Novel Review

Assalamualaikum kesayangan ~

Wah , kesayangan gittew ~ amacam ? rasa special tak ? hikhik :D
Ok, aku ada berita super menakjubkan nak bagitau semua orang . yang dalam masa 2 bulan , aku berjaya habiskan lima novel . yeay ~~~ ok buat orang lain mungkin tak berapa nak kagum tapi aku rasa terharu dengan diri sendiri pasal aku ni slow reader . kalau baca tu mestilah dengan penuh penghayatan .. satu ayat tu kadang kadang siap ulang dua tiga kali nak kasi faham cerita . pastu confuse baca balik muka surat belakang . then bila stop baca kejap , malas betul mau sambung baca . makanya satu novel tu haruslah memakan masa at least dua tiga minggu baru habis . 


*sigh*


So aku nak review 3 novel yang aku dah baca. /drumroll please/


1) Betul, Suami Aku Pelakon

ini actually novel pinjam dari Cik Naga . hehehe

ok, cerita dia pasal Aliya Marissa (kemain kau nama) anaknya pak Imam yang dijodohkan dengan Irfan Danish , seorang pelakon . They have met once pasal si Irfan ni pernah shooting kat kampung Aliya ni pastu kereta dia pancit . and then dia tumpang rumah Aliya ni . Irfan ni semacam berlagak sikit so Aliya tak suka and diorang asyik gaduh . tau tau kena kahwin hahahha padan muka . tapi sebab Aliya ni anak yang patuh so dia kahwin je . yang Irfan ni pulak sanggup kahwin pasal taknak gossip liar dia tersebar and mama dia pun dah pergi bagitau media yang dia akan berkahwin . jaga nama diri and keluarga lah kengkonon. tapi diorang rahsiakan identiti Aliya So macam biasa , gaduh gaduh gaduh lama lama sayang jugak . klishe . tapi kelakar la and tak panjang sangat . so aku suka . Nora kasi empat bintang XD ~

2) Isteriku 19 Tahun


haa , novel ni beli pasal umur kitorang sama . so masa beli berangan macam mana kalau aku kahwin muda . ahak ahak .

cerita dia pasal Zuyyin , anak yatim piatu yang tinggal dengan atuk and nenek dia . bila atuk dia nak meninggal , atuk dia wasiatkan supaya dia kahwin dengan sepupu dia , Akif . tapi dia dengan Akif ni macam anjing dengan kucing . ya biasalah kan nak jadikan penyedap cerita . kalau dua dua memang dah suka tak seronok pulak . dan sebenarnya abang si Akif ni , Aiman suka dekat Zuyyin tapi nak buek cam mano lae kan . dah wasiat atuk diorang . So last last kahwin la jugak . bagi penambah perisa , mak ngah dia , mak si Akif and Aiman ni berdendam dengan mak Zuyyin ni . pasal apa ? haa , baca la sendiri tak suspen la kalau I kasi tau . hahaha . so habis dengan si Zuyyin ni sekali jadi mangsa dendam kesumat lumat belancan dia . 

So , baca la kisah si Zuyyin yang tak tau apa apa , manja , masak pun tak pandai sampai habis terbakar dapur dengan si Akif yang garang semacam ni . tapi garang garang tapi dia ni protective jugak . eh aku rasa macam jadi promoter pulak . hahaha . apa pun novel ni best . Nora kasi empat bintang setengah ~

3) Eksperiment Cinta 


novel ni pulak pasal Damia , seorang engineer yang dihantar ke syarikat Triumph Air untuk projek kerjasama nak dapatkan sponsor 300 juta . CEO syarikat tu pulak , Tengku Aaron ni seorang player yang berdendam dengan adik kembar dia pasal dah rampas girlfriend dia . so sebabkan ego dia nak buktikan yang dia pun boleh kahwin and hidup bahagia tanpa cinta . jadi dia ni desperate sangat nak kahwin and terus ajak (atau lebih tepat paksa) Damia ni kahwin dengan dia pasal dalam ramai ramai perempuan yang dia kenal Damia ni sorang je yang paling sopan and jaga agama . and dia ajak Damia ni kahwin time first time diorang jumpa . kalau tak , dia ugut nak tarik balik sponsor 300 juta tu . ceh . dasar orang kaya .

haa lepas tu banyak la konflik konflake yang jadi lepas diorang kahwin . jalan cerita dia best , cuma agak klishe pasal ye lah , cerita melayu mesti laki kaya nak mam hensem nak mam , perempuan pulak sederhana je . pastu mesti kena kahwin paksa. and then syarikat bapak you tan sri tu datin ni , tender projek tu, ada perempuan gedik sorang buat kacau bla bla bla . tapi agak best la . hahaha . cuma tebal sikit so agak nazak la aku nak habiskan . jadi aku kasi 3 3/4 bintang je . haha


So that's it ~ 
aku ni tak suka sangat novel tebal tebal . biar nipis , so jalan cerita tak berjela mengarut sangat . padat . kelakar yang penting . dan lagi lagi lagi suka kalau tak ada kaitan dengan syarikat . aku paling suka kalau cerita pasal student life . lagi seronok kot . maklumlah , i'olls berjiwa remaja . hahahaha . oh dan yang penting tak banyak babak cerita atas katil . geli tekak baca . puih !

setakat ni novel yang paling aku suka novel Coke n Sundae

nipis je novel dia tapi jalan cerita sangat fun and tak klishe like kena paksa kahwin kaya miskin semua tu . novel ni pun Cik Naga yang kasi . terima kasih daun keladi , next time bagi lagi :)

tapi yang sedih novel ni dah buruk pasal hari tu aku bagi sorang makhluk ni pinjam lepas tu lama baq hang tak pulang pulang . bila aku tanya rupanya dia main pas pas pulak kasi orang lain baca . in the end bila sampai balik dekat aku dah lunyai . sebab tu aku agak berkira nak bagi sembarangan orang pinjam novel aku . huh . I tatang bagaikan minyak yang penuh , belai dengan penuh kasih sayang tau ! tapi kalau tengok novel baru baru aku mesti banyak kesan lipat dekat cover dia pasal aku tertidur atas buku . hahaha








Photobucket

3 comments:

  1. eksperimen cinta dh bace.. ade jgk review kat blog.. dh xbpe suke novel jln cite same je.. huhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. novel sekaranng kebanyakan lebih kurang je . klishe sangat.
      coke and sundae baca dah ? yang tu best..

      Delete
  2. Novel aku kasi. Suara cinta kita. Haha :D

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen anda.. =)