#Throwback | Ice Skating




Setiap kali aku dengar lagu No More by SonaOne and lagu She Looks So Perfect by 5SOS, aku akan teringat time aku ice skating hari tu . pasal lagu dua ni dok ulang ulang je time tu . hahaha . well , setiap lagu tu semacam ada kenangan dia yang tersendiri tau . bila kita dengar one song tu , otometik otak terflashback memori daun pisang . haa gittew ~

lepas teringat tu , aku jadi eksaited sangat nak update blog cerita pasal ice skating ni . hahaha . so here we go ~

Sehari before aku berambus dari UM , aku pergi ice skating dekat Sunway Pyramid . yeah , FINALLY ! kalau nak tau aku memang suka benda benda macam ice skating panjat bukit rock climbing lari lari tepi pantai semua ni . tapi , disebabkan takde kereta dan semua orang macam pasang muka langsung tak berminat bila aku cakap pasal semua ni , terpaksalah dikuburkan saja segala niat di hati . tsskk . dari awal awal masuk PASUM lagi aku dah berura ura nak pergi ice skating tapi tak dapek . 

and at last dapat jugak pergi . wuwuwuwuwu *terharu*

kebetulan ada kawan aku bawak kereta masa final exam tu , so senang la sikit nak gerak mana mana kan . actually aku takde la rapat mana dengan geng ni pasal diorang group fizikal 1 and aku fizikal 2 . tapi disebabkan diorang ni rapat dengan roommate aku so otometik jadi kawan aku jugak . haa gitu . dan sebenarnya kawan kawan aku selain dari classmate aku semuanya kawan roommate aku , pasal diorang selalu datang bilik . hmm , nampak sangat tak berkembang and takde usaha nak cari kawan ramai ramai . hahaha .

tapi ada sikit isu time nak pergi tu . pasal Mar , yang aku rapat lebih sikit lah dari Rai and Lin tetiba tak jadi ikut pasal pergi date dengan boyfie dia . So yang lagi dua tu dah semacam panas hati la . aku ni pulak tak berapa rapat dengan diorang so jadi segan lah pulak kan . roommate aku pulak dah balik semalam tu . so plan dah bertukar . asalnya nak pergi naik kereta Mar , last last naik kereta Lin . dan jumpa Ika (roommate) dekat Sunway je . 

before pergi tu tetiba ada wujud sorang lagi watak baru dalam cerita ni , nama Mira . Dia ni awek kepada.... aku lupa apa nama laki tu. but Mira ni bukan budak pasum pun . dia lah yang drive pasal Lin tu ada kereta tapi tak reti drive sebenarnya -,- masa tu aku dah mula cuak , berapa ramai yang pergi ni sebenarnya ? I thought empat orang je . rupanya ramai kot yang pergi , dalam dua kereta macam tu . campur sekali dengan kawan laki diorang yang semuanya budak fizikal 1 yang aku tak pernah borak pun. kenal tu kenal lah pasal kawan kepada kawan kan . hahaha . So aku ni ikut je lah walaupun rasa janggal tapi kesah pulak aku nak jugak main ice skating tak kira ! hahaha

So sampai sana , beli glove beli socks , jumpa Ika , pergi skate . Ika pulak tetiba tak nak skate so aku macam.... aku nak skate dengan siapa ni T_T semua orang dah dengan partner memasing . tak kan tetiba aku nak kacau daun kan . dah lah tak rapat mana dengan diorang . dah la right before kitorang pergi beli tiket tu , ada kawan (scandal maybe? idk) Rai ni terjatuh muka betul betul atas ice . bangun bangun darah meleleh leleh keluar . kitorang yang tengok dari atas ni dah macam OMG Alip berdarah!! tapi nama pun lelaki , takkan de effect pun mulut pecah . ilek je dia pakai mask lepas tu sambung skate . 

aku ni pun , tak de geng , pura pura konfiden je la pandai skate . kengkonon tanam tekad dalam hati , dulu time kecik aku pandai main roller blade , mesti ice skating tak dak hal punya lah . tapi tu cerita zaman skolah rendah wei ~ so dengan penuh susah payah serta asek terpeleot kaki , aku pun berjaya masuk dalam ice rink tu . walaupun aku banyak dok berdiri pegang dinding je , tapi kira ok lah . aku boleh lah jugak skate walaupun belajar sendiri . even banyak kali jugaklah nak terjatuh pasal licin tapi aku grab je sesape kat keliling aku . hahaha . lepas tu skate lelaju lepas tu tak pandai nak berhenti aku tolak je orang depan . dan ada sekali kaki dah terkangkang tapi tak boleh nak betulkan pasal licin . but aku berjaya tak jatuh (melutut adalah sekali) haha . sedih gila hidup . penat wei ice skating . sumpah . pasal kasut tu berat and lenguh kaki berdiri lama lama pasal yelah berdiri atas blade tu kan .

lepas tu tetiba aku nampak si Mira ni dah terduduk kat tengah tengah rink pegang pegang kaki . dah terpeleot la tu . so aku pun datang la kat dia tapi macam biasa dah sampai tak pandai nak berhenti so aku pegang kepala dia untuk berhenti. sorry Mira . lewls . lepas tu jadi kecoh , ramai orang kerumun , expert dah datang tolong papah dia keluar rink , balut kaki apa semua . dan dia and bf dia pun blah awal sikit pergi klinik . tragis sungguh .

tapi lepas tu sambung skate balik . hahaha . masa tu ice rink dah basah gila pasal ice dah mula cair . aku pun dah takut . so asyik pegang dinding je . ulang suara , aku tak de partner nak pegang tangan sambil skate sesame . tskk . tiba tiba datang Rai ajak aku skate . so kitorang skate bertiga , dengan Alip sekali . buat kereta api . yang Alip ni action pergi skate lelaju . yang kitorang dah belakang ni dah cuak pasal laju gila . dan bila cuak kaki aku pun mula lah buat hal sebelah hala ke lain sebelah hala ke lain. sebab tak nak jatuh sorang sorang aku pun peluk Rai kuat kuat so tiga tiga jatuh . padan muka . dah begitulah kisah macam mana aku dapat lebam dekat lutut , sakit tulang punggung serta seluar yang basah .

then kami pergi makan dekat restoren Murni . ok kat situ semua makanan sedap gila sumpah cakap . aku tak sure dekat mana tapi kalau tak silap dekat SS2 kot . kot .

oh , cakap pasal Alip tadi , dah balik tu baru dia pergi hospital . time tu dah nak pukul 12 malam kot . and mulut dia kene jahit pasal bibir dia dah terbelah -,-
jadi nak diingatkan kat sini , kalau pergi ice skating , tak sah kalau dalam ramai ramai tu tak de yang basah , lebam , kaki berlalut atau berdarah......


sekian sahaja cerita super panjang dari saya . bye !

Photobucket

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda.. =)