December Date



Assalamualaikum.

Hari Khamis baru ni , Abang Po datang KL . yeay ~ So we just went for ice skating dekat Sunway Pyramid. before ni dah banyak kali aku ajak Abang Po pergi ice skating tapi tak pergi pergi . dan akhirnya pergi jugak . and now I know why he always makes excuses....



THIS is why...


HAHAHAHAHAHA
dah macam cicak asyik melekat dekat dinding . masa mula mula masuk ice rink tu dia dah menjerit jerit "aku tak suka tempat ni ! aku nak keluar !" LOL


dan sepanjang sejam lebih duduk dalam ice rink tu kerja dia pegang dinding , berpaut kat orang sebab nak terjatuh , dan kerap menghasilkan bunyi kambing terkejut like mbaaakkk . sadis gila aku tengok dia . dah pusing dua tiga round baru la berani tak pegang dinding . tu pun skate tiga saat pastu kalut cari dinding semula . haih , ni dah terbalik , aku pulak yang kena jaga keselamatan dia . skate belakang dia so kalau dia nak terlentang aku kena sambut dia . tetiba aku rasa cam sado . hmm hmm..


mula mula aku baru je macam nak bangga sebab aku tak jatuh langsung . tak macam hari tu balik rumah lebam lebam kaki and bontot sebab jatuh tergolek . tetiba....

tengah aku sibuk mengawasi Abang Po supaya dia tak jatuh..... bammm ! ada seorang makhluk dia langgar aku dari belakang . apa yang aku sedar ada benda laju gila datang dari belakang langgar aku dan serentak dengan itu aku menjerit dengan sekuat hati secara spontan . "ADOIII !" dan 0.0005 saat kemudian aku dah landing atas badan seorang jejaka yang tak berapa nak tampan . apakah yang telah terjadi kepadaku yang tidak berapa nak tidak berdosa ini ?


luckily tak ada lah sakit mana . sebab aku jatuh ke belakang dan terus hempap budak laki tu . kah kah . padan muka . 45 kilo jatuh atas badan kau . kau rasa ? bila aku sedar aku atas badan orang cepat cepat aku tarik badan aku so bontot aku jatuh atas lantai . hoi mana boleh bagi free free . tapi aku biarkan je dulu kaki aku atas badan dia . kah kah eh seronok pulak kakikan orang ni rupanya . and Abang Po pun macam terpana sekejap sebab aku dah hilang dari sebelah dia . tengok tengok dah atas lantai . tapi dia pun helpless jugak . nak tolong aku bangun pun takut takut . takut dia pulak yang jatuh . aduh fail betul !

dah bangun sapu sapu baju basah , that guy pun mintak maaf . apa yang mennyakitkan hati ialah... "sorry sorry . sorry eh kak?"


kau . panggil . aku . hakak ?
eh iolls muda lagi ok ! tak guna .

this is me cuba bajet cool pakai blade . tapi sumpah tak cool langsung.
 this is me cuba nampak comel masa tengah menketedarah sebijik burger . tapi tak berapa nak comel pun . ada la sikit . sikit . hahaha


and this is me with bangla. bukan saya yang kata . adik bangla yang kata . hahahaha


and me with my flipping eyebag . arghh !



Photobucket

Siapa lagi tinggi


Aku tak tahu benda ni perempuan je ke yang buat atau lelaki pun sama je . aku perasan perempuan ada satu habit banding bandingkan tinggi . like kadang kadang kalau berdiri sebelah sebelah mesti senyap senyap akan banding tinggi dengan orang sebelah .


tengah hari tadi masa aku nak mandi ada dua orang floormate aku duduk depan cermin sambil gosok gigi berjemaah . dan seperti biasa...
"eh tinggi jugak kau kan ?"
"memang la aku tinggi"
"siapa lagi tinggi ? tinggi kau berapa ?"
"cuba berdiri tegak"

pot pet pot pet . gaduh siapa lagi tinggi . aku 165 aku 168 pot pet pot pet... dan dengan berkeyakinan tinggi aku pun join diorang ukur tinggi dan berkata "taraaa , aku lagi tinggi ~"

dan pemandangannya adalah seperti berikut:


dan pada saat itu aku baru sedar yang aku sangat pendek....
.
.
.
.
dan comel


tapi kan , petang tadi aku jumpa satu gambar di mana aku nampak tinggi . hahaha.

kan nampak tinggi kannnnn . semua bash aku kat instagram cakap aku photoshop la pakai heels la. puih ! aku memang tinggi lah ! ceh padahal ilusi optik je tu . tak nampak aku berdiri depan sikit dari orang lain ? tu pasal nampak tinggi . ahaha.



kesimpulannya , tak mati pun jadi pendek . best apa . boleh pakai heels tinggi tinggi . kalau orang tinggi pakai heels terus nampak macam hantu galah wanita. tapi masalahnya sekarang aku ni kurang stabil . pakai heels dua inchi pun asyik terpeleot kaki . flat shoes je lah yang mampu. hahaha . so bersyukur je lah dengan berapa pun tinggi kau tu . 


I'm 152 cm and so what ?



p/s : sebenarnya apa motif entry ni ? kbye.
Photobucket

Kenapa perempuan tak kentut

Fakta :
*isikan penjodoh bilangan yang sesuai* kentut mengandungi 59% nitrogen, 21% hydrogen, 9% carbon dioxide, 7% methane and 4% oxygen . dan ini semua adalah odourless .

dan kau pun mula buat muka pelik depan laptop sambil bertanya ; 
"habis tu nape kentut titew bau cam bangkai ??"

ya , ada lagi 1% iaitu hydrogen sulfide yang menjadikan kentut kau bau bangkai.

dan total kentut ialah 101%

Fakta : Perempuan tak kentut . atau buang air besar .


aku paling jeles dengan lelaki sebab diorang boleh melepas dengan sesuka hati tanpa rasa malu pun . kalau busuk mintak maaf lepas tu ketawa . ingat lawak ? cuba kalau perempuan buat macam tu . for sure dalam masa enam milisaat terus kena clash . hahaha . but it's okay , woman doesn't fart anyways .


1 : berwuduk
aku selalu buat benda ni . katakanlah hari tu terjadinya suatu keajaiban di mana wing eyeliner aku perfect gila . ataupun dengan separa sedar aku lilit lilit shawl tak tahu macam mana tetiba je nampak macam lagi cun dari Hana Tajima . ataupun aku nak pergi dinner grand grand dan terpaksa bertolak before maghrib dan dinner tu start pukul 8 malam . 

merujuk kepada perkara-perkara di atas , saya Nur Jannatul Husna akan sedaya upaya menahan kentut dan tidak bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim supaya wuduk saya tidak terbatal dan dapat bersolat dalam keadaan yang paling cun sekali . 


2 : malu

Fakta lagi :
Purata seorang manusia normal kentut dalam sehari ialah 14 kali.

tapi pernah tak kau lepak dengan kawan perempuan kau sehari suntuk dan dengar diorang kentut walaupun sekali ? tak kan ? perempuan dan sifat malu berpisah tiada . ibarat aur dan tebing , pensel dan pemadam , roti dan nutella , handphone dan charger , Husna dan shopping . eh ? kau gila nak kentut depan orang ramai ? aku syak kalau terkentut kuat kuat dekat public nescaya seseorang itu boleh mati akibat malu yang terlampau .


3 : misteri
Fakta jugak :
kalau kau kentut berterusan selama enam tahun sembilan bulan, gas yang terkumpul tu dah cukup kuat untuk menghasilkan sebuah bom atom.

ni siyes ni . tak tipu . so kalau kau ada ternampak kawan kau asyik kentut kentut dan nampak mencurigakan.... beware . janganlah cari pasal dengan dia selama 6 tahun 9 bulan tu . oh , dan disebabkan perempuan makhluk yang baik , jadi kami memang tak buat bom atom . that's why we'olls tak kentut.


4 : pelangi
Fakta terakhir :
sekiranya seorang cewek atau gadis kentut , nescaya bakal terjadinya fenomena di mana keluar gas pelangi serta fireworks bergelimpangan di udara dan tetiba keluar nyan cat berlari lari di awan dan berbau syurga .


jadi bagi mengelakkan individu tidak bersalah sakit jantung sebab terkejut tengok fenomena ni , kami tak kentut.




fakta : kenapa aku buat entry pasal kentut ? sebab aku dah faktap pishang malas study. kbye.


Photobucket

Birthday Treats

Goooooood morning rakyat jelata sekalian !

Lapan belas hari setelah berlalunya birthday aku, baru aku sedar yang aku tak share apa apa pun pasal tu . padahal birthday aku tahun ni boleh dikatakan agak.... meriah ? thanks kawan kawan . tskk *nangis terharu*


bermula kisah di pagi hari , aku ingat nak belanja diri sendiri . makanya lepas habis kelas aku terus blah  pergi mid valley sorang sorang . nak shopping lettew . teheee ~ I did buy two things... alah dua benda jeee . first, aku beli kasut . yeay ~ Husna dan kasut baru berpisah tiada .


I bought something similar to this . yep , it's clear , and glitter . masa beli tu confident gila macam oh aku cinderella , aku mesti beli kasut ni ! bila dah balik baru rasa macam... err , tak terlalu princess sangat ke kasut ni ? kaki aku dah la buruk . but luckily ramai orang yang tegur kasut aku comel . so aku rasa puas hati beli kasut tu . kah kah . hei hei , kasut jeke comel ? tuan kasut tu ?? *kelip kelip mata*




The second thing I bought is something that I've always wanted to buy but.... nah , I'm too young for that. It is a lipstick . funny enough sebab aku memang seorang yang kaki makeup . I wear foundation , concealer , eyeliner , eyeshadow , blusher bla bla bla . but I don't have the two most important thing in a make up kit. lipstick and mascara .

selama ni aku cuma berani pakai lip tint . It does brings out colours to lips , but not the same as lipstick . selama ni tak beli beli sebab rasa muka aku macam budak darjah enam tak sesuai pakai semua tu . but aku rasa 19 tahun mungkin dah cukup matang untuk pakai lipstick . memandang kawan kawan aku ada yang dah kahwin , semua dah macam mak orang , tak kan aku still nak dress up macam budak budak ? *puih , padahal alasan nak beli lipstick ! kemon lah Husna*


lama aku pusing pusing dalam watson tu cari perfect lipstick for me . haha . nasib baik dengan bantuan amoi yang sangat baik hati , aku jumpa jugak . dua kali dia layan aku . mula mula dah try banyak gila lipstick sampai penuh tangan aku kena conteng , pastu aku cakap nanti dulu . aku usha dulu . 10 minit kemudian dia datang balik dan try lagi banyak lipstick . siap dia try pakaikan kat bibir lagi . 


pastu puji aku tak pakai make up pun dah cantik . like I don't need all those browliner , eyeliner and mascara semua tu . maybe just lipstick untuk bagi muka tak nampak macam zombie sangat . pandai tau amoi tu nak suruh aku beli lipstick dia .


last last aku beli lipstick L'oreal Colour Riche - Fairy Touch. itu je warna yang paling neutral dengan aku . lol . 



dan bersama sama itu amoi tu jugak bagi aku sebeban sample produk L'oreal . masa aku nak bayar tu tetiba dia datang bawak sample and story mory sikit kat aku sample tu pasal apa . aku ingat dia nak bagi aku satu je . sekali dia bagi semua . umai ai . pemurah sungguh dirimu wahai amoi . semoga cepat naik pangkat.

*ni pun aku dah guna sikit . means that masa dapat lagi banyak*


oleh yang demikian , lengkaplah hari jadiku dengan upacara pengeluaran wang tunai dan penyambutan beg beg plastik di mid valley . mihmihmih ~ itu yang aku sangka lah . rupanya balik dari mid valley tu ada surprise . surprise apa ? bersambung di episode akan datang :P



Photobucket

Di sekitar sudut

Assalamualaikum :)


Sekarang dah pun mula study week . dan itu maksudnya apa ? yaaaaaaa , maksudnya exam is just di sekitar sudut . bak kata pakcik gugel translate lah . bukan saya kata , gugel translate yang kata . so seperti biasa , study week aku haruslah merupakan suatu pembaziran. dia akan jadi macam ni tau...


hari sabtu ahad ;
aku cakap aku nak enjoy dulu . rilek rilek . ambik mood study .


hari isnin sampai rabu;
aku akan terperap dalam bilik konon konon nak study . dan end up duduk atas katil tak buat apa apa sampai ke malam . dan tertidur . macam sekarang lah . duduk atas katil . online. padahal sedar banyak lagi nak kena study .

hari khamis jumaat ;
aku dah gelabah . time tu baru la aku acah acah nak bukak buku . tapi mesti ada gangguan lain . selain daripada laptop yang terbaring seksi di atas katil melambai lambai supaya aku baring sekali sebelah dia sambil menatap dia dengan penuh tekun . dan phone yang menjerit jerit macam baby yang baru keluar dari pintu rahim minta untuk dibelai dan discroll setiap waktu dan ketika . dan nanti datang pula segerombolan kawan kawan minta aku ajar itu dan ini . bukan tak sudi , tapi aku pun ada topic yang aku perlu cover beb . tapi disebabkan tak sampai hati menghampakan para peminat semua , aku pun tolong diorang . lepas tu penat . lepas tu baring sebelah laptop yang dah tersenyum jemput jemput memandang aku . sambil scroll phone yang dah tersengeh macam tiram yang sederhana wangi .

hari sabtu ahad terakhir;
masa ni baru lah aku menyesal dan rasa macam apa je yang aku buat sepanjang minggu ni ??????? sambil selak nota yang berterabur sambil kesat hingus meleleh serta air mata yang berjujuran jatuh . eh , aku menyesal je . tapi tak menangis pun . selalunya perasaan menyesal tu datang bila aku dah penat online , dan pergi toilet . haa masa dalam toilet tu lah baru aku akan mengimbas kembali rentetan kisah hidup sepanjang seminggu tu . hahahha .

tapi masa tu dah terlambat . nak study lagi . nak buat latihan lagi . nak buat soalan past year lagi . cerita dia memang tak sempat . dan end up tidur pukul 4 pagi dan bangun sebagai zombie mengheret diri ke dewan exam .


ya, begitulah sadisnya kehidupan aku sepanjang study week . lagi lagi bila aku duduk sorang sorang dalam bilik, roommate balik . nasib baik kali ni study week dua minggu . so aku harap dua minggu ni aku tak wasted sangat . walaupun semalam dah pun wasted . dan hari ni pun dah wasted separuh hari sebab princess u'olls semua ni bangun tengah hari .



sekian terima kasih .
maaf merapu .
padan muka siapa suruh baca sampai habis.
siapa still baca sampai sini comment Husna cantik.
terima kasih sekali lagi.
kbye.


Photobucket

Husna kemas bilik 2.0

Sebagaimana yang rakyat-rakyat kesayangan beta semua sedia maklum, beta merupakan makhluk yang paling kemas di seluruh dunia . setiap barang dan perabot haruslah tersusun rapi dan teratur mengikut saiz dan koordinari warna . setiap sudut juga haruslah berbau harum semerbak kasturi . dan yang paling penting , tiada walaupun sehabuk habuk pun dibenarkan berlegar legar di dalam istana kayangan beta .


nahhhhhh . I lied.


siapa yang berkawan dengan aku and pernah masuk bilik aku tau lah betapa "kemas"nya aku . hahaha . not gonna talk about that . absolutely not something to brag of.

so basically last week, my friend suddenly came and was like...
"Cuna , kau nak join tak pertandingan bilik terbersih?"
and I was like..... are you being sarcastic ? dah terang lagi bersuluh lampu fluorescent yang bilik aku tak pernah tak bersepah . tapi bila tengok muka dia macam desperate cari peserta and lagipun kalau join dapat merit, aku pun layankan je lah . dalam hati macam alah, nanti kemas sikit sikit dah la . bukan nak menang pun. tengok bilik ni macam for sure takkan menang . asalkan aku dapat merit .


ajk projek ni kengkonon nak buat penilaian bilik pukul 5 petang keesokan harinya . dan pukul 2 petang tu aku baru nak kemas kemas dengan roommate aku . mula mula kitorang macam malas kemas , tapi sekali kemas , habis kitorang pergi mop lantai, cuci tingkap, lap pintu , lap segala perabot yang ada , siap cuci longkang balcony lagi . dan tiba tiba jadi super eksaited sampai sembur air freshner setiap 5 minit supaya bau wangi tu stay sampai juri datang . tapi aku tak expect pun akan menang sebab bilik kami crowded . banyak sangat barang . so just bersih la . tak nampak kemas sangat pun.

and ni lah first time sepanjang satu sem ni kami actually kemas bilik ni . dari mula mula datang memang tak pernah mop lantai , tak pernah cuci tingkap pun . just bersihkan kipas je sekali . tu pun sebab dah berat sangat . hahaha .


but well, guess what ?

daripada dua buah buah blok perempuan 9 tingkat, 2 buah blok lelaki 7 tingkat, satu tingkat ada around 50 rooms,

we win the FIRST PRIZE ! whooop whoooop ~


I don't think we won because kemas or cantik . maybe we won sebab bersih . sebab bilik lain ramai yang tak bersihkan tingkap , kipas semua tu.

yeaaah ~ dah la petang semalam dia whatsapp cakap bilik kami menang and kena pergi ambil hadiah . and minta hantar 3 keping gambar bilik . dan masa tu... urm.. well... bilik kami dah pun bersepah balik . bertahan kemas untuk tiga hari je . haha . pulak tu lupa nak tangkap gambar lepas kemas hari tu . so terpaksalah kemas balik and tangkap gambar . LOL FAKE GILA ~

but it is okay . siapa je yang tak fake masa pertandingan kan ? even orang yang masuk pertandingan ratu cantik yang nampak sopan gila jalan catwalk tu pun, balik rumah sanggul rambut , tepek masker, duduk terkangkang depan tv sampai makan jajan . percaya lah . hahaha .

so meh sikit kita belanja gambar "bilik paling bersih"
see... ini paling bersih dan kemas yang kami mampu . tetap nampak messy . ahaha
teka mana satu side aku ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yea of course side yang ada cadar tu sebab most of my photo atas katil . ahaha . dan mesti lah side yang ada Po and Bunny .




so itu je lah . simple je . aku tak de hias pape pun bilik ni . tak macam tahun lepas , habis satu meja study aku balut jadi pink polkadot . ahaha . maybe bilik ni nampak ceria sikit sebab tikar kami yang super ohsem . tadika pun kalah tau !





Photobucket

Sambungan kisah abang stranger

Assalamualaikum :D

semalam aku saja tinggalkan blog sehari . saja nak buat sesiapa yang baca entry lepas suspen apa yang jadi lepas si abang stranger tanya aku boleh tak nak duduk kat meja tu . ahahaha . nampaknya taktik aku berhasil . Abang Po pun siap perli perli lagi cakap aku dating dekat KL central . cik naga (Mimi) pun siap mesej lagi suruh sambung cerita .


suspen eaaaaaaa . ihiks :P

kepada sesiapa yang terpinga pinga, sila baca previous entry dulu ya . bole klik SINI



ok sambung cerita . lepas dia mintak nak duduk tu, aku pun macam tak tahu nak cakap apa . tambah pulak dengan tengah loya nak termuntah . so aku macam "haa duduk lah"
penat tau aku nak cover diri dari nak termuntah depan orang tu ! rupanya dia nak mintak aku isi borang survey daaa . ahahahaha . apa korang ingat apa ? dia akan tanya aku ok ke tak ? dan temankan aku makan dan hantar aku pergi stesen bas ? hoi memang tak lah ! aku bukannya gojes macam Fazura sampai nak jadi macam tu . kah kah !

tapi aku pelik lah dia tak nampak ke muka aku macam orang nak pitam ? boleh pulak dia approach aku mintak isi borang survey . then sembang punya sembang eh panjang pulak sembang dia . rupanya dia dulu pun budak pasum . budak alam bina . baru grad last year . rasanya dia tak degree dekat UM kot . and dia orang klate . dia anak ke dua mungkin dan ayah dia umur 46 =,=''

ya ini sangat random . I don't even know his name .


pulak tu borang survey tu pasal kesihatan . boleh pulak dia tanya aku,
"awak ada sakit apa-apa tak?"
"hmm tak de pulak."
"takkan takde sakit apa apa langsung ? period pain?"


I was like.... yasssss , timing perfect gila broooo . aku tengah period pain lah ni wey dan kau datang mintak isi borang survey T_T

dan aku just jawablah , mestilah ada . dan dia tanya awak rasa normal ke orang yang ada period pain ni ? bagi aku normal sebab almost every woman alami kot benda ni . tapi dia cakap benda tu tak normal sebab kalau kita rasa sakit dekat badan kita , maknanya ada something yang tak kena . well , ada betul jugak kan . tapi nak buek cem mano lai . dah ditakdirkan begini nasib wanita lemah seperti kami . lols .asalkan aku tak masuk hospital sebab period pain , maknanya normal lagi la tu . ahaha .


pot pet pot pet eh dah pukul 6.40 . dan aku tak makan lagi . yes , nampaknya terpaksa la aku batalkan niat nak makan kat situ . bungkus jelah cerita dia . so aku pun bangun nak pergi beli kfc . then dia cakap tak pe , dia boleh tolong jagakan beg besar gedabak aku tu . aku malu sebenarnya.. sebab aku memang dari tadi tinggal je beg tu dekat situ . sebab dalam tu just ada baju kotor aku untuk seminggu je . ahahaha . tapi dah dia nak jaga, takkan lah aku nak cakap "eh tak pe lah . dalam ni ada baju kotor je pun . ohohohoo *gelak macam mama sin chan*"

so aku pun pergi lah beratur beli kfc . beratur nak beli kfc dekat kl central tak pernah tak lama . so aku expect dia dah blah la tinggal je beg aku kat situ . tiba tiba lepas aku siap beli aku tengok dia dah tak ada kat meja tu . bukan dia je yang tak de . dia dengan kerusi yang dia duduk . dengan beg aku beserta kerusi yang aku dudukkan beg aku tu pun dah hilang ! rupanya dia dah duduk sekali dengan kawan kawan sekerja dia semula . dan dengan tak semena mena, beg aku pun jadi ahli meja tu . kau bayangkan , ada satu meja yang penuh dengan orang orang yang pakai smart , tetiba ada satu kerusi yang diletak satu beg besar bapak . yang isi kandungannya...... sangatlah privite . HAHAHA


aku malu gila nak ambil bag aku balik . siyesly malu . tapi kalau aku tinggal je beg tu kat situ , mesti dia akan bukak untuk cari contact aku . dan kalau dia bukak , habislah ! hahaha . so nak tak nak , kena la ambil jugak , so dengan keselekehan tahap paling maksimum, aku pun datang dekat meja tu . dan mintak bag aku . cakap nak gerak dah ni . dan dia pon macam haa ok ok . nanti saya mesej . dan aku pun cakap ok . dan terus blah .



rushing nak kejar bas . dan aku lah orang yang last naik bas tu . semua tunggu aku . hehe . tapi aku tak lambat pun dari 7.30 . kira on time lah .


mesti korang tertanya tanya kan dia mesej aku ke tak . kau rasa ?
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

mesti lah tak ! kau ingat aku Fazura ? hahaha (Sekali lagi)

dan aku harap dia tak contact aku . even contact promote datang kursus kesihatan syarikat dia pun aku tak nak . sebab aku tak nak jadi kenalan dia . sebab nanti dia akan ingat detik first time dia jumpa dan kenal aku . dan masa tu aku buruk sangat . so aku tak nak . hahahahaha .
Photobucket

Crappy Friday & Abang Stranger

Assalamualaikum :)

Selalunya friday lah hari paling heaven . kelas lambat sikit daripada biasa . and then satu kelas je lepas tu aku free untuk berjimba . jyeahhhh ! tapi semalam aku mengantuk sangat lepas subuh tu so aku tidur balik . and for the first time ever in this whole sem aku tak datang kelas pagi sebab terlajak tidur . hahaha . ingatkan dah nineteen makin better . guess not . lewls .


lepas tu aku pun terus bangun dan bersiap nak balik rumah . pukul 11 lebih tu aku dah siap siap pakai tudung dah pun . tinggal kemas barang je lagi . sekali tengah kemas kemas, time tu pulak lah nak period pain . akibatnya aku tergolek atas katil selama tiga empat jam nak tunggu sakit perut hilang . hilang je sakit perut laju laju aku blah nak pergi stesen bas . dah la tiket tak beli lagi . tengah hari tadi call stesen bas tu dia cakap banyak lagi tiket . tapi tu masa tengah hari . sekarang dah pukul 4 lebih hoiii ~

sampai je dekat stesen bas . tiket dah habis . masa aku dah macam..... mampus deh gue ! nasib baik ada satu lagi bas yang still ada tiket . tapi tiket dia pukul 7.30 malam . nak tak nak beli lah jugak .  masa tu dah pukul 5 lebih dan aku baru sedar yang aku tak makan pape lagi untuk hari tu . disebabkan takut nak berkeliaran sorang sorang kat situ , aku decide tu pergi makan dekat kl central . even jauh sikit tapi aku rasa tempat tu selamat.

sampai sampai dekat kl central yang sesak gila nak mati (maklumlah , time orang balik kerja) boleh pulak aku menonong pergi masuk NU central . pergi cium cium perfume victoria secret dulu . pusing pusing dulu . dengan muka comot tarik beg besarnya . hahahaha . siyesly aku tak nak bayangkan macam mana rupa aku sebab aku dah bersiap dari tengah hari dan aku tidur tahan sakit perut bertudung . and then hilang sakit aku terus blah . tanpa touch up dulu . terbaik .


dan pukul 6.15 baru lah aku ada kesedaran dan pergi kfc nak beli makanan . kengkonon nak makan kat situ je lah . tapi tetiba masa beratur aku dah rasa lain macam . macam dah tak larat gila . rasa k termuntah pun ada . so aku keluar je dari barisan and duduk dulu . masa tu aku dapat rasa yang muka aku dah pucat gila .

dekat dengan meja aku duduk tu , ada satu group ni . diorang nampak macam rakan sekerja lah . semua pakai office outfits . tetiba ada sorang laki ni pusing pandang kat aku and senyum . tapi masa tu aku tengah tahan diri dari nak termuntah . so aku cuba balas senyum tu tapi macam senyum tak sampai . nak gerak otot pipi pun dah tak larat . so aku buat tak tau je lah kan .


tetiba dia bangun and pergi dekat meja aku......
"boleh saya duduk?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jeng jeng jeng .

sebenarnya aku tak mandi lagi dan nak keluar beli barang jap . nanti aku sambung cerita . hahahaha kbye !



Photobucket

Last day of being 18

Assalamualaikum.

Eighteen was fun . and challenging.
Aku dapat banyak pengalaman baru . Aku habis asasi umur 18. aku kerja jadi cikgu umur 18. aku first time masak udang masak merah umur 18 (walaupun lepas tu aku sakit perut sebab pedas sangat). aku masuk degree umur 18. aku banyak belajar berdikari umur 18.



aku rasa......... sekarang aku dah matang sikit kot.... kot... sikit lah... ihiks


well better la than masa mula mula masuk asasi dulu . tak pandai manage diri sendiri . sekarang aku tak pernah miss kelas sebab bangun lewat . hari hari kelas aku pukul lapan . kalau dulu kelas start pukul 8 pukul 11 pagi baru aku datang . so kira baguslah sikit dari dulu . hahaha.


and then aku rasa aku dah kurang bersepah sikit dari dulu. kot.....


dan aku dah kurang sikit shopping banding dengan dulu... kot.... atau mungkin sebab aku tak de duit sekarang . nanti lepas dapat duit JPA lain cerita lah kot . mihmihmih ~


dan penampilan aku dah kurang nampak-macam-budak-sekolah . walaupun aku pergi mana mana orang selalu tegur cakap muka aku muka budak . walaupun aku selalu belek muka aku kat cermin at least sejam sehari dan rasa muka aku mula nampak kesan penuaan tapi orang still cakap aku muka budak . haaa mungkin itu bukti kukuh lagi sahih aku awet muda . ahahahaha .

walaupun kawan kawan aku semua cakap aku tak matured . perangai macam budak budak . even adik aku nampak lagi matured .
TAPI aku tetap rasa yang aku dah pun bertambah matured.. dari dulu . ya, kalau diorang kenal aku yang duluuuuuuu . zaman sebelum masuk universiti zaman pergi sekolah zaman buat folio sejarah zaman nak jawab SPM dulu, mesti diorang akan cakap aku matured sekarang . sebab dulu aku sangatlah.... ermm.... comel.


jadi sempena hari terakhir sebagai kanak kanak 18 tahun , aku telahpun mendedikasikan waktu aku sehari suntuk hari ni dengan............... online. ya, aku online dari pukul 11 pagi tadi sampai sekarang. dengan cita cita dan harapan "ahhhh , biarlah aku ilek ilek . jap lagi dah 19 aku jadi lah rajin, buat lah kerja !"


hmm.....


satu je harapan aku, umur 19 sat gi , tolonglah supaya aku jadi kurang bertangguh....... amin !



nah belanja muka 18 sikit :D



Photobucket