bila lah boleh dapat kereta idaman aku ni . tak ada 140 ribu tak dapat . gaji aku nanti 40 ribu setahun pun belum tentu . isk isk *nangis*
Satu fakta yang semua orang patut tahu dan percaya : aku boleh drive dan ada lesen
sebab mungkin ramai yang tau aku ada lesen tapi tak ramai yang percaya aku boleh drive .
fakta kedua : aku tengah update blog pukul dua pagi sambil kunyah popcorn (gaya hidup sihat :P)
lepas SPM hari tu , macam kanak kanak normal yang lain , aku ambil lesen kereta. lepas dua kali ambil test jpj akhirnya lulus jugak . tapi malangnya , parents aku langsung tak bagi kepercayaan kat aku untuk drive sendiri . kalau nak jugak mesti ayah teman . dan ayah pun bukan nak sangat teman aku drive . ada lah 3 4 kali je kot aku pernah drive lepas tu . tu pun ayah asyik pegang brek tangan je . heh...
tapi akhirnya ! sekarang parents aku dah mula bagi aku drive sendiri . dulu ayah bagi je sebab dia malas teman actually tapi ibu langsung tak percaya . tapi lepas dua tiga kali ayah bagi aku drive senyap senyap lama lama ibu dah tak kesah . haha . hoyeah ~
tapi rasanya kalau ayah dengan ibu ikut time aku drive sendiri , mesti diorang mengucap and tak bagi aku sentuh stereng dah . kekekeke ~
hari tu aku drive , nak pergi beli coolblog , punya lah pusing bandar sampai tiga empat kali pasal confuse jalan and tak ingat coolblog kat mana . hahaha . kalau nak tau aku orang paling fail bab hafal jalan . aku just tau duduk dalam kereta pandang luar tingkap , eh tau tau dah sampai ? kikiki . and then , bila dah nampak coolblog tu , aku jadi eksaited nak masuk simpang , sekali termasuk jalan sehala . sebab cuak aku terus parking kat tepi tu . takut bertembung dengan kereta dari arah bertentangan . maklumlah melawan arus . hahaha . nasib baik jalan kosong ~~~
lepas tu tadi , aku tak perasan yang pintu kereta aku tak rapat . pakai kereta murah manade dia nak menjerit dulu bagitau pintu tak rapat baru boleh jalan kan . aku ni pulak kalau corner mana pandai slow slow . laju semacam je . tiba tiba tengah belok tu pintu kereta aku terbukak hahahaha . cepat cepat tarik balik ! nasib baik tak ada kereta lalu kat sebelah time tu . buatnya ada kereta lalu lepas tu langgar pintu kereta aku lepas tu tercabut terpelanting , apa aku nak jawab balik nanti ?
"ayah nah kunci . sorry pintu kereta tertanggal tadi. kbye."
then sampai dekat traffic light , kereta aku depan sekali . gosh , aku paling benci duduk depan dekat traffic light . pasal aku kena gerak dulu dan kereta banyak beratur dekat belakang . bila dah neves , mula la semua spoil . time tu jugaklah enjin nak termati bagai . kereta manual lah katakan . mula lah kalut nak hidupkan semula. lepas tu yang lawaknya , elok je kereta aku gerak , lampu dah merah . jadinya kereta aku sorang je sempat lintas . kereta belakang semua dah tak sempat . hahahaha . nasib baik tak kena hon , phew ~ bukan salah aku okay , bukan lama pun aku stuck dekat situ but lampu hijau tu kejap sangat . rasanya dalam sepuluh saat je kot hijau dah merah balik .
balik tu aku cerita la kat kawan kawan aku , semua gelakkan aku macam gila . siap tanya macam mana aku boleh lepas test jpj . dah lah tak pakai seat belt , sticker P pun tak tampal . ni kalau kena tahan polis ni memang melayang lah lesen aku . hahaha . then baru aku teringat time test jpj , pegawai yang test aku tu tidur sepanjang test tu . masuk masuk je terus dia baringkan seat . belum sempat aku keluar dari gate driving school tu dia dah pun berdengkur ! ..........patutlah aku lulus.....
P/S: harap harap tiada pegawai jpj and parents aku baca post ni . kalau tak naya ~ haha
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda.. =)