMI . memang boleh crem otak jawab soalan . silap-silap hari bulan boleh terkena strok serta koma pat puluh hari pat puluh malam . jangan main-main . nyawa manusia bukan ada 3467329562 . ada satu je . satu = one = 1 = wahid = 7-5-1
so pelisss la . i beg u . wuwuwuuuu ~ :'(
orang cakap kucing ada sembilan nyawa . tapi semalam balik dari sekolah princess teddy jumpa anak kucing princess teddy dah mati keras depan pintu . so princess teddy cuba je kuis-kuis dia kot-kot la nak hidup balik ke . tapi tak pun . choii ~ sape yang kuat sangat menipu cakap kucing ada sembilan nyawa tuh ? meh sini jap nak sekeh dahi . grrr ~
Couple Halal ?
couple tu halal ? tak dek orang pun nak marah . cikgu-cikgu pun tak kesah ? mak ayah pun support ?
rasanya kalau semua ni terjadi dengan kadar segera seluruh remaja sejagat dah terkinja-kinja melompat keriangan . tapi kan , takde siapa perasan ke . kalau budak sekolah bercinta , orang cakap couple . golongan ni selalunya akan dicop gatal and bukan masa yang sesuai untuk bercinta . akan koman mak ayah serta cikgu-cikgu pesan ~ nanti dah masuk u nak bercinta lantak kau lah . time tu nanti baru boleh bercintan cintun nih .
tapi tapi tapi , ape dekat u nanti tak payah belajar ke ? bukan ke bila dah dekat u nanti lagi kita kena fokus kat pelajaran . kalau fail exam terus tak boleh sambung sem depan . bukan macam sekolah , tak lulus periksa pun boleh selamba badak lagi datang sekolah . and bila couple time dah masuk u atau bekerja , orang tak panggil coule tapi bercinta . ada beza ke ?
tapi kan , (tapi lagi) hari tu princess teddy ada terbaca majalah apetah , pasal macam mana nak jadikan couple ni halal . jeng jeng jeng . dengar je couple halal mesti korang semua dah bukak bijik mata luas-luas kan . ish ish ish ~ :3
pastikan parent korang tahu
okay , langkah pertama-tama-tama-tamalagi-tamasekalilagi yang korang kena buat is pastikan parent korang taw yang korang tengah terkena penyakit gatal . bukan susah sangat pun nak bagitau . ambik fone sekarang , dail nombor ibu atau ayah korang . then bila dorang angkat cakap laju-laju , "ibu, orang dah ada pakwe . jangan marah taw . ok bye." senang kan ?
jangan keluar berdua-duaan
kalau nak dating , jangan keluar dua orang je . err , dalam buku tu dia cakap , kalau nak ajak kawan kita yang lain-lain teman , macam tak sesuai . pasal kalau ajak sorang , nanti dia terasa terpinggir pulak . kita asyik layan bf/gf je . kalau ajak kawan kita ramai-ramai pulak , nanti couple kita jadik segan . so cara terbaik , double date . hey , ini buku tu yang cakap . bukan saya ! bukan bukan bukan . so ape lagi , jom kita double triple date ramai-ramai !
oh ye , pastikan parent korang taw yang korang ni nak keluar pergi jumpa bf/gf
jangan duduk kat tempat yang sunyi
kalau nak jumpa atau berbual dengan couple korang , mestilah nak privacy kan ? tapi jangan la pulak sampai masuk dalam semak . alasan nak privacy . itu namanya privacy kepalahotakhang . jadik kalau nak jumpa , date lah kat kedai makan ke , pasar malam ke , hospital ke , ape-ape je lah . asalkan tempat tu ramai orang dan boleh mengelakkan fitnah .
jangan pegang-pegang
ok ini penting . sila luku kepala bf/gf anda sepuluh kali kalau dia dare pegang korang dengan sengaja . even pegang tangan pun tak boleh . tapi jangan pulak dengan couple bukan main jaga batas . sentuh sikit pun tak pernah . tapi dengan kengkawan lain yang lain jantina , siap boleh bertepuk tampar sepak serta terajang . kalau itu terjadi , sila tepuk tampar sepak terajang diri sendiri patblas kali .
okay tu je kot . see , tak susah pun kan ? sikit je pun yang korang perlu jaga . so renung renung kan lah dan selamat
Berakit-rakit ke Hulu , Berenang-renang ke Tepian...
okay ini entry pantas . rindunya dekat blog . semalam dah tak update . semua gara-gara cikgu-cikgu yang baik paksa kami murid-murid yang naif lagi choomel ni jawab exam . mummy , i dont want to ~ :'(
lagipun actually ayah tengah sorok modem . tapi princess teddy dapat jugak cari . so sementara dia takde kat rumah , ape kate kita online kejap . ngehehehe . \ibu , kalau ibu terbaca ni jangan repot ayah taw/
okay hari ni i'm totally exhaused . penat tak ketahuan hala . penat yang teramat sangat . pokok pangkal akar daun bunganya penatlah ! dari semalam berjuang habis habisan study sejarah . sampai tahap otak jadi ting tong . nampak computer pun masih terbayang-bayang soalan sejarah yang mengerikan tadi . tu la , hari khamis jumaat sabtu ada tak maw study . padan muka kat diri sendiri . so semalam , dari tengah hari *pasal bangun-bangun dah tengah hari* study sampai la pukul 12.30 malam . then , tak cukup lagi , stay up lagi pukul 3 pagi sampai pukul 5 . time stay up tu tak taw lha keadaannya macam mana . terkebil-kebil baca buku . tak pasti time bila betul-betul sedar , time bila mimpi ja baca buku . sadiss . then pagi tadi kat dewan sementara tunggu cikgu pot pet pot pet kat depan princess teddy sibuk study kat belakang . then sebelum start exam pun sempat lagi curi masa study . argh ! memang nak gila lah nak habiskan baca sepuluh bab tu !
tapi last-last time exam meniru juga . study kemain macam tak nak meniru je kan . bhahaha ~ :3 esok ada lagi sejarah paper 2 and PAI . ohh , capek bangat sih maw study . isk isk isk :'( \menangis kesekian kalinya/
okaylah . till then , maw tidur dulu ! gud nite >,<
P/S : kepada yang request tuto , nanti insyaallah esok-esok saya buat tuto . sekarang ni penat + busy sangat . sorry okay ? :)
P/S lagi : okay , tajuk entry memang tak de kaitan . dah tak taw nak letak tajuk apa . ngehehe ~
SPONTANEOUS SATURDAY
perempuan meminjam satu daripada tulang rusuk adam untuk diciptakan .
jadi biarkan kaum adam yang mencari tulang rusuk dia yang hilang . girl just need to wait . hahah
\suka hatilah kan nak buat spontaneous saturday pun . blog saya , saya punya suka lah . :P/
Why Should Women Cry ?
korang-korang semua sedar tak , bila jatuh sikit , siapa yang nangis dulu . lelaki ke perempuan ? bila kena marah dengan cikgu , siapa menangis dulu . lelaki ke perempuan ? bila clash , siapa yang akan nangis ? lelaki ke perempuan ? jawapannya mesti semua orang dah tau kan . tak perlu lah princess teddy sebut lagi .
persoalannya *kaann , dah keluar ayat karangan* kenapa perempuan mesti kalah dengan air mata ? sampai perempuan dianggap lemah . ish ish ish . tak patut tak patut \geleng-geleng/
sebenarnya ramai tak tak sedar . air mata tu ada fungsinya . fungsi asalnya of coz lah untuk cuci mata dari habuk kan . tapi bila dah meraung kene tinggal ngan balak tuh , nak cuci habuk ape laginye.. sebenarnya (kali kedua) Allah ciptakan wanita lebih kuat berbanding lelaki . kuat tak bermakna kuat dari segi fizikal . kuat boleh macam-macam . kuat tidur kuat makan kuat membebel kuat kentut dan macam-macam lagi .
bahu wanita diciptakan lebih kuat supaya mampu menggendong anak .
kalau pergi mall , cuba tengok berapa lama si suami boleh dukung anak dia , and berapa lama isteri boleh dukung anak dia sambil pilih barang .
hati wanita lebih kental berbanding lelaki
jadi apabila dilukai , dia akan masih boleh terima orang tu walaupun sakit hati . sebab tu kebanyakan perempuan walaupun pernah dilukai suami or boyfriend dia masih boleh terima . tapi kalau laki , gf cari pasal sikit terus mintak clash . sebab tu wanita boleh dimadukan.. kalau lelaki pun boleh dimadukan , alamat semua laki yang bermadu boleh ganti panda dalam zoo . hari-hari bertumbuk sampai lebam mata . haha .
jiwa perempuan lebih lembut berbanding lelaki
supaya senang nak membelai , memujuk anak-anak . kalau seorang ayah , dia takkan boleh pujuk anak dia macam mana ibu dia pujuk .
rahim wanita diciptakan lebih kuat .
supaya benih dapat tertanam dengan kukuh . seorang ibu yang mengandung boleh bawa perut dia selama sembilan bulan . ingat senang ke ? berat taw . kalau perempuan mengandung , berat dia akan naik 10 kilo ke atas . bayangkan , dengan keadaan perut yang makin membesar dan memberat , dia kena jalankan rutin harian macam biasa . cuba suruh suami dia testing ikat batu 12 kilo kat perut , lepas tu pergi kemas rumah , sapu sampah , masak , pergi kerja and segala macam . komfom paling lama dapat tahan seminggu je .
dan , wanita lebih mudah menangis sebab...
air mata tu sebenarnya (kali ketiga) membasuh luka-luka di hati . supaya rasa pedih dan sedih tu cepat hilang and kita boleh terus jalankan tugas penting kita sebagai seorang wanita . ececeh . haha
Jangan Kejam Dengan Saya
Say to the sunlight : Talk to the hand ! HAHA ~ XD
pernah baca entry Patah Jari ? ohh , hari seriously rasa macam tu lagi sekali . and maybe lagi teruk ! Hari ni cekulah princess teddy dah start exam . bagi student menengah atas lha . so hari first , of coz lah Bahasa Melayu kan . and princess teddy memang paling tak suka jawab paper BM . pasal bila naik upper form nih , no more objective question . *dear objective question , i miss you :(* yang ada cuma soalan sekangkang kera tapi mintak jawapan yang sekangkang ikan paus biru . okayfine ikan paus biru takde kaki nak kangkang . sekangkang kingkong lah senang .
So ~ besok princess teddy tak ambil ape-ape paper . fuhh ~ lega . tak sanggup nak melukai jari choomel ni lagi . hahah . choomel lah sangat . so jadual exam princess teddy akan start balik next Monday until Friday . Then next next week pun ada lagi . so total period , tiga minggu . tiga minggu ? waaa , rindu kat PMR ! dulu-dulu exam empat lima hari je . isk3 ~ :'(
okay jadual tu sangat tak cool . siyes tak cool . tengok la paper add math . first 19 Oct , second 31 Oct . kenapalah cikgu susun jadual macam ni . saja nak bagi kami study dua kali lah tu . kejamm ~ -,-''
jadik tawan-tawan , wish me luck owkeh ? tata ~
TUTORIAL : Spoiler
tuto ni di request dari adik fieya . *yeke adik ? ke akk ?*
ini bukti takut korang tak nak caye
okay , spoiler tuh natang ape ? spoiler ni sejenis button yang tak boleh dimakan . juga tak boleh disentuh mahupun jahit pada baju . taboley taboley taboley \geleng-geleng/ tapi dia sejenis button yang bila kita tekan , jeng jeng jeng . akan keluar what ever lah yang di hide kan .
ini spoiler ye anak-anak
bila click , keluar la segala macam :)
jom kita start !
\one/
Dashboard ---> Design ---> Add Gadget ---> HTML/JavaScript
\two/
masukkan code kat bawah ni<div id="spoiler" style="display:none">ISI SPOILER ANDA</div><button title="Click to show/hide content" type="button" onclick="if(document.getElementById('spoiler') .style.display=='none') {document.getElementById('spoiler') .style.display=''}else{document.getElementById('spoiler') .style.display='none'}">OPEN | CLOSE</button>
\three/
gantikan ISI SPOILER ANDA tuh dengan ayat korang . OPEN | CLOSE tuh korang boleh tukar dengan ayat pape je lah . asalkan jangan terlalu panjang .
dah siap ! korang boleh tekan save dengan senang hati . then boleh preview .
opss , tapi tapi tapi ! kalau korang nak buat macam princess teddy tuh , kan tulis kebawah . i mean , dah tulis nama tu then sepatutnya tekan enter lah kan nak tulis yang bawah tu pulak . tapi korang tak boleh tekan enter . nanti tak jadi . so setiap kali nak enter , gantikan dengan code <br/>
example :
peah binti polan
<br/>
umur : 103 tahun
<br/>
blablabla
ada paham ? kalau nak letak gamba or animated gif pulak , isi je HTML code dia . owkie dowkie ?
ktengsbye :)
Subscribe to:
Posts (Atom)